20 tahun kemudian.
Sepucuk surat diletakkan di atas meja oleh seorang pegawai polis lelaki. "Ni ada surat untuk Tuan Ling."
"Datang mana surat ni?" tanya anggota polis perempuan di mejanya.
"Aku jumpa dalam peti surat," jawabnya sebelum berlalu pergi ke arah mejanya.
Nama Ling Huang Lee ditatap seketika oleh wanita itu sebelum menuju ke arah bilik Detektif Ling. Surat itu kelihatan aneh kerana sampulnya berwarna hitam dengan lambang dacing berwarna merah pada penutup sampul tersebut.
"Mungkin surat daripada bahagian perisikan," omelnya yang berfikiran positif.
Pintu bilik diketuk. Dia berdiri di hadapan pintu itu sehingga diberi arahan untuk masuk.
"Masuk," kata Ling dari dalam.
Wanita itu segera masuk dengan tabik hormat. "Selamat pagi, Tuan Ling. Saya datang nak hantar surat ni."
Ling segera menghampiri wanita itu. Surat bertukar tangan. Senyuman nipis pada wajah Ling kelihatan. Wanita itu bertambah tertanya-tanya sehinggalah dia bertanya tanpa dia sedari.
"Surat apa tu?"
"Ni? Kad jemputan kepulangan anak Encik Shuhaimi. Awak nak ikut?"
"Eh? Saya boleh datang ke?" Dia terkejut terhadap pelawaan ketua jabatannya.
"Mestilah. Sebab itu kad ni sampai di balai ni. Kalau tak boleh ikut. Kad ni akan sampai di rumah saya," jawab Ling.
Sampul surat dibuka. Sekeping kad berwarna hitam dengan tulisan putih dikeluarkan. Bingkai pada kad jemputan itu pula berwarna emas dengan lambang dacing yang sama.
"Dibenarkan untuk membawa sesiapa sahaja," katanya berdasarkan ayat pada kad jemputan itu.
"Seganlah pula kalau saya je ikut. Kalau ajak Fakrul sekali, boleh? Dia yang ambilkan surat tu tadi."
"Terpulang. Nanti datang rumah saya jam 8:30 malam. Hari ni. Awak dengan Fakrul je. Orang lain biarkan. Nanti macam-macam perangai," ujarnya.
Wanita itu bernama Jannah itu memberi tabik hormat dengan bersemangat. "Baik, tuan. Terima kasih."
"Sama-sama," ucap Ling.
Jannah undur diri. Pintu kembali ditutup. Ling pula membuka ruangan pada kad lad tersebut. Ternyata kad jemputan itu bukan hanya sekeping tetapi memiliki ruang yang mampu memuatkan sekeling lagi kad di dalamnya.
Kad sebenar dikeluarkan lalu dibaca sambil berjalan ke arah kerusinya. Ling duduk dan bersilang kaki.
"Mesyuarat tentang pemberontakan Kampung Salam. Akhirnya, Victoria turun padang. Nak harapkan orang tua tu pun... Haih. Dah berkali-kali keluar masuk wad," katanya lalu menyimpan kembali kad rahsia itu.
"Aku dekat sini pula tak mampu buat apa. Tugas aku, pantau pertahanan negara dalam bahagian aku. Masing-masing ada peranan demi keamanan rakyat," kata hatinya yang sedikit kecewa kerana hanya mampu mengikut arahan orang atasan.
Dia tidak hanya bekerja untuk kerajaan kerana dia hanyalah perisik yang menjalankan tugas sebagai ahli Neraca di dalam balai polis ini. Tugasnya sangat penting di sini untuk pasukan maklumat Neraca mendapatkan data keselamatan dan perancangan pertahanan. Termasuklah kes-kes yang diselesaikan oleh pihak polis.
"Ahli Neraca ada di mana-mana dalam diam. Heh, tak sangka anak tunggal Silenceux III meneruskan legasi mafia dia dengan cara macam ni. Keadilan dan habuan. Sasaran dia, pengkhianat negara," bicara hatinya.
Dia ketawa sendiri sendiri kerana dia tahu asal-usul pemimpin Neraca itu sejak 20 tahun lalu. Ahli Neraca bukan sedikit. Di mana-mana sahaja ada mereka. Bekerja seperti biasa tetapi dengan misi masing-masing. Dalam semua bidang termasuklah politik. Hanya tunggu masa untuk jatuhkan manusia yang berbangga berada di atas.
