Dato' Qasy Hayyan melihat segala data maklumat keluarga Kayl Aisar. Dia menguntum senyuman sinis . Dia sentiasa mengambil tahu tentang business keluarga Kayl. Ternyata selama ini Business keluarga Kayl Aysar sudah agak lama menghadapi krisis. Segelintir klien mereka yang sudah menarik diri dari melabur .
Apa yang mengejutkan rupanya syarikat tersebut adalah syarikat isterinya. Ayah beliau juga kini sudah bergelut dengan hutang yang banyak . Hari bekerja juga terpaksa dikurangkan atas sebab masalah ini. Masalah ini telah berpunca dari beliau sendiri kerana mempunyai ramai perempuan simpanan.
Sejak itu ,dia sudah tidak berapa fokus dengan syarikatnya dan sering mengeluarkan duit syarikat bagi kegunan peribadi dan disebabkan kelalaian itu,banyak syarikat sudah mula tidak percaya akan potensi beliau. Namun begitu Kayl Aisar masih tidak tahu tentang permasalahan tersebut.
Qasy membuat keputusan untuk berjumpa dengan Puan Sri Marlina . Dia tahu waktu ini mereka sedang dalam kesempitan . Hanya dengan duit syarikat tersebut boleh diselamatkan. Dia membuat temu janji untuk berjumpa dengan ibu bapa Kayl Aisar.
''Silakan duduk Tan Sri dn Puan Sri ,"
''Terima kasih...hmm betul ke secretary saya beritahu yang Qasy nak tolong melabur dalam syarikat kami?"
''Tolong ? Dalam business tak ada ayat tolong , semuanya berbayar "
''Tapi Qasy..kami dah cukup banyak hutang, kami tak ada banyak duit lagi ,yang ada pun hanya untuk gaji pekerja ,tender pun dah tak banyak...dan mungkin......"
''Mungkin beberapa bulan lagi syarikat kami boleh jatuh muflis.Kami tak mahu anak kami hidup susah..tak mudah untuk cari kerja. Dan syarikat ni saja yang kami ada untuk anak kami warisi"
''Saya tak minta bayaran duit..."
''Maksud Qasy?"
''Saya hanya minta Kayl Aisar untuk putuskan hubungan beliau dengan Roseanne Carlissa. "
''Haa??Ya Allah abang..saya tak sanggup nak cakap dengan Kayl perkara ni . Tak apa lah kalau kita jatuh muflis sekalipun...saya redha demi kebahagiaan anak kita"
''Marlina saya sendiri pun tak sanggup nak pisahkan hubungan diaorang yang lama , tapi awak tahu Radzin macam mana kan? Awak rasa dia akan bagi anak kita jadi menantu dia kalau dia tahu Kayl tak ada kerja lepas belajar ?? Dia tak akan lepaskan anak dia macam tu je marlina..silap-silap Kayl perlu tunggu sampai stabil baru boleh berkahwin"
''Saya tak boleh fikir dah..ini semua salah awak , kalaiu awak tak buat perangai syarikat kita kukuh sampai sekarang . Dah tua tapi masih tak sedar diri"
''Awak jangan mulakan Marlina"
''Maaf tan sri dan puan Sri, saya tak berminat untuk masalah keluarga tan sri...saya bagi masa untuk berfikir..kalau dah settle dengan Kayl tentang apa yang saya minta . boleh beritahu saya dan saya akan terus sign proposal dan transfer duit ke syarikat puan sri.Its okay saya akan bagi masa sampai Kayl balik sin..itupun kalau syarikat puan sri masih boleh bertahan ."
''Baiklah Qasy , bagi kami fikir dahulu. "
''Baiklah...saya minta diri dulu Tan sri dan puan Sri."
Qasy menunduk hormat dan melangkah pergi meninggalkan mereka . Dia terus masuk ke dalam kereta sambil melihat mukanya di pantulan cermin kereta
Hmm.. tersepit diantara duit dan kebahagiaan anak.
Pilih duit ,anak tak bahagia ,tapi pilih anak pun tetap anak tak bahagia...balik malaysia kena cari kerja tetap..dari keluarga kaya dah kena jadi miskin pulak .Nasiblah Kayl Aisar. Heh. Qasy sempat mengomel didalam hatinya.Sampai sahaja dirumah puan Marlina segera mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Kayl Aisar.
''Hello Mama ?"
''Err. K-K Kayl balik lambat lagi ke ?"
''Taklah...nanti Kayl baliklah..kenapa mam mcam tak okay je ? Mama ada masalah ke ma? "
''Hmm. Tak tak..mama cuma rindukan anak mama ."
''Lah..buat kayl risau je..okaylah nanti Kayl balik , mama boleh peluk Kayl okay?"
''Hati-hati Kayl dekat sana "
''Okay mama, nanti kirim salam papa ya"
Puan marlina langsung terduduk. Dia tak sampai hati ingin memberitahu hasratnya..mana mungkin dia boleh menolak permintaan anak tunggal kesayangannya . Doa mengesat air matanya yang sudah merembes sejak dari tadi. Dia tak sampai hati untuk melukakan perasaan anaknya.
Manakala Tan Sri Hashim sudah termenung jauh.sunggub dia menyesal,namun semua sudah pun terjadi. Tiada guna lagi untuk menyesali kejadian yang lepas. Sungguh dia tersepit dengan keadaan .
YOU ARE READING
His Mine Qasy Hayyan
RomanceBlind date partner ? Pekerjaan separuh masa untuk seorang gadis yang bernama Roseanne Carlissa . Dia hanya perlu memikirkan cara untuk merosakkan Blind date klien yang telah pun diaturkan oleh keluarga mereka. You know what that you will regret a...