Kini Adam dan Amna berada didalam kereta bersedia untuk bergerak, sambil kereta bergerak Amna bertanya sesuatu kepada Adam.
Amna:Rumah awak lorong berapa?
Adam:Ohh lorong 7 tapi nanti awak stop kat sebelum masuk lorong tu jela
Amna:Ohh dekat je rumah kita rupanya, kenapa awak malu eh?
Adam:Hah lebih kurang macamtu la , sebab saya bagitahu kawan yang saya tolong budak kena langgar lari tadi, jadi kalau awak hantar depan rumah kena bahan nanti
Amna:Ohh duduk dengan kawan ke?
Adam:Hah ye
Amna:ohhh (kini kereta telah berhenti ditempat yang Adam minta ,Amna bertanya untuk kepastian.) Betul eh berhenti sini je?
Adam: Betul,baju ni awak bawak balik la ye
Amna:Eh kenapa pulak,ambil jela anggap la ni tanda terima kasih sebab tolong saya tadi
Adam:Ohh bukan apa nanti kawan saya pelik pulak, sambil-sambil tolong orang sempat pulak pergi beli baju, ok macamni awak anggap je saya terima baju ni tapi awak simpankan la ye
Amna:Okay la kalau awak cakap macamtu
Adam:Terima kasih la sudi tumpangkan (Adam lalu keluar dari kereta Amna dan menutup pintu )
Amna:Sama-sama (Kereta Amna pon bergerak, Adam hanya memerhati kereta Amna yang baru sahaja bergerak sehingga hilang dari pandangannya selepas itu Adam memulakan langkah ke rumah sewa yang dia duduki
Setelah sampai di depan pintu rumah ,Adam membuka kasut dan masuk kedalam rumah dengan memberi salam, kebetulan Khairul dan Danial yang berada ditangga menegur Adam setelah Adam masuk kedalam rumah, walaupun sejak tadi dari atas tangga mereka sudah nampak kelibat Adam di muka pintu.
Khairul:Aik muka ada banyak seri ada apa-apa berlaku ke?dengar citer tolong budak kena langgar lari tadi?
Adam:Hah ye betul la tu aku tolong budak kena langgar lari tadi
Danial:Ohh patutla muka berseri je,mesti budak perempuan kan kau tolong tu?
Adam:Haish memandai je korang ni,aku tolong budak lelaki la,tapi takdela budak pon ,remaja
Khairul:Yeke?lepastu apa yang berlaku?
Adam:Ye,takde berlaku apa-apa la,aku hantar budak tu balik lepastu aku pon balik la
Danial:La macamtu je ke?budak tu takde ke ajak masuk rumah sekejap ke,kenal-kenal dengan family dia ke?manalatahu boleh sangkut dengan kakak atau adik perempuan dia ke ?
Adam:Hah ni lagi sorang kalau bab perempuan laju je eh, family dia pun takde rumah,yela harini kan hari bekerja,ada la tu hal masing-masing
dah la malas la layan korang baik aku mandi lepastu solat lagi bagusDanial: Kitorang nak pergi bungkus makanan ni,kau nak apa-apa ke?
Adam:Tak, tadi sebelum balik aku dah makan dengan budak tu
Danial:Ohh ok la kalau macamtu, chaw dulu
Adam:hati-hati
Khairul dan Danial hanya membuat isyarat tangan bentuk okay apabila mendengar Adam berkata begitu
Sementara keadaan di rumah Arsyad dan Khalidah
BUM !
Dari ruang tamu sudah terdengar bunyi hempasan pintu dari seseorang. Siapa lagi kalau bukan anaknya Muaz Firdaus, Arsyad dan Khalidah sudah faham akan perangai anaknya seorang itu apabila ada benda yang tidak dia puas hati. Iman Nadhirah adik kepada Muaz Firdaus yang datang dari dapur terkejut dengan bunyi yang kuat itu lalu dia keluar dari dapur dan bertanya kepada kedua orang tuanya.
YOU ARE READING
BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU
RandomAdam Tamimi merupakan seorang bekas banduan yang dulunya seorang Tiktokers famous dipertemukan dengan Amna Tasnim seorang inspektor polis yang ditugaskan di bahagian jenayah. Pertolongan yang Adam berikan kepada Amna maka terjadila perkenalan dianta...