Sekumpulan manusia bertopeng sudah bersiap sedia di dalam ruangan khas untuk mesyuarat Neraca. Hanya ahli organisasi Mozex yang tidak memakai topeng. Ketika ini, Yusri membetulkan topeng pada wajahnya sambil berdiri di belakang kerusi datuknya.
Pintu bilik tersebut dibuka. Mereka berdiri sebaik sahaja Aryana dan Mozex melangkah masuk sebagai tanda hormat. Langkah Aryana terus ke arah tempat duduknya. Kerusi sebelah kanannya pula diduduki oleh Mozex dan di sebelah kirinya menjadi tempat duduk Shuhaimi. Para tetamu VVIP turut mengambil tempat duduk masing-masing.
"Lambat," kata Farisha sambil menyilang lengan pada dada. Mereka duduk bertentangan.
"Partner kau mana?" tanya Aryana kepada adiknya.
"Ada latihan silat untuk pertandingan minggu depan. Dia dah balik awal tadi," beritahunya tentang Razmi.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi datang atas mesyuarat kerjasama ini. Seperti yang anda tahu, Neraca dan Mozex sudah lama bermusuhan. Tapi kali ini kita akan bekerjasama untuk pertahankan tanah warisan kita," kata-kata mukadimah daripada Aryana kepada mereka semua.
"Hari ini juga kita ada ahli baru. Sila perkenalkan diri," ujar Aryana yang merujuk kepada Yusri.
Yusri menempatkan tangan kanannya pada dada kiri berdasarkan etika Neraca yang diajar oleh datuknya. "Selamat sejahtera. Nama saya, Felix. Saya datang dari ibu kota Maharaya. Tujuan saya sertai Neraca untuk membela nasib rakyat yang tertindas di sana. Saya harap kalian boleh beri kerjasama."
"Baiklah. Seterusnya. Mungkin ada yang belum kenal manusia di sebelah saya ni," kata Aryana sambil melihat Mozex.
Mozex membuka topeng pada wajahnya. Topeng itu bukan milik Aryana tetapi milik Mozex sendiri. Cuma dia tinggalkan topeng itu kepada Aryana untuk disimpan supaya keahliannya sebagai sebahagian dari Neraca tidak terbongkar. Kadangkala Aryana turut menggunakan topeng itu sebagai lambang topeng miliknya walhal dia memiliki topeng lain.
Topeng diletakkan di atas meja. "Aku, Mozex IV, Eyes Catcher. Ketua organisasi Mozex. Untuk kerjasama ni, aku akan ada dalam misi utama di Maharaya dengan Wisher. Ahli-ahli yang lain akan bantu kalian di Kampung Salam."
"Seorang je?" tanya ahli organisasi Mozex kepada Mozex.
"Aku seorang je dah cukup. Lagi pun, Wisher bukan orang yang mudah ingkari janji. Aku dah lama kenal dia. Tak akan aku tak kenal musuh sendiri," jawab Mozex dengan lagaknya.
*
Jam menunjukkan detik 1:30 pagi. Ahli mesyuarat kerjasama sudah pulang ke rumah masing-masing. Ada juga yang menyewa bilik di hotel milik Shuhaimi kerana sudah larut malam termasuklah Mozex.
Aryana mencampak Mozex di atas katil. "Boleh pula dia tidur sambil berjalan. Dasar."
Aryana pusing ke belakang untuk keluar dari bilik itu tetapi tangan kanannya ditarik sehingga dia jatuh ke atas katil. Mozex tidak memberi peluang kepada Aryana untuk bergerak. Dia segera mengunci pergerakan Aryana dan memeluknya.
"Nak apa lagi?"
"Teman aku tidur sini."
Aryana mengeluh. "Macam budak-budak."
"Sebab kau tak nak kahwin dengan aku," bisiknya lalu menggigit telinga Aryana dengan lembut.
Bunyi sesuatu yang sangat dikenalinya telah membatalkan niatMozex untuk mengganggu Aryana. Siapa sangka ada senjata tersembunyi yang disorok dalam diam? Istilah orang pendiam ialah orang yang berbahaya sangat sesuai untuk Aryana kerana sikapnya memang sedemikian.
Pelukan dilepaskan oleh Mozex. Pistol pada tangan kanan yang diacukan pada celah kangkang Mozex turut disimpan kembali di sebalik jaketnya.
"Seriously, Ary?" Mozex melenting ketika duduk di atas katil.
Aryana membetulkan pakaiannya sambil berdiri. "Just a joke," santai sahaja dia berbicara.
Kemudian, dia mengambil tempat di sebuah kerusi yang bertentangan dengan katil Mozex. "Ada apa-apa lagi kau nak bincang? Aku dah mengantuk ni. Esok aku nak keluar dengan Razim."
Terpancar wajah cemburu milik Mozex. "Aku nak ikut."
"Tak boleh. Ini ada kaitan dengan tugas dia. Lagi pun, kau kena balik esok untuk beri laporan kepada ayah kau, kan?"
Bantal diambil lalu dipeluknya dengan pipi yang dikembungkan sebagai tanda protes terhadap kata-kata Aryana walaupun itu kenyataan. "Ya la. Aku balik esok. Tapi bila kau nak ambil aku ikut kau pergi sana?"
"Lepas habis cuti sem," jawabnya.
Mozex mengeluh lagi. "Lamanya."
Aryana mencapai semula sepucuk pistol yang dibawanya tadi lalu diletakkan di atas meja. "Aku ada tugas untuk kau lepas kau balik sana nanti."
"Tugas apa?" Dia menanti dengan penuh teruja.
Tangannya masih menyentuh pistol di atas meja itu. "Maklumat sasaran, aku akan hantar nanti."
Mozex menghampiri Aryana lalu pistol tersebut diambilnya. Magazin dibuka untuk memeriksa peluru di dalamnya. Hanya ada satu peluru. "Oh, dia ke? Faham. YB Muzaini yang beli rumah besar guna duit rakyat tu, kan?"
Aryana berdiri. "Baguslah kalau dah tahu. Aku tak perlu habiskan masa hantar maklumat tu kepada kau."
"Tapi apa upahnya?"
Aryana mencium tapak tangannya lalu ditampar pada pipi Mozex. "Nah, tamparan ciuman aku. Manis tak?"
"Oh my God. Manis gila. Aduh, sakitlah!" Pipi kirinya diusap.
Aryana menghampiri pintu bilik. "Honeymoon one week with me. Deal?"
"Deal!" Bersemangat sungguh dia.
YOU ARE READING
NERACA
Mystery / ThrillerKehidupan bukan sesuatu yang mudah untuk dijalani terutama kepada manusia yang tidak memiliki pilihan kecuali satu jalan. Kebaikan dan keburukan hanya berlandaskan satu jalan yang dipilih oleh seseorang walaupun berisiko tinggi. Keadilan sukar untuk...