BAB 6

7 2 0
                                    

Pemetik api dibuka dan ditutup sepuas hatinya tetapi dia tidak merokok kerana pemetik api itu bukan miliknya, milik bapanya. Dia mengambil pemetik api itu kerana dia tidak mahu bapanya merokok diam-diam di belakangnya.

"Welcome back, Prince Vic."

Suara sapaan itu menghentikan pergerakannya sebentar tadi. Dia segera melihat ke arah lelaki yang seusia bapanya itu. "Mr.Ling."

Pandangannya dialihkan ke arah dua orang manusia di belakang Ling. "Anak?"

Bahu kiri Aryana ditepuk. "Nak sindir pun janganlah depan-depan saya."

Aryana terketawa. "Manalah tahu. Tujuh tahun saya tak balik sini. Mr. Ling dah ada anak tiri. Citarasa janda-janda, kan?" Dia angkat kening.

Ling mengeluh. Tangannya dialih dari bahu Aryana. "Kenalkan. Mereka rakan sekerja saya. Fakrul dan Jannah."

"Selamat berkenalan. Saya, Ary." Tangan kanan dihulurkan kepada Jannah.

Jannah melihat tangan yang dilengkapi sarung tangan berwarna hitam. Kemudian, dia melihat pula wajah kacak milik manusia di hadapannya dengan perasaan segan.

Salaman diterima. "Hai. Jannah."

Salaman dilepaskan. Giliran Fakrul pula bersalaman dengan Aryana. Dia lebih dikenali sebagai Ary jika berpenampilan sedemikian. Penampilannya ini bukan biasa-biasa melainkan dia sedang bekerja sebagai seorang ketua Neraca. Identiti dirahsiakan.

"Abah kamu mana?" tanya Ling sambil melihat pemetik api pada tangan kiri Aryana.

"Ada di belakang dewan. Merokok dengan kawan-kawan dia agaknya."

"Kalau macam tu. Kalian berbual la dulu. Saya nak jumpa Encik Shuhaimi kejap," beritahunya dan berlalu pergi dari situ.

"Jemputlah duduk sementara tunggu orang lain sampai," ajak Aryana lalu membawa mereka ke sebuah meja yang disediakan.

Mereka mengekorinya. Pada masa yang sama, Jannah tersipu-sipu di sebelah kanan Fakrul kerana hatinya sedang menjerit seperti peminat Aryana. Bukan kerana jantina tetapi kekacakan yang menipu mata manusia lain. Suaranya juga bukan susah untuk diubah bagi seorang perisik profesional seperti Aryana.

Lebih 10 tahun dia bekerjasama dengan Ling dan Shuhaimi dalam jabatan perisikan sehingga Shuhaimi berhenti menjadi polis selepas pemergian isteri tercintanya. Dia lebih fokus untuk menjaga dua orang nak dara dengan kerjaya yang banyak memberikan dia masa bersama-sama keluarganya.

Idea penubuhan Neraca diberi oleh Datuk Taha selepas dia bersara. Manakala, penubuhan dan perancangan diuruskan oleh Aryana berasaskan sistem organisasi Black Rose milik keluarga asalnya. Yang tertinggi akan bergelar, King. Jawatan itu mesti dipegang oleh seorang lelaki.

Disebabkan hal itu, dia menjadikan dirinya sebagai Ary dengan nama kod Rehsiw The Wisher tetapi Ling lebih selesa memanggil singkatan nama asalnya, Vic.

"Fakrul," Jannah berbisik.

Fakrul melihat ke arah rakan sekerjanya. "Kau tak rasa Ary tu tinggi semacam ke? Mata dia pun cantik. Lance biru laut tu mesti mahal," ujarnya perlahan.

Fakrul mengalihkan pandangannya ke arah Aryana. "Aku tengok biasa je. Kau nampak teruja sangat ni, kenapa? Suka?"

Jannah terkedu.

"Ary."

Aryana segera berpaling ke arah seorang lelaki yang sebaya dengannya. "Ada apa?"

Ibu jari tangan kanan ditujuk ke arah belakangnya. "Atok dah sampai," beritahu lelaki itu yang merujuk kepada Datuk Taha.

NERACAWhere stories live. Discover now