BAB 2

10 4 0
                                    

Pintu bilik diketuk. Dia masuk ke dalam bilik tersebut tanpa memberi salam. Wajah tua milik bapanya dilihat dengan perasaan marah.

"Yusri. Kamu nak ke mana?" tanya si bapa tatkala melihat anaknya membawa beg sandang.

Menghampiri bapanya lalu dia meletakkan kunci kereta di atas meja bertentangan bapanya. "Terima kasih sebab dah besarkan Yusri dan beri semua kemewahan. Mulai hari ini, Yusri dah tak ada kaitan dengan ayah selagi ayah tak ubah sikap."

Si bapa menepuk meja lalu berdiri dari kerusinya. "Apa lagi yang tak cukup? Ayah buat semua ni demi tampung keperluan rakyat. Cakap pasal tanah. Apalah sangat. Daripada tak ada pembangunan. Lebih baik jual. Dapat duit untuk negara juga," tegasnya.

Yusri geleng kepala. "Walaupun Yusri ni tak kuat agama. Yusri tak pernah berpura-pura alim dan jadi pengkhianat bangsa. Ayah jangan lupa. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Yusri tak setuju."

Dia cekak pinggang. "Kamu memang suka memberontak dari dulu. Cuba tengok mak tiri dan adik-adik kamu. Semuanya tak pernah membangkang."

"Sebab semuanya mata duitan macam ayah. Yusri tak sama macam mereka," bidasnya.

Si bapa berdecit. Dia mula naik angin terhadap kata-kata anaknya walaupun itu fakta. "Baiklah. Kalau itu yang kamu nak sangat. Mulai hari ni. Kamu bukan lagi anak aku," katanya.

Yusri tersenyum senang. "Kita akan jumpa lagi nanti tapi sebagai musuh. Negara ni perlukan ketua yang lagi bagus. Ayah bukan sesiapa pada pandangan Yusri. Hanya sampah yang mahukan nilai tinggi," penuhnya sepuas hati.

"Yusri!" Tan Sri Yusman meninggikan suaranya apabila dirinya dikatakan sedemikian.

"Kenapa? Tercabar? Kalau ayah nak sekat atau bekukan bank pun, Yusri tak kisah sebab Yusri dah lama bersedia," dia mencabar bapanya.

"Berani kamu cabar ayah kamu sendiri, Yusri. Kamu fikir ada orang nak tolong kamu kalau miskin?"

"Masih ada manusia yang berhati manusia. Berbeza dengan ayah yang berhati kan syaitan. Jangan fikir Yusri tak tahu apa-apa. Tunggu masa je. Yusri seorang tak mampu. Siapalah yang nak dengar kata-kata anak seorang Perdana Menteri yang disanjungi sedangkan anak itu tidak dikenali?"

Tan Sri Yusman yang rasa tercabar itu menampar pipi kiri anaknya dan berkata dengan penuh amarah. "Sampai bila-bila pun tak akan ada orang tolong kamu. Kalau kamu buka mulut. Kamu tahulah akibatnya nanti."

"Sanggup bunuh anak sendiri demi tutup mulut. Tak ada bezanya ayah upah orang untuk bunuh menteri-menteri yang menentang ayah dulu. Tapi Yusri yakin. Ada orang yang lebih menakutkan berbanding ayah." Pipi yang keperitan dipegang sambil menahan sakit.

"Siapa?" soalnya dengan pandangan dingin kepada anak sulungnya.

"Seseorang yang aktif membunuh para pengawal ayah sekarang ni. Apa agaknya nama dia? Neraca? Dengar kekuatan mereka selaras dengan tentera cuma bersembunyi seperti mata-mata. Ayah rasa, siapa ketua mereka?"

Buku lima digenggam. "Kamu nak sertai mereka?"

"Kenapa? Ayah takut rahsia ayah terbongkar?"

"Mereka tu penjahat. Kamu akan ditangkap dan dipenjarakan. Mungkin akan dihukum mati. Kalau itu terjadi. Ayah tak akan bebaskan kamu."

Yusri ketawa. "Dah agak. Neraca ialah penjahat bagi kerajaan yang ayah pimpin tapi bagi Yusri. Mereka wira dalam bayangan."

Tan Sri Yusman terdiam.

Yusri keluar dari bilik. "Yusri akan kembali ke sana. Kalau ayah berani cari Yusri. Hadap datuk. Yusri tak pernah harapkan apa-apa daripada ayah sebab ibu meninggal pun disebabkan ayah sendiri. Dasar pembunuh."

Dia keluar dari situ dengan kata-kata amarah dari hatinya. Kisah silam yang hanya dia ketahui tetapi dia mendiamkan diri demi menunggu hari ini tiba.

