PERGAMBARAN LUAR

4 1 0
                                    

Pada pagi ahad selepas subuh Adam,Amna dan Fahim serta beberapa orang pekerjanya bergerak ke melaka bagi menjalankan pergambaran yang bertemakan polis dan banduan.Di pertengahan jalan mereka singgah di tempat rawat dan rehat untuk sarapan.Selepas sarapan mereka terus bergerak ke muzium penjara yang terletak di melaka.
Setelah Adam dan Amna siap menukar baju mereka pon memulakan sesi pergambaran itu.
Beberapa tempat yang dibenarkan di dalam muzium penjara itu dijelajah oleh mereka,pelbagai gaya dilakukan ketika Fahim sedang mengambil gambar.

Selain muzium penjara, mereka turut pergi ke tempat lain untuk mengambil gambar dan video.
Sesi pengambaran selesai pada pukul 2 petang,lalu mereka bercadang untuk pergi makan tengahari, menunaikan solat zohor dan bersiar-siar sebentar sebelum pulang ke Cheras.Malam pon sudah menjelma,kini mereka berada di rumah mak mertua Adam iaitu Hazirah,selepas makan malam dan solat isyak,Adam dan Amna bercadang untuk membuka hadiah
perkahwinan mereka yang diberi oleh para tetamu di majlis pernikahan dan persandingan mereka.Sebelum hadiah dibuka Adam membuat live di tiktok,maklumla Adam seorang tiktokers jadi itu merupakan perkara penting

Adam:Okay guys harini kita nak unboxing hadiah perkahwinan saya dan isteri,okay sebelum tu perkenalkan isteri saya disebelah ini nama Amna,umur sama 28,kerja polis,pangkat apa tak perlu la tahu.

Adam:Okay kita mulakan dengan hadiah dari sahabat-sahabat saya yang berlonggok di hadapan saya ini,macam-macam ada kebanyakannya barang-barang untuk rumah la seperti,penyapu, mop, kuali, set pinggan dan lain-lain.( Beritahu Adam sambil menunjukkan beberapa barang yang diberi oleh sahabat- sahabatnya)

Adam:Terima kasih yang bagi gift, beri ucapan dan mendoakan, semoga anda semua dipermudahkan segala urusan dan doa berbalik kepada anda semua.Okay next( Adam mengambil hadiah yang bersebelahan dengannya dan membaca kad ucapan yang terlekat di pembalut hadiah itu.

Adam:Selamat pengantin baru Adam dan Adik,semoga perkahwinan yang terbina hingga ke Syurganya dan berkekalan hingga ke anak cucu, from bang long,tanpa membuang masa Adam membuka pembalut hadiah yang membaluti hadiah itu.Adam memberi reaksi teruja apabila hadiah yang diberi oleh bang long itu sebuah air fryer lalu dia mengucapkan terima kasih kepada abang iparnya.

Adam:Terima kasih bang long untuk air fryer ni(kata Adam sambil menunjukkan air fryer itu didalam live memandangkan abang iparnya itu tidak dapat hadir kerana menjaga isterinya yang baru sahaja keguguran

Bang long:Sama-sama

Belum sempat Adam mengambil hadiah yang lain, Syarif terlebih dahulu menyuruh dia membuka hadiah yang dia dan Rafi' berkongsi duit untuk membeli hadiah itu, melihat senyuman kedua-dua abang iparnya itu,Adam berasa ragu-ragu untuk membuka hadiah itu didalam live.

Adam:Sorry guys rasanya hadiah ini saya tak dapat nak tunjuk dalam live ini,sebab saya tengok senyuman kedua-dua abang ipar saya ni,rasa takut pulak nak tunjuk,maklumla dalam live ni ada pelbagai peringkat umur jadi saya alihkan kamera ke sudut lain sekejap sementara nak buka hadiah ini(Adam menunjukkan beg kertas yang dipegang namun tidak menunjuk isi dalamnya.)
Setelah Adam mengeluarkan hadiah tersebut ,dia mute livenya sekejap daripada didengari oleh viewers.

Adam:Bang ngah,Ucu,awal lagi la hadiah korang ni,kami tak fikir lagi tentang ni( muka Adam dan Amna sudah kemerah-merahan melihat hadiah yang diberi oleh Syarif dan Rafi' )

Ucu:Ala simpanla nanti kalau dah sampai masa,terus pakai tak perlu nak beli lagi,kan tak membazir

Bang ngah:Tula siapa suruh langkah bendul,kena la bagi cepat-cepat cucu kat ummi

Amna:Eh bang ngah ni nama ummi pulak dia petik

Bang ngah:Ummi pon sokong bila kita orang nak beli baju ni

Amna:Betul ke ummi?

