Dua puluh tiga haribulan dua belas ,dua ribu dua puluh tiga merupakan satu tarikh yang sangat cantik bagi penyatuan dua insan antara lelaki dan perempuan yang bernama Muhammad Adam Tamimi Bin Muhammad Durrani dengan pasangannya Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri. Harini genapla setahun usia perkahwinan mereka berdua. Pada harini kedua -duanya bercuti dan sudah semestinya ada sambutan bagi ulang tahun perkahwinan yang pertama untuk mereka berdua.
Disebabkan mereka berdua selalu sibuk dan jarang ada masa bersama, jadi pada hari ini mereka ingin memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya,kedua -duanya setuju untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama dengan perkara -perkara yang ringkas sahaja.Orang kata walaupun perkara itu ringkas tetapi memori tu akan jadi satu memori yang berharga pada satu hari nanti.
Mereka berdua memulakan aktiviti dengan berkelah di hadapan tasik pada waktu pagi dengan cuaca yang sangat baik,tidak terlalu panas dan tidak juga menunjukkan tanda -tanda mahu hujan.Tikar dibentang menghadap ke tasik,makanan dan minuman diletakkan diatas tikar, setelah selesai lalu mereka pon duduk dan memulakan perkelahan,selesai
makan mereka berbual sebentar dan melakukan aktiviti yang berada di tasik itu sekaligus mengimbau kenangan ,perjumpaan mereka berdua yang ditemani kawan masing-masing iaitu Fahim Syauqi dan Fitri Yana.Aktiviti seterusnya diteruskan dengan menonton wayang dan berjalan-jalan di pusat membeli belah,dah alang- alang berada di pusat membeli belah mereka berdua pon bercadang untuk membeli hadiah untuk masing- masing,lalu mereka berpisah untuk seketika bagi mencari hadiah. Dalam pada mereka sibuk membeli belah,tidak lupa juga kepada perancang majlis kejutan dan beberapa rakan Adam yang sedang menyiapkan kejutan yang bakal terjadi nanti.Kejutan ini sudah dirancang dua tiga hari sebelum tiba hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama,cuma Amna yang tidak mengetahui perkara ini.
Kejutan yang akan dibuat,diadakan di sebuah restoran kepunyaan Ayra Qistina,salah seorang kawan Adam dan sahabat-sahabatnya.2 jam pon telah berlalu,kini Amna dan Adam bertemu ditempat yang dijanjikan untuk berjumpa semula.
Amna Tasnim:Sbāmī (hubby ) beli apa?
Adam Tamimi :Sbāmī(hubby ) beli dress je,sorry tau Āmāra hr̥daẏēra bhālabāsā(cinta hatiku),Sbāmī (hubby)tak belikan Priẏa(sayang)
hadiah-hadiah yang bernilai macam isteri-isteri orang lain dapat,sebab duit biy tak beberapa ada bulan ni,tapi insyaallah kalau ada rezeki lebih, biy belikan yeAmna Tasnim:Tak apa la Sbāmī (hubby ),Priẏa(sayang)tak kisah pon semua tu,biy ingat tarikh ulangtahun perkahwinan kita dah cukup bersyukur,tak perlu sambut mahal- mahal macam orang lain pon tak apa,
kita keluar berdua macam ini pon dah gembira dahAdam Tamimi: Sbāmī(hubby )tahu mesti Priẏa(sayang)nak jugak macam orang lain,dapat hadiah- hadiah bernilai,dapat bouquet bunga,ada sambutan kat restoran dan lain-lain
Amna Tasnim:Ye memang la Priẏa(sayang)nak jugak macamtu, tapi dah duit Āmāra purōhita(imam saya )ni tak beberapa cukup bulan ni,jadi Priẏa(sayang)kena faham la keadaan tu,lagi satu biy bukan nak guna duit ayang pon kan
Adam Tamimi:Ye itu kan duit Priẏa (sayang) tak akan Sbāmī(hubby ) nak guna?
Amna Tasnim:Boleh je guna,duit ayang duit biy jugak
Adam Tamimi:Tak apa sayang simpan je duit tu
Amna Tasnim:ok lah kalau dah Āmāra purōhita(imam saya )ni cakap macamtu,jomla jalan,lapar la
Adam Tamimi:Āmāra hr̥daẏēra bhālabāsā(cinta hatiku),boleh tahan lagi tak,kalau lapar kita beli makanan ringan dulu untuk isi perut sebab biy nak bawak sayang makan kat restoran luar daripada shopping mall ni
Amna Tasnim:Ohhh okay boleh la beli makanan ringan sikit
Adam Tamimi:okay sayang
(Mereka berdua pon bergerak untuk membeli makanan ringan lalu terus berlalu meninggalkan pusat membeli belah ini)
{Di restoran}
Enam orang pekerja di restoran tersebut ditugaskan untuk menjayakan sambutan ulang tahun perkahwinan ini,manakala pekerja yang lain diarahkan untuk melayan pelanggan yang datang.Adam dan Amna sudah pon sampai di restoran tersebut lalu mereka berdua dilayan oleh seorang pekerja restoran itu, yang ditugaskan untuk melayan mereka berdua apabila sampai di restoran itu, mereka berdua dibawa ke satu ruang khas untuk vvip supaya apabila majlis dimulakan tidak mengganggu pelanggan yang datang ke restoran tersebut.
