Chapter 6

14 7 0
                                    

Skrin telefon yang memaparkan nombor Hoshi itu aku tenung lama. Titisan-titisan air mata aku yang ada pada skrin itu dilap.

“Cakap dengan ibu sekarang, nenek bagitahu apa dekat kamu?” Ibu yang sedang memandu itu bertanya dengan suara yang kuat, marah.

Tapi bukan pada aku. Pada nenek.

Aku nak saja cerita dari awal apa yang aku berbual dengan nenek semasa di rumah nenek tadi tapi aku tak mampu nak berhentikan air mata aku yang mengalir.

Perjalanan pulang hanya dipenuhi dengan bunyi tangisan aku saja. Dada aku naik turun tersedu-sedan.

Sampai sahaja dirumah, ibu menyuruh aku masuk terus ke dalam bilik. Sempat juga aku melihat apa yang ibu lakukan—dia sedang mencapai telefon bimbitnya dan mula memanggil seseorang diatas talian.

“Mak, saya dah cakapkan jangan takut-takutkan Iseul,”

“Mak tahu tak Iseul masih dalam fasa nak menerima apa yang terjadi? Mak tahu kan? Habistu kenapa mak masih cerita pasal Haneul dekat dia?”

Haneul.

Nama kakak.

Satu pil putih yang berada ditelapak tangan aku itu ditelan lalu aku meneguk air di dalam botol yang sudah tersedia dalam bilik aku.

Aku baring diatas katil lalu menekup kedua-dua telinga aku dengan bantal supaya aku tak dengar apa yang ibu dengan nenek bualkan tentang kakak. 

Seorang gadis yang memakai hanbok biru berdiri di tepi katil betul-betul di sebelah kepala aku. Dia hanya merenung aku tajam, tidak berkata apa-apa.

Hanboknya yang lusuh dan dipenuhi tompokan darah merah pekat pada bahagian perutnya itu dia tidak hiraukan. Langsung tidak mengaduh sakit atau apa-apa.

diam sahaja.

“Seronokkan jadi kau. Langsung tak rasa kesakitan yang kau tengah alami sekarang,” air mata aku yang bertakung itu tidak dilap. Aku taknak gerakkan tangan aku walau seinci dari kedua-dua telinga ini, aku tak nak dengar apa yang ibu bincangkan.

Cukuplah dengan kata-kata nenek itu yang cukup menyakitkan perasaan. Aku taknak sakitkan hati aku buat kali kedua dengan perbincangan ibu pula.

Dan juga kata-kata Hoshi semasa pulang tadi yang cukup membuatkan aku terasa bodoh.

Beberapa minit kemudian, aku sudah tidak ingat apa-apa yang berlaku disebabkan kesan pil yang telah dimakan tadi.


Writer's Note
Maafkan saya atas kelambatan meng-update, sebab busy sikit this week.

BOUND BY FATE | HoshiWhere stories live. Discover now