Hazirah:Betul la,ummi harapkan kamu je sekarang ni,yela kak long kamu baru je keguguran anak kedua dia jadi ummi taknak la paksa dia sekarang ni ,memandangkan rahim kakak ipar kamu tu tak kuat lagi nak mengandung,kalau nak tunggu cucu dari kedua abang kamu ni tak tahu la bila lagi.

Amna:Baik ummi

Sementara live di mute,viewers yang ada sudah tertanya-tanya kemana Adam menghilang selama beberapa minit itu

Viewers 1:Eh lag ke ni?

Viewers 2:mana menghilang si Adam ni ?

Viewers 3:Ada hal sekejap kot

Setelah perbualan itu selesai Adam unmute kembali livenya ,dia mula bersuara dan alihkan semula kamera yang teralih di sudut lain tadi, menghadapnya semula

Adam:Sorry guys tinggalkan korang lama pulak,okay marila kita teruskan dengan hadiah seterusnya, hadiah tadi tu biarlah jadi rahsia kami sahaja.hadiah demi hadiah dibuka sehinggala habis hadiah itu dibuka oleh mereka berdua lalu Adam meminta diri untuk menamatkan live,sebelum live itu ditamatkan Adam bersuara.(Terima kasih sekali lagi kepada  yang beri gift,beri ucapan dan mendoakan untuk perkahwinan kami berdua, maaf kalau ada komen-komen yang tak terbaca tadi ,okay bye semua assalamualaikum jumpa lagi di live akan datang.

Setelah live tamat mereka semua naik ke bilik masing-masing,melihat muka Amna sedikit muram Adam bertanya kepada isterinya,apa yang Amna sedang fikirkan.

Adam: Priẏa (sayang) kenapa ni?

Amna:Ye

Adam:Faham ke maksudnya?

Amna:Tak,apa maksudnya?

Adam:Maksudnya sayang

Amna:Ohh

Adam:Ada apa-apa masalah ke yang priẏa(sayang) saya ni fikirkan (Adam berkata sambil tangannya mengenggam kedua tangan Amna sambil mengusap tangan itu.)

Amna:Saya terfikir apa yang Ummi bagitahu tadi

Adam:Tentang anak ?

Amna:Ye

Adam:Jangan risau saya tak akan paksa awak kalau awak belum bersedia lagi nak buat benda tu

Amna:Betul ke ni awak?

Adam:Betul,saya faham perasaan awak,di awal perkahwinan ni mesti awak belum bersedia lagi nak dapat anak ,nak bergelar seorang ibu, awak jangan risau saya macamtu jugak tapi saya tak menghalang kalau Allah nak bagi rezeki anak tu awal

Amna:Terima kasih sebab faham saya

Adam:Sama-sama,dah jangan fikir tentang ni lagi okay?

Amna:Okay awak

Adam:Okay sekarang saya nak bincang tentang panggilan kita ?

Amna:panggilan ?

Adam:Ye tak akan nak saya awak je ?

Amna:Awak nak panggil saya apa?

Adam:Saya nak panggil semua panggilan yang sweet yang ada dimalaysia tapi guna bahasa bangla

Amna:Tak ada bahasa lain ke biy?

Adam:Kan saya kata nak kelainan

Amna:Hmm okayla biy

Melihat muka Amna yang sedikit cemberut,Adam memegang kedua pipi Amna lalu berkata

Adam:Apa salahnya, nanti bila kita dah ada anak tak ada la mereka nak ikut sama panggil,bahasa bangla tu kan terbelit jugak lidah nak sebut, cuba bayangkan kalau awak panggil saya biy,nanti anak kita panggil saya biy jugak,awak jugak yang cemburu nanti.(Adam menjungkit-jungkitkan keningnya seakan bertanya kepada Amna)

Memikirkan hal itu Amna kembali tersenyum dan cuba menerima cadangan yang Adam berikan

Amna:Okay saya terima cadangan awak tu,saya nak panggil awak Āmāra purōhita (imam saya) la, dekat contact nak tukar jugak

Adam:Imam saya?

Amna:Macam mana awak tahu maksud dia?

Adam:Guna smart voice

Amna:Ohh ok,awak nak panggil saya apa?

Adam:Āmāra pari (bidadari saya )

Amna:Apa maksudnya?

Adam:Bidadari saya

Amna:Menarik

Setelah beberapa perkara dibincangkan pada malam itu,mereka berdua melelapkan mata untuk tidur.

BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU Where stories live. Discover now