Bab 1

917 22 0
                                    

Han dan Lan sedang mengemas barang mereka untuk keluar dari academy, Han memberitahu Lan kalau lepas sahaja habis kelas pembelajaran, Han ingin pergi ke cafe  untuk menghilangkan stress dan dah tentu Lan akan ikut sekali.

Sampai sahaja di cafe, Lan dan Han mengoder minuman di kaunter , manakala Lan menyuruh Han untuk mencari tempat duduk di sekitar tingkap.

Siap sudah mengoder, Lan langsung membawa air kopi miliknya dan Han ke tempat duduk berhampiran dengan tingkap.

Lan duduk di depan Han lalu meletakkan kopi kehadapanya, Lan tertanya kenapa Han cari tempat duduk dekat dengan tingkap.

"Asal kau cari tempat duduk kat tingkat bawah? Kat atas kan barulah best!"tanya Lan dengan wajah yang agak marah

Han menghiraukan sahaja suara amarah Lan"aku pilih tempat duduk ni sebab pemandangan dia cantik dan luas, dan aku dah check kat atas, mana ada tempat duduk, dah penuh."kata Han yang sedang melemparkan wajahnya keluar tingkap.

"Ouhhhh"

Tidak bercakap panjang, mereka berdua mengeluarkan laptop mereka masing-masing, Lan sangat kenal dengan Han yang tidak banyak cakap, tapi banyak cakap bila moodnya bagus.

"Kita ada godam sistem mafia kan hari tu ?"tanya Han kepada Lan yang sedap menghirup air kopi dia.

Lan tersedak lepas mendengar kata Han.Betul, memang ada diorang menggodam sistem mafia 2 hari lepas.

"Uhuk uhuk!"

Han cepat-cepat mengambil tisu di kaunter laku diberikan ke Lan.

"Bodoh tak payah lah sampai macam tu sekali terkejut! habis baju kau!" Marah Han yang sedang melihat Lan mengelap baju dan mulutnya.

"Kita ada godam sistem mafia?! Matilah kita! Aku ingatkan godam sistem keselamatan syarikat!"

Han hanya geleng melihat ketakutan sahabat dia ni"Bodoh kau ni, dah berapa lama jadi hacker? Kita dah lama di ajar cara untuk menutup identiti kitakan"kata Han dengan ketawa terbahak-bahak dia.

Lan yang melihat Han ketawa terbahak-bahak, dia langsung teringat'betullah kata Han, kan aku dah lama di ajar untuk menjadi seorang penggodam, pasti aku dah cukup mahir'

"Dah lah, daripada kita cakap pasal mafia ni baik kita kasi habis air kita ni dan balik, aku dah penat dengan kerja kerja yang pensyarah bagi kat aku!"Han mengambil airnya lalu menyedut semua air di dalam gelasnya.

"Tulah! Dah lah dengan kerja sekolah lagi lepas tu misi lagi, haduihh" Lan pun mengambil air kopinya dan menghirup semua air yang ada di dalamnya

Lan dan Han menutup laptop mereka yang berlogo Z, menandakan mereka dari ejen rahsia, bahkan orang sekeliling yang melihat tidak faham apakah itu logo atau simbul semacamnya.

Selesai sahaja mengemaskan barang, diorang pun langsung balik ke apartment diorang.

Penat

Letih

Itu yang dirasakan mereka berdua tiap-tiap hari

Sampai sahaja di apartment, Lan memasukkan code rumah, tanpa code rumah atau cap jari diorang tak boleh masuk, macam mana diorang dapat apartment ni? Ketua diorang yang bagi.

Ketua dia ingin mereka berdua tinggal di sini untuk memantau kegiatan mafia-mafia tu.

Sebab itulah ketua diorang memberi apartment ni kepada Lan dan Han.

Lan dan Han pun masuk ke dalam, menanggalkan kasut lalu meletakkan kasut ke rak kasut, masuk sahaja di ruang tamu, Han melepaskan badannya ke sofa dengan kasar.

"Wuihh tak sakit ke?" Lan sambil ketawa melihat tingkah Han yang sudah terbiasa akan hari hari dia seperti ini.

"Aku laki bukan perempuan, aku tak lemah okey!"jawab Han dengan malas

"Okey okey, sekurang-kurangnya kau gi lah mandi dulu, buang rasa letih kau tu kat air hujan, lepas tu kau gi lah tidur kat dalam bilik! Penat aku nak gerakkan kau yang susah bangun tidurni tau!!"marah Lan, Lan masuk ke dalam bilik untuk meletakkan begnya

Manakala Han yang malas nak bergerak terpaksa bangun dengan riak wajah malas dan badan berjalan dengan malas, dia mengambil tuala di biliknya lalu berjalan masuk ke dalam bilik air.

"SATU LAGI! JANGAN GUNA BANYAK SHAMPOO AKU!"jerit Lan, Lan memang tau kalau Han suka pakai SHAMPOO rambutnya sehingga habis.

"YE YE!" Jerit Han kepada Lan yang tengah kemas rumah, inilah keseharian Lan dan Han.

Sorry ye kalau pendek😅
Sorry kalau tak faham sangat, ni cerita pertama saya jadi sila lah menikmati cerita yang saya buat😘🥰

Author mungkin akan letak character tambahan👍🏻

MAFIA X EJENWhere stories live. Discover now