Wonwoo masuk ke dalam rumah lalu kami bertiga duduk di ruang tamu sambil menonton k-drama di televisyen. Sebenarnya, masing-masing tak tumpukan perhatian langsung pada skrin TV yang sedang menayangkan k-drama itu kerana sibuk berborak.
Kedua-dua mereka menolak pelawaan aku untuk duduk diatas sofa kerana lebih selesa untuk bersila di atas lantai. Wonwoo beri alasan yang dia selalu main PS5 di rumah Hoshi sambil bersila, jadi dia berikan sofa tersebut kepada aku untuk baring, “Kau demam. Kau kena baring dan tidur,”
“Aku tunggu kau 30 minit, kau tahu tak?” Wonwoo mengangkat tiga jari lalu ditayangkan di hadapan muka Hoshi dan duduk bersila di sebelahnya. Matanya dibesarkan sedikit, nampaklah ketidakpuasan hatinya.
“Manalah aku tahu kau tunggu aku,”
“EH, selama kita ni pergi sekolah sama-sama setiap hari, takkanlah harini kau tiba-tiba lupa?” Snek yang Wonwoo bawa semasa tiba di rumah aku itu, dia buka lalu disuap ke dalam mulut. “Lepas tunggu 30 minit, aku pun fikir, ‘Oh, mungkin si Hoshi ni dah pergi sekolah dengan Iseul,’ tapi sampai je sekolah, meja kau kosong. Aku pergi kelas Iseul pun sama, kosong,”
Hoshi mengalihkan pandangan kearah aku yang tengah terbaring di atas sofa. Dia tersenyum lalu kembali memandang Wonwoo yang sedang meluahkan rasa tak puas hati keatas kami berdua. Aku pula dah macam sayur layu, tak mampu berkata-kata dan hanya mampu terbaring sahaja.
“Aku tahulah yang aku ni bukannya jiran depan rumah macam korang berdua. Yela, mestilah kau rapat dengan Iseul, tiap hari lepak sama-sama…”
“Eh, kitorang baru kenal tak sampai sebulan, OK!” Hoshi tertawa mendengar ayat pasrah dari Wonwoo, “Kenapa kau sedih sangat ni? Macamlah aku takpernah tinggal kau sebelum ni, contohnya macam haritu, aku pernah pergi sekolah awal sebab aku tak siap lagi kerja rumah matematik. Ingat tak?”
Wonwoo menjeling Hoshi, “Itu pun kau datang rumah aku, lepastu pinjam buku aku sebab nak tiru,” Badannya disandarkan pada sofa tersebut. “Lepas kau ambil buku, terus caw tak tunggu aku langsung!”
“Wonu-aaaaa sorryyy laaaa,” Hoshi menampar lembut lutut Wonwoo setelah dengar jejaka itu mula mengungkit hal lama.
Aku yang dengar pun turut tertawa perlahan. Kenapa kelakar sangat dua ekor ni?
“Lepastu macam mana? Kejap lagi kau pergi sekolah ke tidak?” Pertanyaan aku membuatkan Wonwoo melihat jam tangannya.
“Dah pukul 12:45, mungkin aku ponteng kot,” jawab Wonwoo selamba, “Lagipun malas nak hadir kelas sejarah harini, sebab si Hoshi tak ada,”
“Betullah kan, Cikgu Shin pun mengajar tak best. Bosan, mengantuk,” ujar Hoshi pula.
“Suka bebel, lepastu perli orang,” kalini mereka berdua berkata serentak. Dah macam kembar pula aku tengok.
Semasa kami sedang berborak, kedengaran bunyi dua cawan berlaga di bahagian ruangan makan. Mata aku terus ditumpukan kepada Hoshi dan Wonwoo untuk memastikan sama ada mereka dengar atau tidak bunyi tersebut. Nampaknya, mereka masih rancak berborak.
Daripada ruang tamu, aku bangun sedikit dari posisi dan cuba untuk menjenguk ruang makan yang gelap itu. Mata aku dikecilkan sedikit, betul ke apa yang aku nampak?
Di sebalik dinding yang menyambung ruang makan dengan ruang tamu, kelihatan seorang gadis berambut hitam panjangnya sehingga mencecah lantai. Gadis itu berpakaian hanbok dan dia sedang melihat kearah kami yang sedang lepak.