Kini mereka bertiga berada dihadapan sebuah pintu yang tertutup,seorang pelayan tadi meminta diri untuk beredar bagi membantu perkerja lain didalam restoran,beberapa saat kemudian pintu itu terbuka lalu terdengar suara jeritan daripada empat orang pekerja yang mengucapkan "Happy Anniversary" serta mendoakan yang baik-baik untuk perkahwinan mereka.Adam dan Amna telah duduk di meja lalu seorang pelayan
menghampiri mereka untuk melayan dan memperkenalkan menu untuk majlis ulang tahun mereka.Beberapa minit kemudian mereka berdua menikmati makanan yang dihidangkan, sedang leka mereka menikmati pencuci mulut, tidak lama kemudian kedengaran bunyi violin disertai dengan nyanyian lagu "happy anniversary "disertakan dengan seorang pelayan yang membawa sepotong kek ke arah mereka berdua.Setelah pelayan itu menghampiri meja Adam dan Amna,Adam tanpa membuang masa mengajak Amna bagi memotong kek yang telah tersedia terletak diatas meja selesai sahaja kek dipotong sekaligus kedengaran tepukan gemuruh daripada pelayan- pelayan tadi.Adam dan Amna ditinggalkan supaya tidak mengganggu privasi mereka berdua .
Adam mengucapkan "selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama untuk kita berdua sayang"kepada Amna sambil mencium ubun-ubun dan tangan Amna.Amna turut mengucapkan ucapan yang sama lalu memeluk Adam.
Amna:Terima kasih imam saya untuk semua ni,patutla macam pelik tadi sebab kita berdua duduk tempat asing,tak macam pelanggan lain,yang menambahkan lagi pelik bila makanan dan minuman dah siap order tunggu sampai je.(Kata Amna sambil megukirkan senyuman)
Adam:Sama-sama bidadari saya, ialah tak akan masa anniversary kita, taknak sambut macam orang lain kan,bagi hadiah makan tempat ala-ala restoran,mesti nak kan ?
Amna:Mestila nak hubby tapi sayang okay je kalau kata memang biy betul- betul tak ada duit masa anniversary kita,sayang okay je kalau kita luangkan masa macam pagi tadi,biy wish pon sayang dah okay,janji biy ingat tarikh-tarikh penting kita
Adam:Betul sayang okay walaupun sekadar wish je
Amna:Betul biy, ni dah sudah ke ada lagi?
Adam:Ohh ye ada lagi nasib baik bidadari saya ni tanya kalau tak, tak pasal-pasal pelayan tu nak kena cari kita pulak hehehe
Amna:Ohhh ye ke apa dia ?
Adam:Tutup mata dulu
Amna berkata okay lalu menutup matanya,manakala Adam mengambil hadiah yang terletak ditepi kerusinya yang sedikit tersorok.Hadiah itu diletakkan dihadapan Amna dan Adam menyuruh Amna buka mata,reaksi teruja diberikan oleh Amna lalu Amna bertanya kepada Adam, apakah hadiah itu.
Amna:Hadiah apa ni biy ?
Adam:Bukala
Tanpa membuang masa Amna terus membuka kotak hadiah tersebut dan terpapar la seutas gelang,jam tangan dan sebentuk cincin.Walaupun coraknya sedikit simple namun yang menambahkan, esklusif adalah ukiran "ukiran At 🤍At diketiga-tiga barangan tersebut yang membawa maksud Adam Tamimi 🤍Amna Tasnim.
Amna:Terima kasih hubby untuk semua ni, jadi duit tak cukup tu untuk semua ni la
Adam:Ye sayang,untuk bidadari biy ni semua boleh,biarlah biy buat 2,3 kerja janji sayang bahagia(kata Adam sambil mencium lagi ubun- ubun Amna
Amna:Jangan la cakap macamtu kita kan dah janji nak susah senang sama-sama,jadi bidadari awak ni akan tolong awak jugak tak kira la walau macammana pon keadaan kita,ialah walaupun awak nak buat 2,3 kerja pon,kesihatan awak kena jaga juga okay
Adam:Okay insyaallah sayang
Sambutan untuk ulangtahun perkahwinan bagi mereka berdua pon sudah selesai lalu Adam Amna
berangkat pulang kerumah mereka,
sebelum keluar mereka berdua sempat mengucapkan terima kasih kepada pelayan-pelayan tadi kerana melayani mereka dengan baik.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sorry guys sidai korang sebulan lebih rasanya,biasala jadi author ni susah ye, biasala takde idea, kadang2 malas hehehe 😅,okay la taknak bebel panjang2,enjoy your reading guys and tq support 🤗
YOU ARE READING
BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU
De TodoAdam Tamimi merupakan seorang bekas banduan yang dulunya seorang Tiktokers famous dipertemukan dengan Amna Tasnim seorang inspektor polis yang ditugaskan di bahagian jenayah. Pertolongan yang Adam berikan kepada Amna maka terjadila perkenalan dianta...