"Welcome back, Rehsiw The Wisher. I wish, I can have long life because I'm still single."
*
"Bila akak nak kahwin?" soalan bernas daripada Farisha kepada Aryana.
"Bila jodoh aku sampai," jawapan yang pantas setiap kali ditanya soalan itu.
"Bila?" soal Farisha lagi.
Kerepek pisang dikunyah. "2 tahun lagi," jawabnya tanpa berfikir panjang.
"Dengan siapa?" Farisha sengaja memancing kakaknya yang sentiasa ada jawapan itu.
Mata Aryana tidak beralih dari televisyen sambil memakan kerepek pisang. "Seseorang yang tak dekat dan tak jauh. Yang pasti, lelaki yang boleh dipercayai."
"Contoh?"
"Seseorang yang aku tak pernah jumpa."
Farisha tersenyum sambil anggukkan kepalanya. "Dua tahun lagi, ya? Tak sabar nak tengok bakal abang ipar. Hensem lagi abang ipar atau hensem kakak aku yang seorang ni?"
Aryana berhenti mengunyah. Dia melihat ke arah adiknya. "Razmi tahu tak aku balik sini?"
Farisha mengeluh. "Balik-balik tanya pasal dia. Macamlah kau orang tak boleh chat sendiri."
"Saja tanya. Kau tu tak lama lagi jadi bakal isteri dia. Mestilah kena tahu," sakat Aryana kepada Farisha.
Farisha terdiam.
"Esok aku nak keluar dengab Razmi. Nak ikut?" Dia angkat kening.
"Hmph! Tak naklah. Kalau kau orang keluar. Mesti borak benda yang aku tak faham. Ambil je la Razmi tu. Tapi beli makanan untuk aku banyak-banyak," rajuknya.
Hidung mancung milik Farisha ditarik. "Baiklah, angahku pendek. Nanti aku beli."
"Aku dah tinggilah. Tambah 1cm," lentingnya.
"Seriuslah? Meh sini ukur dengan aku."
Balang kerepek pisang dirampas dari tangan Aryana. "Dah. Nak kerepek. Masak sendiri. Ni aku yang masak," tegasnya dan berlalu pergi ke arah biliknya.
Aryana puas menyakat adiknya. Sudah lama dia tidak bergurau dengan Farisha. Rasa puas dan tenang. Segala kekusutan dalam mindanya hilang untuk seketika sehinggalah adik bongsunya pulang.
Aryana memasang wajah serius ketika mereka bertentang mata di ruang tamu. "Dari mana?"
"Kelas tambahan," jawab Atia yang terkejut melihat kepulangan kakaknya itu. Disangkanya bakal tiba waktu malam. Rupanya sudah ada di rumah.
Aryana bangun dari sofa. "Pergi siap-siap cepat. Kita nak keluar kejap lagi. Ada majls makan malam. Ajak sekali kekasih baru kau. Aku nak tengok. Jangan fikir aku tak tahu," tegasnya.
Sikap dingin Aryana terhadap adik bongsunya mula timbul sejak pertama kali Atia bersikap degil demi membela kekasih lamanya. Entah berapa ramai kekasih yang dia miliki sehingga kini. Tiada yang setia dan semuanya tidak diterima oleh Aryana. Atia tetap berdegil kerana dia lebih memilih cinta berbanding nasihat.
"Aku tak nak kau menyesal kemudian. Kalau bukan janji aku dengan ibu. Aku dah lama naik tangan dengan sikap kau," katanya.
Ayat itu sudah tidak asing pada pendengaran Atia kerana Aryana sering mengungkapkannya ketika marah walaupun nadanya kelihatan tenang.
Aryana tidak pernah marah kepada Atia sejak ibu mereka meninggal dunia akibat sakit buah pinggang. Sikap barannya juga tidak kelihatan lagi. Hanya Farisha yang memiliki api kemarahan yang tinggi seperti bapanya. Kadangkala, Aryana turut dimarahi oleh Farisha kerana sikap pemalasnya. Walaupun itu sebenarnya cara Aryana mahu bermanja dengan adiknya itu.
YOU ARE READING
NERACA
Misterio / SuspensoKehidupan bukan sesuatu yang mudah untuk dijalani terutama kepada manusia yang tidak memiliki pilihan kecuali satu jalan. Kebaikan dan keburukan hanya berlandaskan satu jalan yang dipilih oleh seseorang walaupun berisiko tinggi. Keadilan sukar untuk...