FLASHBACK
Pada suatu hari Adam ke pasaraya yang terletak di cheras untuk membeli barang untuk kedainya dan beberapa barang yang dipesan oleh Fahim.Setelah mengambil barang yang diperlukan dia ke kaunter untuk melakukan pembayaran, sedang seorang cashier itu scan barang,Adam tiba-tiba bersuara.
Adam:kejap Dik,tak scan semua barang lagi kan?
Cashier:Hah ye
Adam:Cancel boleh tak?wallet hilang pulak,tadi rasanya dah ambil mungkin tertinggal di mana-mana, barang ni biar sini dulu ye,saya pergi ambil wallet jap kat rumah,rumah saya dekat-dekat sini je
Cashier:Ada e-wallet macam shoppe pay ke, grab ke ?
Adam:Alamak dik,phone pon tak ada ni, mungkin saya sendiri lupa nak ambil
Cashier:Ohh ok tak apa la saya cancel je
Adam:Terima kasih ye dik, sorry la menyusahkan
Cashier:Eh tak ada apa la
Belum sempat Adam memulakan langkah beredar dari kaunter pembayaran itu, tiba-tiba Amna yang entah dari mana munculnya datang menghampiri kaunter itu, lalu dia pon bertanya kepada Adam
Amna:Kenapa ni Biy?
Adam yang mendengar itu terkejut namun reaksi mukanya cuba dikawal lalu dia pon menjawab pertanyaan Amna
Adam:Tak ada apa awak,ni phone dengan Wallet tertinggal rasanya,tu minta adik ni cancel dulu barang yang dah scan
Amna:Tadi tak ambil ke?ke ada suruh siapa-siapa pegangkan kejap?
Adam:Tadi rasanya dah ambil tapi sekarang tiada pula
Cashier yang sedang menunggu panggilannya dijawab oleh senior cashier hanya mendengar perbualan antara Adam dan Amna
Amna:Tak apa la biar saya bayarkan dulu, nanti call la Fahim guna phone saya,tanya dia manatahu tertinggal dalam kereta dia
Adam:Eh tak apa la tu kan duit awak
Amna:Tak apa kita kan suami isteri, duit saya,duit awak jugak
Sekali lagi Adam terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amna namun dia hanya mampu berpura-pura seperti mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Tanpa membuang masa Amna
menyuruh cashier itu menyambung scan barang yang belum di scan tadi.Amna:Dik teruskan scan barang tu nanti saya bayar
Adam:Itu kan duit awak,saya bagi untuk buat belanja awak
Cashier:Maaf kak,bang nak scan jugak ke barang ni?
Amna:Scan je dik tak apa abaikan je suami saya ni
Cashier:Okay baik kak
Tanpa membuang masa cashier itu mengimbas barang yang tadinya belum di imbas.Selepas barang dimasukkan kedalam plastik,plastik itu diserahkan kepada mereka lalu mereka bertiga pon berlalu dari kaunter pembayaran itu.
Melihat Amna yang terus berjalan membuatkan Adam bersuara.
Adam:Eh jap nak pergi mana ni ?kata nak call Fahim
Amna:Pergi kereta saya,yela letak la barang dulu
Adam:Letak tepi ni je
Amna:Panas la kat luar ni ( belum sempat Adam menjawab Amna pon berlalu ke keretanya manakala Adam hanya mampu membuat muka dan berkata dalam hati "kenapa la aku dapat kawan macam Amna ni", lalu dia pon mengikuti Amna ke keretanya.
Sementara menunggu Adam sampai, Amna telah menyuruh Iman Nadhirah iaitu adik Muaz Firdaus untuk duduk di tempat duduk penumpang dibelakang.
Selesai meletakkan barang-barang yang dibeli di dalam bonet kereta, kedua-duanya pon masuk kedalam kereta.Sebenarnya Adam tidak mahu menaiki kereta Amna kerana tidak mahu terkenang budi,tapi melihat ada kereta yang sedang menunggu kereta mereka keluar, nak taknak dia terpaksa naik jugak.
YOU ARE READING
BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU
RandomAdam Tamimi merupakan seorang bekas banduan yang dulunya seorang Tiktokers famous dipertemukan dengan Amna Tasnim seorang inspektor polis yang ditugaskan di bahagian jenayah. Pertolongan yang Adam berikan kepada Amna maka terjadila perkenalan dianta...