ZIARAH

15 1 0
                                    

Pada pagi yang cerah itu Adam menziarah kubur arwah ibunya yang telah meninggalkanya beberapa bulan sebelum dia keluar dari penjara.Yassin ditangannya dibuka dan dimulai dengan Alfatihah dan selawat sebelum potongan ayat yassin itu dibaca.

Selesai bacaan yassin itu dibaca, Adam mencabut rumput-rumput kecil yang berada diatas kubur arwah ibunya sambil berkata "ibu orang baru 2 hari keluar penjara, setelah 6 tahun tunggu untuk dibebaskan alhamdulilah orang dapat keluar dari penjara ni,tapi orang terkilan sebab tak dapat tengok muka ibu buat kali terakhir sebelum ibu tinggalkan orang, tinggalkan dunia ni". Air mata mengalir laju di pipi Adam.

Kata-kata diteruskan lagi "orang harap ibu tenang kat alam sana, ampunkan kesalahan-kesalahan orang, dari orang lahir sehingga orang dewasa".Seketika Adam mengimbas kembali bagaimana dia boleh masuk penjara dan apa sebabnya.

Flashback

Mana anak ibu dapat duit sebanyak tu?tanya Salwa kepada Adam.Ibu tahu kos pembedahan tu tinggi,
mana mungkin boleh dapat duit secepat itu dalam masa tidak sampai setahun.Kan orang pernah  kata ada hamba Allah yang bagi duit tu dekat orang untuk bayar segala kos perubatan ibu, jadi kos pembedahan tu pon dia yang bagi duit.Kata Adam kepada ibunya.

Ibu bukan apa,ibu taknak anak ibu ni minta-minta duit dekat orang,lagi satu sesusah mana pon kita jangan sesekali hasil duit yang kita dapat tu dari hasil duit haram.Cukupla dulu ibu dan ayah masuk penjara sebab benda haram. Ibu taknak benda berulang lagi.

Adam menelan air liur yang terasa berpasir sebaik mendengar ibunya berkata tentang hasil daripada duit haram itu. Adam hanya menjawab "orang tak minta pon ibu tapi hamba Allah itu yang nak bagi,orang dah banyak kali menolak tapi dia tetap dengan pendirian dia untuk sedekah, dia kata pahala sedekah tu dia nak niatkan untuk mak dia, dulu dia selalu menyusahkan mak dia, dia banyak buat dosa dengan mak dia sehingga dia tak sempat tengok mak dia buat kali terakhir sebelum mak dia meninggal, jadi sebabtu sekarang dia nak buat banyak kebaikan supaya pahala tu dapat dekat mak dia.

Okla kalau anak ibu cakap macamtu. Jawab Salwa apabila mendengar jawapan anaknya.Peha Adam ditepuk oleh Anas,lantas Adam berpaling kepada Anas lalu bertanya "Ada apa?".Aku nak cakap sikit dengan kau dekat luar beritahu Anas.Adam menjawab okay lalu meminta diri kepada ibunya untuk keluar sekejap,Salwa hanya angguk kepala tanda membenarkan.

Anas:Kenapa kau tak terus terang je dengan ibu kau yang kau jadi pengedar dadah?

Adam: ish kau ni kalau aku bgthu memang kena marah la aku,lg satu mesti dia akan call polis atau suruh aku serah diri harini jugak

Anas:Apa salahnya kau jujur, daripada dia dengar dari mulut orang lain lagi ibu kau kecewa, kau pon kata nak serah diri kan, bila lagi?

Adam: Aku kalau boleh memang nak serah diri secepat mungkin tapi aku fikir ibu aku,kalau aku kat dalam penjara bertahun-tahun,siapa nak jaga dia, nak tengok-tengokkan dia,hantar dia ke hospital dan sebagainya?

Anas: Kau jangan risau aku dengan yang lain akan jaga mak kau nanti

Adam:Hmm tak susahkan korang ke?yela korang kan kerja ,tak penat ke nanti dah buat itu ini, nak kena jaga ibu aku pulak ?

Anas: Aku cadang supaya ibu kau dihantar ke rumah orang tua, sorry la ye bukan kitorang taknak jaga sendiri tapi yela ni soal aurat, walaupun aurat seorang perempuan dengan perempuan yang bukan muhrim ada hadnya,tapi itu lebih baik. Kau jangan risau insyaallah kami akan melawat ibu kau selalu

Adam : tula aku nak tunggu ibu aku meninggal baru aku serah diri kat polis,sebab macamni la,aku taknak susahkan sesiapa

Anas: Sampai bila weyh kau nak tunggu, kita semua taktahu ajal ibu kau sampai bila, walaupun doktor kata peluang untuk ibu kau hidup tak lama tapi atas izin Allah kalau lama lagi dia hidup maka hidupla ibu kau. Lagi satu barang tu tiada kat kau sekarang jadi insyaallah hukuman itu tak sampai kau kena gantung sampai mati. Kau pon dah lama tak hantar barang tu kat pelanggan,mujurla boss kau faham keadaan kau.

