Senarai yang aku tulis itu aku lihat kembali.
1. Bawah meja — pakai gaun putih
2. Atas loker — kain putih dipenuhi dengan pasir
3. Dalam tandas blok B — hantu pervert (terpaksa berjalan ke blok A kalau nak membuang)
4. Bola-bola hitamSetakat tiga hari belajar di sekolah itu, hanya empat makhluk ni saja yang aku jumpa. Nasib mereka tak ramai tapi setiap tempat yang mereka berada itu aku selalu pergi apatah lagi di dalam kelas.
Aku cuba perhatikan keadaan sekitar aku sepanjang dua tiga hari ini dan dari apa yang aku nampak, setiap kali Hoshi lalu di hadapan kelas aku atau di mana mana sahaja mesti 'mereka' semua hilang.
Tak tahulah sama ada ini kebetulan atau disebaliknya.
Aku kena cari cara untuk hilangkan penglihatan aku yang tak masuk akal ni supaya aku boleh kembali ke keadaan asal.
Buku teks Biologi yang aku pegang itu ditutup lalu diletakkan diatas timbunan buku-buku yang lain di atas meja makan.
Sudah pukul 7 tapi aku masih tak pergi beli apa-apa makanan untuk makan malam harini.
Banyak kali ibu hantar mesej pada aku menyuruh untuk beli dinner sendiri sebab malam ni dia terpaksa keluar makan-makan dengan kawan-kawan di tempat kerja.
‘Sorry sayang, next time kita dinner sama-sama.'
Telefon aku disimpan ke dalam poket jaket denim yang aku pakai. Memang sampai ke tua aku akan pakai jaket tinggalan kakak ini.
Kaki aku melangkah menuju ke pintu keluar lalu menyarung sepasang sneakers hitam.
Buka sahaja pintu rumah, seseorang yang aku kenal turut keluar dari unit A-10-07 itu.
Hoshi memandang aku sambil mulutnya terbuka sedikit, riak wajah terkejut dia tayangkan.
Dalam banyak-banyak orang kenapa perlu dia yang jadi jiran aku? Tambahan pula jiran hadapan ni yang ibu selalu complain.
“Lah, aku tahulah kita tinggal satu building tapi tak sangka pula boleh berjiran,” dia melepaskan tawa lalu menutup pintu rumahnya. Kaki dia melangkah mendekati aku sambil tersenyum lebar.
Dia menyambung, “Haritu kan kau pecut awal sangat masuk ke dalam. Tak sempat aku dengan Wonu nak tanya kau tinggal di tingkat berapa,”
Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, all black.
Entah-entah dia jugalah ‘hantu’ yang datang dekat aku masa dalam lif tempoh hari. Ku ingatkan Freddy tetapi rupanya Hoshi.
Mungkin disebabkan aku yang tak memberikan sebarang reaksi dengan kata-kata dia, dia mula bertanya untuk elakkan suasana janggal antara kami, “Nak pergi mana ni?” Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan melihat koridor tingkat 10 yang sunyi itu.
“Nak pergi beli makanan,” jawab aku ringkas lalu menutup pintu rumah aku, A-10-06. Nombor malang untuk aku tahun ni dan tahun-tahun yang akan datang sebab ditakdirkan berjiran dengan dia.
“Oh, pergi makan. Nak aku teman?” kata-kata itu membuatkan aku terimbau kembali ayat dia semasa kami berjumpa di 7-Eleven beberapa hari yang lepas.
Tak boleh dengar perkataan ‘teman’ ni. Dah jadi alahan dah buat aku.
“Tak apa, terima kasih atas pelawaan. Aku nak bungkus ja,”
“Tapi aku still boleh teman kau kan?” tanya dia lagi.
Malas aku nak menjawab.
Niat aku memang nak larikan diri dari dia. Kalau boleh tak nak jumpa dia langsung dalam kawasan apartment ni, tapi kalau di sekolah lain ceritalah.
YOU ARE READING
BOUND BY FATE | Hoshi
Fanfiction: ̗̀➛ Mengisahkan tentang sumpahan yang terkena pada seorang gadis, tetapi hanya Hoshi sahaja yang mampu menghapuskan sumpahan tersebut. Mengapa? Genre - Romance start : 23 Sept 2023 status : on-going