*

Penyapu berhenti bergerak setelah selesai menyapu kelas pada pagi ini. Farisha menuju ke arah tong sampah untuk membuang sampah di dalam penyodok. Tanpa diduga, tiga orang pelajar lelaki berlari dan melanggar tangan Farisha. Penyodok yang dipegangnya tadi terlepas dari tangan. Sampah berterabur di atas lantai.

Batang penyapu digenggam kemas dengan api kemarahan yang membara dalam dirinya. Tiga orang lelaki itu terhenti seketika apabila terkejut mendengar bunyi penyodok tadi jatuh.

"Hoi, setan!" tengkingnya kepada mereka.

Mereka memecut laju sebaik sahaja Farisha menengking. Farisha pula pantas mengejar dengan penyapu pada tangan kanannya sambil membebel di koridor kelas.

Tanpa dijangka, seorang ketua pengawas sekolah muncul di kawasan tangga dan menahan Farisha yang mengejar tiga orang pelajar tadi. Hentian yang mengejut itu membuatkan Farisha terpeluk ketua pengawas itu. Si ketua pengawas pula membiarkan sahaja kerana bimbang dirinya bakal dibeli pula.

Mata bertentang mata. Mata yang dingin itu tidak mudah untuk ditatap oleh orang lain kecuali si ketua pengawas yang berani ini.

"Lantai basah macam ni, awak berlari. Kalau jatuh nanti macam mana?" katanya dengan tenang.

Penyapu dihentak kuat bersama kemarahan. "Mereka tu cari pasal. Berlari dalam kelas. Habis jatuh sampah saya sapu tadi," adunya.

Ketua pengawas itu ketawa kecil lalu melabuhkan tapak tangan kanannya di atas kepala gadis pendek itu. "Dah. Jom, saya tolong awak sapu lagi! Lepas tu, kita pergi jaga pagar sama-sama. Hari ni giliran awak jaga pagar, kan?"

Farisha mengembungkan pipinya sebagai tanda tidak berpuas hati. "Tak akan awak nak lepaskan tiga ekor jembalang tu macam tu je? Mentang-mentanglah mereka tu kawan awak."

Tangannya mencapai penyapu daripada Farisha. "Nanti saya uruskan mereka. Jom."

Langkahnya laju mendahului Farisha. Farisha pula pantas menarik lengan baju ketua pengawas atau lebih tepat kekasihnya itu.

"Razmi."

"Hm?"

"Hari ni Kak Aryana balik," beritahunya.

Razmi pantas melihat ke arah Farisha dengan perasan teruja. "Betul ke? Wah, tak sabarnya nak jumpa! Ada banyak soalan saya nak tanya."

Bahu Razmi dipukul kuat. "Ish, dia ni. Macamlah tak boleh chat atau call."

Razmi ketawa janggal.

"Tapi aku lagi suka jumpa berdepan. Ada banyak soalan aku nak tanya akal dia sebab ada banyak benda yang aku tak tahu pasal Farisha ni. Cara untuk tenangkan dia dan macam-macam. Aku dah la jenis segan nak cakap dengan perempuan tapi akak dia berbeza. Memahami?" getus hati Razmi.

"Kan lagi hormat kalau cakap berdepan. Bukan senang saya nak dapat restu kakak awak tu."

Farisha silang lengan pada dada. "Ya. Adik saya pun dah berkali-kali kekasih dia kena rejek sebab perangai pelik-pelik."

Razmi menyambung perjalanan beriringan dengan Farisha. Dia angguk kepala sebagai tanda faham. "Awak patut bersyukur sebab ada kakak macam tu. Menilai orang bukan mudah kalau kita tak kenal orang tu."

"Tapi benda tu mudah je bagi Kak Aryana. Bak kata dia, mata tak mampu menipu sikap sebenar manusia," jelasnya.

Razmi angguk kepala. "Kakak awak patut kerja jadi polis penyiasat."

"Memang tu pun cita-cita dia dulu tapi rabun tak lepas standard."

"Faham," sahut Razmi sambil melihat Farisha yang bercermin mata tebal.

"Apa pandang-pandang?"

"Awak pula nak jadi apa nanti?"

"Hakim," jawabnya.

"Hish, budak law. Kalau macam tu. Saya nak jadi pengawal keselamatan awak untuk selamanya."

Wajah Farisha berona merah kerana malu. Sekali lagi bahu kanan Razmi ditampar kuat sehingga dirinya melayang ke arah pintu kelas dan kepalanya terhantuk. Farisha pula melarikan diri ke hujung koridor, tandas perempuan.

"Nasiblah aku ni papan. Ringan je melayang. Mungkin aku patut dengar nasihat Kak Aryana dulu. Tambah berat badan," bicara hatinya yang rasa menyesal.

NERACAWhere stories live. Discover now