Adam ingat sesi pemberian hadiah semalam sudah tamat rupanya disambung pada harini,entah apala yang mereka mahu berikan lagi. Yang semalam pon sudah banyak baginya namun Adam layankan ajerr sahabat-sahabatnya itu.Adam
disuruh menutup mata dan matanya ditutup dengan sehelai kain bagi mengelakkan penipuan.Adam:Korang nak bawa aku gi mana ni?dah la tutup mata,tak boleh ke kalau buka je mata?
Naqib:Ala kau ikut jela,tak boleh nanti tak surprise la
Adam:Yela2
Kini mereka bergerak ke kedai motor Ah Chong yang membekal motor secondhand.Kereta diparking berhadapan kedai tersebut lalu Adam dibawa keluar dan dibawa ke kedai itu dengan bersusah payah dan dalam keadaan matanya masih ditutup dengan sehelai kain. Setelah sampai kini sudah tiba masanya kain yang menutupi mata Adam dibuka. Setelah Adam membuka mata dia terkejut dengan apa yang dilihat, sebuah motor Lc yang berwarna biru gelap berada didepannya.
Adam:Wahhh motor ni untuk aku ke?
Danial:Ye betul untuk kau
Adam:Serius, guna duit sapa utk bayar?
Danial: Kitorg tong2 duit untuk belikan motor untuk kau, walaupun secondhand je aku harap kau suka
Adam:Aku suka terima kasih weyh korang, susah-susah je, aku ingat nak beli dengan hasil titik peluh aku sendiri, tapi tula simpanan belum cukup lagi,tak sangka pulak korang nak belikan untuk aku, insyaallah kalau duit lebih sikit aku bayar balik
Naqib: Sama2,eh tak payah bayar kau anggap je ni hadiah daripada kitorg, kitorg tahu kau tgh struggle kumpul duit sebabtu kitorg tolong sikit2
Adam:Betul ke ni korang?
Anas:Betul tak payah bayar
Adam: Terima kasih banyak2 weyh.
(Ucap Adam sambil air mata mengalir dan semua yang ada disitu dipeluknya tanda dia menghargai pemberian mereka,termasuk Fahim yang si jurukamera )Khairul:Dah2 jangan nangis lepasni
ada satu lagi surprise untuk kauAdam:Eh Serius la ada lg,aku ingat ni je,korang ni susah2 je
Khairul: Takde susahkan kitorg pon,macam Naqib cakap tadi anggap je sebagai hadiah, kalau susah pon kita akan tempuhi sama2, bukan sahabat kalau tak susah senang sama2, betulkan?
Adam dan yang lain mengangguk bersetuju dengan apa yang khairul cakapkan
Anas:Okay Jom ke tempat surprise seterusnya, motor ni nanti dia hantar kat rumah
Mereka semua menuju ke kereta dan lagi sekali mata Adam ditutup dengan sehelai kain. Sebenarnya lokasi surprise seterusnya hanyala dirumah sewa mereka tapi mereka saja mahu membuat surprise motor terlebih dahulu. Untuk tidak bagi kantoi salah seorang daripada mereka keluar daripada kereta dengan alasan nak buat confirmation dengan surprise planner padahal ingin membuka Pagar,grill serta sliding door.
manakala yang lain memberi alasan untuk mencari parking terlebih dahulu bagi menjayakan perancangan walaupun pada hakikatnya mereka hanya memandu di beberapa lorong di perumahan itu lalu kembali ke rumah sewa mereka. Setelah semua selesai mereka masuk ke rumah, pada awalnya Adam sudah mengesyaki sesuatu tapi apabila jawapan yang diberikan mereka boleh diterima oleh akal dia ikutkan sahaja kemana mereka membawanya.
Setelah naik turun tangga, mereka berhenti di tempat yang telah ditetapkan. Sebelum kain yang menutupi mata Adam dibuka. Untuk menambah rasa teruja Danial menyuruh Adam terlebih dahulu merasa barangan yang ada dia atas meja.
Danial: Okay depan kau ni ada beg kertas lepastu ada barang dalam tu, aku nak kau keluarkan barang tu,sentuh lepastu cuba teka dan bagitahu kitorg
(Dengan mata tertutup Adam mengeluarkan barang yang ada dalam beg itu, lepas menyentuh barang itu dia bersuara)
YOU ARE READING
BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU
RandomAdam Tamimi merupakan seorang bekas banduan yang dulunya seorang Tiktokers famous dipertemukan dengan Amna Tasnim seorang inspektor polis yang ditugaskan di bahagian jenayah. Pertolongan yang Adam berikan kepada Amna maka terjadila perkenalan dianta...