Gelap gelita. Walaubagaimanapun, diriku tahu yang tubuh ini sedang berada di kawasan yang sejuk. Roma pada badanku berdiri tegak. Berapakah suhu di sini? 16 darjah celcius? Tidak mungkin, ini mesti kurang daripada itu.
Keadaan yang tenang itu dihancurkan seperti kaca yang berderai akibat dihempapkan ke tanah. Begitulah aku rasa apabila satu genggaman yang kuat mulai terasa pada leher aku. Seakan-akan sepasang tangan sejuk beku sedang mencekik, dan aku tidak mampu untuk menarik nafas dengan normal.
Nafas yang ditarik juga mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang tersekat dek cengkaman itu.
"Mati... kau patut mati daripada awal,"
Suara itu. Suara gadis hanbok putih itu.
Aku kenal suara itu.
Siapa kau sebenarnya? Aku cuba untuk bertanya, malah tutur kata aku turut berasa seperti disekat.
Tangan aku digapai-gapai, cuba untuk meleraikan genggaman itu. Mata aku yang tertutup rapat itu membuatkan aku sukar untuk mencari serta mencapai pergelangan pada leher aku. Tubuh aku terkapai-kapai, aku lemas dalam diam.
Ibu, Iseul takut.
Adakah ini pengakhiran buat Iseul?
Adakah kakak melalui perkara yang sama, sepertimana Iseul hadapi sekarang?
"Mati, kau patut... mati..." Kali ini nadanya lebih perlahan, suaranya berbisik pada gegendang telinga aku seperti sedang merayu-rayu. Cengkamannya juga semakin melonggar pada leher aku.
Siapa kau?!
Dia tertawa kecil, "A. . ." bisiknya lagi. "Reum. . ."
"Nama aku Areum, tanam nama ni dalam otak kau,”
***
Bunyi ‘beep’ sayup-sayup kedengaran seperti ritma di gegendang telinga aku. Cahaya putih mula menyapa bebola mata aku yang menyebabkan aku rasa terganggu lalu mengambil pilihan untuk membuka mataku.
Satu perbualan mengambil perhatian aku. Suara seperti Wonwoo dan Hoshi.
“Kau cakap macam tu dekat dia?”
“Ya, malu weh. Tapi aku cover la sikit, aku cakap ‘kenapa? kau blushing kan sebenarnya?’ macam tu,”
“Eh teruknya kau,”
“Teruk ke?”
“Teruk sangat-sangat. Kenapa kau terfikir nak cakap macam tu?”
Sayup-sayup kedengaran perbualan antara dua jejaka, Hoshi dan Wonwoo. Tangan aku digerakkan sedikit untuk memastikan kali ini bukanlah mimpi.
“Kau suka dia kan?” Tanya Wonwoo lagi.
“Mana ada,”
“Yeke?”
“Eh, aku suka dia ke?” Hoshi kedengaran seperti keliru dengan perasaan sendiri.
“Manalah aku tahu, perasaan kau,”
Aku menarik nafas perlahan sebelum bersuara, “weh,”
itu saja yang aku mampu sebut.
Hoshi menoleh lalu bangun dari kerusi yang dia duduk. Laju sahaja kakinya menapak keluar dari wad untuk memanggil doktor.
“Iseul, sekejap ya. Hoshi pergi panggil doktor,” Wonwoo menarik kerusinya agar kedudukannya rapat dengan katil aku.
Seketika kemudian, seorang doktor lelaki masuk ke dalam wad ditemani oleh Hoshi. Doktor tersebut memeriksa keadaan aku. Dia juga ada melihat pada monitor yang menghubungkan wayar monitor tersebut dengan permukaan dada aku.
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfiction: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going