Writer's Note
If you like this chapter, please vote and do leave some comments to let me know what you think about it.salam sayang dari saya,
.
.
.
.Mata aku cuba untuk bertahan daripada terlelap.
“There are two Kirchoff laws that we need to focus…the first one is…”
suara cikgu yang mengajar di hadapan papan putih itu makin lama makin perlahan sahaja aku dengar. Pandangan aku pun sudah semakin gelap.
“Iseul,”
Mata aku terbuka luas. Cikgu seru nama aku ke? Bila lihat disekeliling, satu kelas tidak langsung menoleh atau memberikan perhatian kepadaku. Kalau bukan cikgu, siapa yang panggil?
“I…seul,” kali ini panggilannya seperti berbisik-bisik. Bulu roma mula meremang apabila terasa suatu permukaan tajam menyentuh tengkuk aku, seperti kuku.
Badan aku dipusingkan perlahan untuk melihat apa yang ada dibelakangku.
“Iseul…” Sebatang pensil sudah siap ditalakan pada muka aku bila ditoleh. Kelihatan Minji, orang meja belakang aku, mengeluarkan segaris senyuman.
“Iseul, jangan tidur,” dia ketawa sedikit dan meletakkan pensil yang dipegangnya keatas meja.
“Oh, maaf,”
“Tak apa, lagipun memang topik ni membosankan pun,” Minji berkata perlahan.
Jujur aku katakan yang aku cuak bila dia panggil aku sebegitu.
Budak perempuan bergaun putih yang berada di bawah meja hadapan kanan aku itu aku pandang dan memerhati setiap gerak-gerinya. Gaunnya putih lusuh, mukanya pucat dan bibirnya berwarna biru.
Jika dilihat sebelum ini dia hanya berdiam diri, tetapi kali ini matanya sembab dan merah seakan-akan baru lepas menangis.
Hantu pun menangis?
Hantu bukan kena cari duit pun, lapar pun tidak. Kenapa perlu menangis?
“Okay class, that’s all for today. See next week and since there’s no class tomorrow, I’ll give you some tasks to do.” Berpusu-pusu orang lain bertanya tarikh bagi homework submission. “Next week on Monday, before 10,”
Keluar sahaja cikgu dari kelas itu, satu kelas mula kembali bising dan mengemas beg masing-masing untuk pulang.
Mata aku tertancap kembali di bawah meja tadi sambil mengemas barang-barang yang ada di atas meja.
Hantu itu hilang.
“Hoshi,” panggil aku dari dalam kelas walaupun aku tahu dia takkan dengar. Kalau ‘mereka’ hilang, sudah tentu Hoshi ada di mana-mana kawasan berdekatan.
Beg aku digalas dan pantas keluar dari kelas.
“Lajunya, kejar boyfriend ke tu?” kata-kata Minji tadi aku tak endahkan.
“Hoshi—eh hai,” satu lambaian kecil aku berikan kepada Wonwoo sambil mendekati mereka yang sedang berbual rancak.
“OH! Iseul, dengan dia kau bukan main ber 'hai’-'hai' tapi dengan aku?” tegur Hoshi sambil menunjuk-nunjuk Wonwoo dan dirinya. Dia bercekak pinggang memandang kami berdua.
“Tak, dia ‘hai’ dekat kita dua lah,” kali ini Wonwoo pula bersuara dengan tenang.
“Tapi dia pandang kau, Wonwoo. Sedangkan AKU yang teman dia pergi beli dinner semalam,” Hoshi berkata dengan penuh dramatik.
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfiction: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going