Adam:Betul ke ni weyh,ni perkara yang aku takutkan jugak bila cerita tentang serah diri ni

Anas: insyaallah, aku ada tanya hal ni jugak dekat sepupu aku yang inspektor polis tu, dia kata macamtu tapi kita taktahu apa nasib kita,apa-apa kau kena terima jugak kalau kata hukuman kau ke tali gantung,apa-apa aku doakan  supaya hukuman kau tak ke sampai tali gantung.

Adam:hmmm terima kasih weyh.

Anas:sama-sama

Kini mereka berdua masuk kedalam rumah kembali.Selepas perbincangan kecil itu habis,Adam tekad untuk jujur kepada ibunya tentang perkara yang selama ini dia sembunyikan dari pengetahuan Salwa.Anas memberi sedikit ruang kepada Adam untuk berterus terang kepada ibunya.perbualan dimulakan

Adam: Ibu orang ada perkara nak bagitahu ni

Salwa:Apa dia ?

Adam: Sebenarnya orang dah ikut jejak ayah

Salwa:Apa yang anak ibu cakapkan ni ibu tak faham? sekejap ayah dulu mengedar dadah,adakah anak ibu ni buat perkara yang sama?

Adam: ye ibu ( Adam berkata lantas  air mata mengalir di pipi, kerana dia tahu itu salahnya,dia telah kecewakan ibunya.)

Salwa: kenapa tak cakap dari awal tadi? Adam tak sayang ibu ke nak?kenapa Adam buat ibu macamni?

Adam: Orang takut ibu marah, maafkan orang ibu,orang sayangkan ibu tapi orang terdesak masatu ,tapi ibu jangan risau hanya untuk pembedahan je orang guna duit haram,kalau ubat-ubat yang ibu makan orang guna duit halal. (Sambil menangis tangan ibunya Adam ambil lalu mencium sambil mengulang kata maaf berulang Kali kepada Salwa. Melihat tiada tindakan dan jawapan dari ibunya, Adam meneruskan kata-katanya.

Adam:Kalau ibu nak orang serah diri harini jugak,orang sanggup asalkan dapat kemaafan dari ibu

Salwa:Jadi duit yang anak ibu cakap ada orang sedekah tu,itu semua duit haram ke?

Adam:ye ibu, maafkan orang, orang taknak ibu marah sebabtu orang terpaksa tipu ibu, tapi sejujurnya ibu memang orang nak serah diri secepat mungkin tapi orang tunggu ibu meninggal,bukan orang nak ibu cepat-cepat mati ke apa, tapi orang taknak susahkan sesiapa.

Adam: Harini walaupun ibu belum meninggal tapi orang ambil keputusan untuk jujur,sebab orang percaya berapa lama pon orang dalam penjara kalau Allah takdirkan kita bertemu kembali, insyaallah kita akan bertemu, orang taktahu apa nasib orang ibu, mungkin orang yang akan pergi dulu sebelum ibu.

( Suasana sedih menyelubungi mereka seketika termasuk la Anas yang sebelumni hanya diam. Setelah suasana itu sedikit reda, Salwa memulakan kata-kata.

Salwa: Jangan cakap macamtu nak, insyaallah, hukuman kamu tak seberat itu.

Adam:Tapi kalau kata takdir orang pergi dulu dri ibu,ibu terimanya.

Salwa:Dah-dah jangan cakap tentang ni lagi,ibu maafkan kamu.
(Kata Salwa kepada anaknya sambil mengelap air mata Adam. Mujurla Salwa seorang yang lembut hati dan pemaaf. Dia tak seperti sesetengah orang yang meninggikan ego walaupun seseorang itu telah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan.

End of flashback .

Bahang matahari yang panas menyedarkan Adam dari lamunannya lantas Adam mengambil keputusan untuk pulang setelah beberapa jam dia berada di tanah perkuburan Islam yang berdekatan dengan rumah sewa yang dia dan sahabat-sahabatnya duduki sekarang.Sebelum pulang Adam menjirus air diatas kubur Salwa dimulai dibahagian kepala sehingga ke bahagian kaki,setelah air didalam jag tu habis Adam berkata "orang pulang dulu ye ibu lain masa orang datang ziarah ibu lagi". Walaupun Adam tahu ibunya tidak akan menjawab kata-katanya tapi dia tetap mahu berkata sebegitu.

BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU Where stories live. Discover now