Chapter 3

22 10 7
                                    

“Kau dah gila ke apa?”

Kata-kata lelaki itu berlegar-legar dalam otak aku dari siang tadi sampailah ke malam.

Sekarang, lelaki yang bergelar Hoshi itu pun menganggap aku gila. Bukan setakat ibu dan kawan-kawan sekolah lama yang ingat aku gila dan berhalusinasi tetapi Hoshi juga.

Macam mana aku tahu nama dia Hoshi? 

Aku ternampak nametag dia semasa kami berada di dalam tandas pagi tadi. Apabila orang di luar bertanya, nasib aku sempat cover dengan berkata “oh tak ada apa-apa,” kalau tidak, memang kantoilah kami berdua. 

Tangan aku menampar pipi aku beberapa kali dan muka aku ditekup dengan dengan buku biologi cuba untuk melupakan apa yang terjadi. Memalukan betullah kau ni, Iseul.

Bodoh tahu tak tiba-tiba minta lelaki teman pergi membuang. Tapi, si Hoshi tu pun bodoh juga, lepas apa yang terjadi itu, dia ikut ja permintaan aku. Baguslah dua-dua bodoh.

Pagi tadi, aku memang dimarah habis-habisan dengan lelaki itu. Disebabkan aku sudah tak tahan sangat nak membuang, aku suruh dia berhenti membebel sekejap dan terus masuk ke tandas.

Lama juga aku membuang dalam tandas tu sebab sakit perut. Tapi, bila aku keluar si Hoshi tu setia ja tunggu aku dekat tepi koridor. Untung isteri dia nanti dapat suami setia. Lah tiber.

“Iseul?” Lamunan aku terhenti apabila suara ibu menyapa gegendang telinga aku. Aku mengangkat kening, malas betul nak jawab panggilan itu. Otak aku pula memang tak boleh nak hadam apa-apa isi yang ada dalam buku biologi ni.

“Iseul dengar tak apa yang ibu cakap?”

“Oh…tak. Ibu cakap apa ya tadi?” mata aku menangkap susuk tubuh ‘Freddy’ yang sedang bertenggek di bahu ibu.

Dah macam haiwan belaan dah dia tu. Belaan tanpa rela.

Ya, mulai sekarang aku panggil dia Freddy sebab dia mengingatkan aku pada game Five Night at Freddy. Sesuailah nama tu dengan dia yang berbulu lebat hitam macam teddy bear tapi sebenarnya menakutkan apatah lagi di waktu malam.

Suka betul dia dengan ibu. Kalau boleh setiap masa nak berkepit dengan ibu sedangkan yang anak ibu tu aku. bukannya dia.

“Tak…tadi ibu ada cerita dekat Iseul yang Jiran depan rumah kita ni bising betul,” kata ibu sambil tangannya menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Cermin matanya yang hampir jatuh itu dia betulkan.

“Setiap pagi terjerit-jerit marah anak-anak dia. Tapi jiran yang tinggal sekitar tingkat 10 ni tak cakap apa-apa pun pasal hal ni bila ibu tanya diorang,” sambung ibu sambil mengeluarkan keluhan. 

Ibu dengan aku pun baru saja pindah ke rumah ni empat hari yang lepas. Mungkin ibu masih tak biasa dengan persekitaran baru seperti jiran-jiran yang lain. Sebab itu orang lain tak dengar jiran depan ni berjerit-jerit sebab telinga masing-masing dah immune.

Ibu berhenti menanda dan tangannya mengetuk sedikit kedua-dua belah bahunya, “Lenguh pula bahu ni sejak dua-menjak ni,” aku hanya berdiam dari tadi. 

Patutkah aku bagitahu ibu yang ada sesuatu bertenggek dekat atas tu? 

Mungkin tidak, nanti ibu takut pulak. 

Suasana ruang tamu yang diterangi lampu yang bercahaya kuning keemasan itu membuatkan aku semakin mengantuk. Memang citarasa ibu pun nak pasang mentol warna macam ni. Aesthetic katanya.

Kalau boleh nak ja aku masuk bilik dan tidur tapi aku pula tak fokus dalam kelas biologi pagi tadi sebab mata aku tak lekang dari merenung ‘budak kecil bergaun putih’ yang duduk bertinggung dibawah meja rakan sekelas aku itu. Jadi, malam ni terpaksalah self study.

BOUND BY FATE | HoshiWhere stories live. Discover now