Plushie harimau yang turut berada di atas katil itu aku peluk erat sambil mata aku ditutup rapat. Badan aku mula terasa hangat sejak awal pagi tadi, mungkin harini bukan hari yang baik untuk pergi ke sekolah.
Disebabkan bilangan pil tidur yang aku ambil semalam melebihi bilangan yang ditetapkan oleh doktor, aku tak dapat untuk bangun dari katil. Effect ubat tersebut agak kuat, dan kepala aku mula pening serta kelopak mata aku terasa berat sekali.
Pagi tadi, ibu terus bergegas membawa aku ke klinik berdekatan dengan kawasan apartment tersebut untuk berjumpa dengan doktor. Aku tak memberitahu perkara sebenar, malahan aku hanya memberi alasan yang aku mengalami senggugut yang agak teruk. Disebabkan semalam juga, suhu badan aku meningkat dan doktor isytiharkan yang aku demam.
Pulang saja ke rumah, aku hanya mampu terbaring di atas katil.
Ibu menampal coolfever pada dahi aku sambil berkata, “ibu minta maaf sangat-sangat pasal semalam, kamu tahu kan nenek kamu ada masalah ingatan. Jadi, Iseul jangan ambik serious sangat tentang kata-kata nenek,” satu ciuman ibu hadiahkan pada dahi aku.
Mata aku masih tertutup, tapi aku masih dapat rasakan yang ibu sudahpun berjalan keluar dari bilik aku untuk pergi ke tempat kerjanya.
Tiba-tiba sahaja satu suara sayup-sayup menyapa gegendang telinga aku. Suara seperti nenek tua, perlahan sahaja dia memanggil nama aku.
“Iseul…Iseul,” semakin mendekat. Bulu roma aku mulai cering, aku mulai bertanya kepada diri sendiri adakah makhluk ini semua dapat menyentuh jasad aku? Sedangkan manusia dan ‘mereka’ berada di dua alam yang berbeza. Cuma, aku mempunyai kelebihan, aku mampu melihat dan menerokai kedua-dua alam tersebut.
jangan buka mata, Iseul.
Tolonglah, buat harini sahaja.
Tolong bagi aku rehat.
“Iseul,” satu tepukan lembut hinggap pada bahu aku. “Kau demam ke?”
Suara nenek tersebut tidak lagi kedengaran, malah kali ini suara Hoshi yang bertanya. Aku perlahan-lahan membuka kelopak mata aku, gagahkan juga diri ini untuk melihat wajah Hoshi. Dia sudah siap berpakaian kemeja sekolah berserta blazer hitam.
“hmm,” itu sahaja yang aku mampu jawab. Terlalu penat.
“Kau tak pergi sekolah ke ni?” Dia bertanya lagi, kali ini kedengaran kecewa. “Alaaaa,” Hoshi duduk di tepi aku sambil keningnya berkerut sambil bibirnya dimuncungkan.
Dia ingat comel ke buat macam tu?
“Kalau kau tak pergi sekolah, harini aku nak pergi dengan siapa?” Hoshi mengerutkan dahinya.
Telapak tangannya kemudian diletakkan di atas dahi aku dan dia cuba untuk 'mengukur’ suhu badan aku dengan meletakkan telapak tangan yang lagi satu ke dahinya. Kepalanya ditelengkan sedikit seperti sedang berfikir.
“Tak ada laa panas mana, mengada-ngada je kau ni,” katanya ringkas lalu melepaskan tawa kecil.
“Kau nak apa sebenarnya ni? Kalau setakat nak buat bising, baik kau keluar dari bilik aku,” aku menepis tangannya lalu aku memusingkan badan supaya dapat membelakangi dia. Plushie harimau yang aku peluk itu ditekupkan ke atas kepala aku.
Hoshi ketawa lalu dia mengambil plushie tersebut dari aku dan diletakkan ke tepi. “Maaflah, gurau je,”
“Kau nak apa-apa tak? Dah makan ke belum? Kalau nak apa-apa bagitahu jela, ibu kau tak ada kat rumah, tak ada orang yang nak jaga kau harini,” ujarnya lagi.
“Aku nak kau diam je sekarang ni,” Aku menutup mata aku kembali, “Kau tak nak pergi sekolah ke?” Aku bertanya.
Dia diam sejenak.
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfic: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going