Pagi-pagi lagi aku kena menghadap ibu yang tak berhenti-henti pujuk aku duduk di seat hadapan. Bukan aku tak nak, tapi makhluk berbulu hitam tu ambil seat aku dulu.
Matanya yang merah halus, bentuk badannya aku tak dapat kenal pasti sama ada bulat, lonjong, bujur haha tetapi jujur aku cakap yang saiznya besar. Sebesar-besarnya dan berbulu panjang berwarna hitam lebat.
Bayangkan mulakan hari Isnin, hari pertama dalam seminggu, dengan menghadap makhluk-makhluk ni.
Bukan setakat dalam kereta sahaja mereka berada—dalam bilik—kadang-kadang ada yang merenung tajam aku yang tengah make up melalui cermin bilik.
Jenis hantu yang di dalam tandas rumah aku pula species tak nak keluar dari tab mandi walaupun dah beribu kali disuruh. Akhirnya, aku yang kena mandi luar tab dan terpaksa mandi guna air tadahan di dalam baldi.
Disebabkan aku seorang saja yang boleh nampak mereka, ibu dan yang lain mula salah faham dengan aku. Katanya aku halusinasi, trauma dengan peristiwa yang terjadi tiga bulan yang lepas.
“Ibu tahu ibu tak mampu nak berikan yang terbaik buat Iseul tapi…at least, duduk depan dengan ibu, please,” rasa bersalah aku dibuatnya bila ibu kata macam ni. Makin tua makin pasrah si ibu ni.
“Nanti petang Iseul duduk sebelah ibu,” itu saja yang aku jawab. Makhluk itu hanya diam saja, tidak bersuara.
Geram ehh aku dengan dia.
Tambahan pula, aku ada alahan dengan benda-benda berbulu—duduk dekat-dekat dengan ‘dia’ nanti bersin tak berhenti. Lagilah aku taksuka dengan makhluk ni.
‘aku trim bulu engkau baru tau’ (mampu berbisik dalam hati ja).
Harini hari pertama aku di sekolah baru. Masuk saja kereta kami diperkarangan sekolah, ibu sudah bergegas ingin keluar membuat pendaftaran untuk aku. Aku dah beritahu ibu semalam yang aku boleh buat semua ni sendiri, tapi ibu bertekad juga.
Kalau si ibu terlebih menyayangi anak pun susah juga kadang-kadang.
Selesai sahaja pendaftaran, staf pejabat tersebut mengiringi aku masuk ke kelas. Seperti biasa, aku cuba untuk tidak memerhati kawasan sekeliling—kepala aku hanya ditundukkan dibawah, memandang jalan. Hairan juga kenapa wujud bola-bola kecil berwarna hitam di sepanjang lantai koridor sekolah ni.
Tapi jelas sekali bola-bola ini pun salah-satu dari ‘makhluk’ itu.
***
“Kau memang tak nak keluar ke?” Aku pandang dia, dia pandang aku. Keluhan berat aku keluarkan.
Menyesal sebenarnya pindah sini. Tak sangka pula hantu dalam tandas perempuan ni pervert sebab setiap kubikel yang aku masuk mesti dia ikut sekali masuk.
Kalau di sekolah lama, jarang-jarang nak nampak hantu ikut orang masuk dalam kubikel tandas. Paling kuat pun mereka duduk di hadapan singki ja.
“Tolonglah keluar, aku nak sakit perut ni weh!” aku merayu sambil paha aku dikepitkan dan kaki aku dihentak-hentak.
Lama-lama berdiri dekat sini, boleh terburai pundi kencing aku.
Aku merayu lagi tetapi kalini lebih desperate. Tapak tangan aku digosokkan bersama keatas kebawah meminta simpati.
Malang terlalulah malamg apabila dia hanya pandang aku dengan wajah kosong—tak ada riak wajah langsung.
Bayangkan kalau ada orang tiba-tiba masuk dalam tandas ni. Mesti semua akan pandang aku pelik—hairan kenapa budak baru ni menangis dekat depan pintu tandas. Boleh dicop gila gamaknya.
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fiksi Penggemar: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going