BAB 7

9 2 0
                                    

Farisha membetulkan tudungnya yang senget itu. "Dah la pusing tak bagi salam. Lepas tu, langgar orang. Nak kena tumbuk ke?" gertak Farisha yang panas baran.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak perasan," kata Yusri sambil melihat ketinggian Farisha.

Qawaris berdiri di antara mereka berdua. "Kau ada curi dengar ke tadi?"

Yusri tidak segera menjawab pertanyaan itu. Dia melihat ke arah lain.

Bahu kiri Qawaris ditarik ke belakang oleh Farisha. "Jangan fikir aku pendek, aku tak berani lawan. Lelaki sama je. Suka sangat tinggikan diri berbanding perempuan. Kau orang pun sama. Hmph! Aku nak kencing."

Farisha pantas masuk ke ruangan tandas perempuan selepas memberi ceramah ringkas di situ. Yusri terketawa tanpa sengaja kerana pada pandangannya, Farisha kelihatan sangat comel ketika marah.

"Kau ketawa apa?" Fawas bertanya sambil menolak Yusri pada dinding.

Qawaris dan Danish saling berpandangan. Bukan main angin lagi Farisha malam ni. Langgar sikit pun, sudah macam nak bergaduh. Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara Farisha dan Razmi. Itu yang mereka fikirkan pada ketika ini.

"Apa yang kau dah dengar tadi?" tanya Fawaz lagi.

"Semua tu tak ada kaitan dengan aku. Jadi, aku tak peduli tentang mereka," jawabnya.

Danish menarik tali leher Yusri dan bertanya dengan tegas. "Kau datang ke sini dengan siapa?"

Yusri cuba menarik tangan Danish kerana kesesakan nafas akibat tali leher yang semakin ketat. "Ta... Taha... Datuk Taha."

"Datuk Taha?" kata mereka yang terkejut besar.

Danish segera melepaskan tali leher Yusri. "Oh, cucu Tuan Taha rupanya. Kenapa muka macam penyangak? Aku fikir, musuh dalam selimut." Dia ketawa walaupun tiada hal yang lucu berlaku.

Perasaan segan mula bersarang dalam diri mereka bertiga kerana telah menerjah orang yang salah. Yusri pula membetulkan tali lehernya.

"Tak apa. Aku yang salah sebab langgar dia tadi. Boleh aku tahu, yang tadi tu siapa?"

Qawaris menggaru belakang kepalanya. "Itu anak kedua Tuan Shuhaimi. Dia tu garang. Pakwe dia pun tak berani dengan dia."

"Bukan setakat pakwe dia je.  Abang dia dan Tuan Shuhaimi pun terdiam kalau kena bebel. Menakutkan. Tak padan dengan pen...,"

Cepat-cepat Fawaz menekup mulut Danish sebelum bala datang. "Kau nak mati ke? Perkataan tu taboo. Dia je boleh sebut," bisiknya.

Danish angguk kepala sebagai tanda faham. Mulutnya dilepaskan. "Hampir."

"Apa yang hampir?" Farisha menegur ketika urusnya telah selesai.

Tiga jejaka itu menjerit kerana terkejut melihat makhluk pendek itu. Farisha cekak pinggang. "Mengutuk aku la tu. Nanti kau orang, aku kerjakan."

*

Jam tangan dilihat sekilas. "Atia tak sampai lagi?" soal Shuhaimi kepada Aryana.

Aryana mengeluh. "Abah manjakan sangat dia tu. Abah tahu tak, kawan yang dia maksudkan tu lelaki?"

"Tapi dia kata kawan perempuan."

Aryana mencapai segelas jus anggur lalu diminum untuk menahan kemarahannya. "Kalau anak abah sendiri, abah tak kenal. Macam mana abah nak pilih calon suami untuk anak-anak abah? Abah jangan terlalu pandang satu manusia di depan abah ni."

Pemetik api dilambung ke arah Shuhaimi. Pantas dia menyambut pemetik api miliknya sebelum Aryana pergi dari situ.

"Nak ke mana? Majlis dah nak mula kejap lagi."

NERACAWhere stories live. Discover now