2 bulan sebelum pernikahan mereka berlangsung Amna dan Adam sibuk membuat persiapan antaranya membuat kad jemputan, menyewa baju untuk pernikahan dan bergambar diluar. Membuat ujian hiv,pergi khusus perkahwinan dan menghantar borang pernikahan.Kalau ikutkan mereka berdua mahu membuat kad jemputan digital sahaja namun apabila memikirkan ada sesetengah jiran yang berusia dan tidak pandai menggunakan telefon jadi mereka bercadang untuk membuat kad jemputan secara fizikal tetapi tidak banyak. Perkahwinan mereka akan datang hanya melakukan perkara yang wajib hanya bernikah dan membuat sedikit jamuan makan,selebihnya mereka berdua fokus kepada sesi pergambaran,disebabkan Adam seorang bekas banduan dan Amna seorang inspektor polis,malah mereka memilih tema itu sebagai tema pergambaran.
Setelah 4 hari bercuti untuk majlis pertunangan dan membuat persiapan perkahwinan, mereka berdua masuk semula ke tempat kerja masing-masing, dimana Adam membuka gerainya yang telah tutup selama 4 hari manakala Amna pula memulakan kerjanya di balai polis yang terletak di Kuala Selangor. Kalau dah bercuti 4 hari adalah mulut yang bertanya-tanya dan mengusik mereka berdua.
(Di situasi Adam )
Adam sedang menyusun barang sebelum kedai di buka, beberapa minit selepas itu datang la 3-4 orang yang berusia dalam lingkungan 40-60, menegur Adam apabila kedainya tidak buka selama 4 hari
Pakcik Murad:Haih Adam berseri nampak muka,ada apa-apa berlaku ke 4 hari ni
Adam:Saya bertunang pakcik
Cik Imah:Ohhh bertunang patutla berseri je muka,senyum pon sampai ke telinga,kenapa tak jemput makcik
Adam:Maaf makcik buat kecil-kecilan je, nanti nikah baru jemput
Pakcik Murad:Ohhh Alhamdulilah,ok la Adam pakcik gerak dulu,nanti nikah jangan lupa jemput
Adam:Baik pakcik
Cik Yah:Ohhh Alhamdulilah la ada jugak yang nak kamu ye, maklumla kamu kan bekas banduan, maafla makcik bukan nak bagi kamu terasa
Pakcik Akob:Eh kamu ni tak baik cakap macamtu, jodoh pertemuan semua tu di tangan Allah, tak kisah la pon siapa dia kalau kata jodoh si budak Adam ni dah sampai Alhamdulilah.Lagi satu jaga sikit mulut awak tu bukan apa saya takut awak yang berdosa.
Cik Yah: ishh abang ni saya cakap je
Pakcik Akob:Apa-apa la awak ni bukan saya tak tahu perangai awak
Adam:Eh pakcik makcik, jangan gaduh dekat sini, Alhamdulilah Allah permudahkan semua.( Walaupun dalam hatinya terasa dengan kata-kata dari makcik2, namun dia diamkan sahaja,mulut orang kan siapa boleh tutup )
Pakcik Akob:Adam kamu hiraukan je kata-kata makcik tu
Adam:Eh pakcik saya tak ada simpan dalam hati pon,lagipon dah biasa orang berkata tentang hal ini
CikYah:Hah abang ,Adam pon kata dia tak terasa pon dengan kata-kata saya
Pakcik Akob tidak menjawab dan meminta diri kepada Adam untuk meninggalkan kedai itu
Pakcik Akob:Pakcik dan makcik gerak dulu ye,terima kasih sebab sudi tumpangkan roti jala pakcik ni kat kedai kamu
Adam:Baik,sama-sama pakcik,hal kecil je pakcik kita saling tolong menolong
Pakcik Akob dan Cik Yah pon bergerak dan meninggalkan Adam berseorangan di kedai itu.
Di situasi Amna)
Asp Nur Syuhada :Dah balik dari bercuti inspektor Amna ni,Aik ada cincin dijari muka berseri je ni ada apa-apa ke yang terjadi?
Belum sempat Amna menjawab Raisha yang ada berdekatan terus menghampiri Amna dan Asp Nur Syuhada lantas tangan Amna ditarik lalu berkata.
YOU ARE READING
BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU
RandomAdam Tamimi merupakan seorang bekas banduan yang dulunya seorang Tiktokers famous dipertemukan dengan Amna Tasnim seorang inspektor polis yang ditugaskan di bahagian jenayah. Pertolongan yang Adam berikan kepada Amna maka terjadila perkenalan dianta...