Bukan kami,
tetapi, matanya sedang melihat…
Hoshi?
Aku pasti bahawa kali ini bukan wanita hanbok yang selalu menemani aku di dalam bilik sepanjang malam itu, tetapi yang lain. Dari segi ketinggian, dia kelihatan sebaya dengan kami. Hanbok warna putih yang dipakai juga agak lusuh.
Matanya masih tepat memandang kearah Hoshi, mungkin dia tak tahu yang aku sedar akan kehadirannya.
“Iseul,”
“Ya?” aku terus memandang Wonwoo dan Hoshi silih berganti. Selepas itu, mata aku turun kearah tangan aku yang dipegang oleh Hoshi. Aku langsung tak sedar yang dia sekarang sedang memegang tangan aku.
“Kau janganlah panggil dia macam tu, kan dia dah terkejut,” Wonwoo menegur perbuatan Hoshi.
“Oh, maaf,” Hoshi melepaskan pegangannya lalu dia menggosok belakang lehernya. “Kau ok ke? Ke kau nampak..”
Hoshi tertawa dahulu sebelum menyambung, “hantu?”
Satu tamparan pada bahu diberikan oleh Wonwoo, “kau ni,”
“kenapa? Kau takut hantu ke, Wonu?”
“Eh, aku? Mana ada,” Wonwoo cuba untuk menafikan kata-kata Hoshi. “Kalau seekor ada depan aku sekarang, flying kick pun aku berani bagi,”
Terkejut aku dengar kata-kata Wonwoo. Sejak bila pulak dia tahu bagi flying kick ni? Hoshi pun turut terkejut, tapi dalam keadaan kagum.
“Wow!” Hoshi memberikan tepukan, “hebat!” Ujarnya lagi.
Malas nak layan diorang, aku pun minta untuk beredar pergi ke dapur untuk mengambil segelas air. Hoshi ada juga memesan untuk aku bawakan satu mug matcha latte tapi aku membalas dengan, “Banyak cekadak kau, ingat aku jual air ke?”
Sampai saja di dapur, aku menuangkan segelas air kosong untuk aku dan untuk mereka berdua, aku bercadang untuk menghidangkan jus epal sahaja dari dalam peti sejuk. Gelas kami bertiga aku letakkan diatas dulang.
Harap jus epal dalam peti sejuk masih ada.
Aku membuka peti sejuk tersebut dan mengambil botol yang berisi jus epal tersebut. Apabila aku menutup pintu, gadis hanbok itu berada betul-betul di sebalik pintu peti sejuk tersebut. Aku yang mencangkung di hadapan peti sejuk tersebut memandangnya kaku.
Dia memandang aku tajam, matanya seperti tersimpan dendam.
Tidak sama apabila dia memandang Hoshi sebentar tadi.
Kau nak apa? Itu sahaja yang aku mampu kata di dalam hati aku.
“Kau,” satu perkataan tersebut dia keluarkan dari mulutnya sebelum dia berjalan mendekati aku. “Aku benci kau,”
Dan, pandangan aku mulai gelap.
Badan aku terasa berat sehinggakan aku terlentang kebelakang. Aku dapat rasakan belakang kepala aku mula bertemu dengan lantai kerana hentakan yang berlaku antara dua permukaan tersebut.
kedua-dua tangan dan kaki aku juga terasa kebas.
Dada aku mula terasa berat, seperti ada yang menindih badanku dan aku langsung tidak dapat menelan saliva seperti ada bebola yang menghalang di tekakku.
“Huh,” aku cuba untuk menarik nafas tetapi semakin aku mencuba, semakin berat ianya terasa. Tekanan tersebut juga mula terasa di bahagian perut aku. Sakitnya mula terasa.
Tolong.
Tiada sesiapa ke yang dengar jeritan aku?
Hoshi?
Wonwoo?
“Iseul?” sayup-sayup kedengaran suara Hoshi dari jauh. “Wonu!” Kedengaran tapak kaki Hoshi laju sahaja mendekati aku.
.
.
.
.
.
To be continued…
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfiction: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going