“Kau dah gila ke?” dia cuba untuk melepaskan genggaman tangan aku sekuat yang mungkin. Disebabkan dia mempunyai kudrat seorang lelaki, senang saja dia dapat lepaskan diri.
“Alah, sekejap saja,” kali ni hujung blazer hitam dia pula yang aku genggam. Badan aku cuba sekuat hati menarik dia pergi ke hadapan kubikel tadi.
Aku kena dapatkan kepastian yang teori aku berjaya.
“Aku tak nak! Tak boleh weh! Kalau kantoi nanti aku kena buang sekolah,” kali ini dia cuba dengan kasar untuk melepaskan genggaman tangan aku pada blazer sekolahnya. Jarak kami dia jauhkan dengan menolak bahu aku sehingga badan aku kebelakang.
Aku langsung tidak endahkan kata-katanya dan tidak memberi sebarang reaksi apabila badan aku ditolak walaupun sakit sedikit. Aku lagi tertarik dengan apa yang berlaku pada hantu itu sekarang.
Mata aku meliar melihat kawasan sekeliling kubikel tandas tersebut. Tiada langsung kelibat perempuan tadi—dia dah hilang.
Macam mana benda ni boleh terjadi?
Satu-persatu pintu kubikel aku tolak. Dari hujung kiri sehingga ke kubikel paling hujung di bahagian kanan dan masih tiada kelibat perempuan itu.
Adakah teori aku betul selama ini?
“Aku nak keluar ni, kalau nak buat benda-benda tak baik jangan ajak aku tau,” kata-kata lelaki berambut hitam pekat itu menarik perhatian aku.
Dia melambai ke arah aku dan dengan tangan yang sama itu dia memegang tombol pintu tandas lalu dipulas perlahan.
“Tak faham,” kening aku diangkat, meminta penjelasan.
Aku faham ja apa yang dia cuba sampaikan cuma—aku nak kepastian sama ada pemikiran kami sama atau tak. Jangan cakap dia fikir aku cuba nak buat benda-benda tak senonoh dengan dia.
“Aku datang sini nak belajar, bukannya nak—”
“Memang tak la weh,” aku memberi pandangan jijik, tak lupa juga untuk memeluk tubuh badan sendiri.
Kalau boleh, memang sejijik-jijik pandangan aku nak berikan pada dia.
Tombol pintu itu dilepaskan, tali leher dibetulkan sebelum berkata, “oh, habistu kenapa kau ajak aku…” jari telunjuk menunjukkan ke bahagian hujung dalam tandas perempuan yang kami berada sekarang.
“Aku nak minta tolong je weh. Kenapa kau fikir pelik-pelik sangat ni?”
“Mana ada, ni langkah berjaga-jaga. Haa, kau nak aku tolong apa sebenarnya ni? Dahla dalam tandas perempuan,” dia berlagak selamba jalan kearah aku. Harap orang luar tak dengar apa yang kami bincang di dalam ni sebab suara dia bukan main lantang lagi.
Ya, aku nak minta dia tunggu aku ja sebenarnya sebab aku nak membuang. Tapi, menyesal pula aku pilih dia untuk teman aku. Tak tahu pula yang dia ni jenis mulut murai.
Kepalanya ditundukkan sama paras dengan wajah aku dan bercakap dengan nada perlahan, “Kalau orang tahu aku dalam tandas perempuan, nahas aku weh,”
aku rasa kalau dia tak berhenti-henti cakap, lagilah cepat kami dikantoikan dengan orang luar.
Lagipun, betul juga apa yang dia cakap sebab sekarang tengah waktu kelas, mesti ada ja yang lalu-lalang dan ada juga orang yang akan masuk. Memang terpaksa pergi membuang di tandas blok lainlah jawabnya. Tandas yang dimana tak ada makhluk perempuan yang suka mengintai orang.
Kaki aku melangkah dahulu menuju ke pintu keluar.
“Jom keluar,” aku mengajaknya.
Ingatkan bila dah ajak keluar, dia akan berhenti membebel. Tapi dia masih lagi nak membebel, “Aku kena report pasal kau dekat pengawas. Kau tahu kan member aku pengawas?”
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfiction: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going