DUA bulan sudah pun berlalu ,namun Dato' Qasy Hayyan langsung tiada memberi satu sen duit pun kepada keluarga Kayl Aisar . Tempoh yang dia ada cuma lagi dua bulan sahaja , dia sudah buntu. Kini Tan sri Hashim sudah tidak boleh menunggu lagi, dia merasa pelik kalau mengikut pada perjanjian mereka hari itu ,setelah Kayl dan lissa putus dia akan memberi duit tersebut dengan segera.Oleh itu dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Dato' Qasy Hayyan pada minggu hadapan .
Sementara Qasy Hayyan pula telah meminta bondanya untuk memilih cincin yang sesuai dengan carlissa untuk menyunting gadis tersebut. Tiba pada hari yang dijanjikan. Keluarga Qasy pun hadir kerumah Dato'Radzin .
''Assalamualaikum...."
Roseanne Carlissa membuka pintu ,dia langsung tidak tahu hajat mereka datang ,oleh itu dia menyapa dengan sangat gembira. Mana taknya dia sungguh sayang pada bonda Zarah. Langsung dipeluk erat.''Waalaikumussalam.....ya allah bonda..datang tak beritahu Rose pun ya..kalau tahu Rose boleh order makanan sedap-sedap. Harap faham ya kalau nak tunggu rose masak ,semua kedai makan kena tutup dulu..." Sempat dia bergurau ,dan tiba-tiba tawanya teehenti tatkala melihat sepasang mata hazel milik Qasy Hayyan yang cukup menawan dan memikat .Walau dia hadir dengan mengenakan pakaian suit office. Tapi tak dinafikan memang masih handsome ya..Mungkin dia baru balik kerja ,then kena hantar bonda dan Qash datang sini.
''Weh Qash ! Masuklah macam tak biasa datang je kau!" Qash sudah mengerlipkan matanya tanpa henti.
''Kau kenapa Qash ? Sakit mata? Ke mata kau masuk habuk?? Tiga hari lepas elok je mata kau tu"
Pantas dia terus duduk disofa mengikut langkah Abangnya . Mata Qasy langsung menatap kearah Roseanne Carlissa sehingga gadis itu sudah mula merasa pelik akan sikap dan tingkahnya.
Eh yang ni pun tak kan lah masih marah lagi. Kes dah lama kot. Dah kenapa tenung orang macam nak makan je. Gila apa mamat ni. Aku cocok mata kau nanti baru tahu.
''Terima kasih sudi menerima kehadiran kami...hari ni suami saya Qayyum tak dapat hadir pula sebab outstation seminggu ,jadi saya sebagai bonda jelah jadi wakilnya ya"
Wakil? Wakil apa pulak ? Wakil pelajar ke? Wakil pekerja ?
Eh tak ada kena mengena Roseanne Carlissa
jadi bonda nak wakil apa.Tuk ! Raycarl Adrian mengetuk kepala adiknya yang sedang berangan.
''Auch ! Ish sakitlah abang ! Abang dah kenapa ? Mummy tengoklah abang ni ketuk kepala Carlissa..daddy bayar fitrah okay"
''Abang pun ada bayar fitrah kau dik..jangan kata ketuk abang boleh buat , lemaskan kau pun boleh "
''Raycarl , Roseanne kita ada tetamu kan...tolong jaga adab tu, orang tua kan tengah bercakap"
''Hmm...sorry Mummy " Serentak mereka berdua meminta maaf.
YOU ARE READING
His Mine Qasy Hayyan
RomanceBlind date partner ? Pekerjaan separuh masa untuk seorang gadis yang bernama Roseanne Carlissa . Dia hanya perlu memikirkan cara untuk merosakkan Blind date klien yang telah pun diaturkan oleh keluarga mereka. You know what that you will regret a...