PERNIKAHAN

3 1 0
                                    

Walaupun ramai yang mengata disebabkan berita yang tersebar itu, namun pernikahan mereka tetap diteruskan, bagi Adam dan Amna biarla orang nak kata apa,yang penting mereka berdua melakukan perkara baik.Majlis pernikahan mereka dibuat disebuah dewan  besar yang terletak di Kuala Lumpur.Majlis pernikahan ini dibuat sekali dengan majlis persandingan, dan dibuat untuk kedua-dua belah pihak pengantin kerana boleh menjimatkan duit,tambahan pula Adam anak yatim piatu, kalau ada sedara pon hanya maklong sahaja yang akan datang, yang lainnya tidak.

Sementara menunggu Adam dan Amna yang sedang bersiap di bilik persiapan yang disediakan di dewan itu, pengaca majlis menjalankan tugasnya dengan ucapan selamat datang kepada tetamu yang sudah hadir ke majlis itu.

Pengacara majlis:Selamat datang kepada para tetamu ke majlis pernikahan Muhammad Adam Tamimi Bin Muhammad Durrani dan pasangannya Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri. Sementara tunggu pengantin kita sedang bersiap,jemput makan dulu kuih muih dan air panas yang telah disediakan,nanti tengahari baru kita makan yang berat seperti nasi dan lauk pauk.(Kata pengacara majlis itu dengan nada bersahaja sambil dia mengalunkan bacaan selawat dan zikir daripada alat yang dia gunakan.)Pengacara majlis itu lalu
dia meneruskan ucapannya.

Pengacara majlis:Lepas majlis pernikahan ini diharapkan para tetamu tidak pulang dengan segera ye, kerana saya diberitahu majlis persandingan akan berlangsung pada harini juga,selepas berlangsungnya acara pernikahan.Bagi pendapat
saya bagusla buat majlis sekaligus macamni,boleh menjimatkan duit,tambahan pula kos sara hidup semakin meningkat jadi sebaiknya duit itu disimpan untuk kehidupan selepas kahwin.Bagi bakal-bakal pengantin bole la ikut konsep
seperti ini.

Pengacara majlis itu meninggalkan para tetamu yang ada dengan alunan selawat dan zikir,sesekali lagu dipasang.Di sebuah meja sekumpulan makcik bawang sedang bersembang.

Cik Yati:Macam mana la anak si Zirah ni boleh terima si Adam ni, dah la bekas banduan

Cik Izyan:Nak buat macam mana dah jodoh kan

Cik Yati:Ala si Zirah tu tahu la bakal menantu dia ni bekas banduan,tapi dia terima jugak

Cik Timah:Agaknya si Adam tu dah jampi Amna dengan family dia sekali agaknya,Amna tu polis tak akan la senang-senang nak terima bekas banduan,kalau tak guna benda-benda macamtu

Cik Yati:Ada logik juga kata kau ni,yela dulu kemain susah Amna tu nak buka hati,lepas arwah tunang dia meninggal,ni tahu-tahu nak kahwin dah

Cik Timah:Betul kata kau tu, berapa banyak lelaki yang si Amna tu tolak,termasuk la anak lelaki aku tu

Cik Yati:Bila difikir balik,ada betul  jugak 1 keluarga dah terkena jampi dengan si Adam tu ,kau tahu la 3 orang abang Amna tu, mereka bertiga kan selalu jaga Amna, kalau ada lelaki yang nak berkawan dengan Amna pon disoal siasat

Cik Izyan:Haish korang berdua ni tak payah la fikir tentang tu semua,ni baik makan makanan korang ni, si Amna tu nak nikah dah pon kejap lagi doa yang baik-baik jela

Cik Yati:Kalau kau taknak join kau diam je,biar aku dengan Timah je yang bersembang

Cik Izyan pon mendiamkan diri manakala,Cik Timah dan Cik Yati masih meneruskan perbualan mereka.Pengacara majlis itu bersuara semula setelah 15 minit dia mendiamkan diri sebentar tadi bagi memberi peluang para tetamu untuk menjamu selera.

Pengacara majlis:Okay baik sebentar lagi pasangan mempelai dan rombongan daripada kedua -dua belah pihak pengantin akan masuk kedalam dewan diiringi dengan paluan kompang daripada kompang 5 beradik,kompang 5 beradik ini juga akan melakukan persembahan ketika kedua mempelai ini berada di atas pelamin

Pengacara majlis:Rare betul ya majlis pasangan ini,biasanya masa bersanding baru ada rombongan dan paluan kompang ,tetapi untuk pasangan Muhammad Adam Tamimi dan Nur Amna Tasnim ni,
sebelum nikah mereka dah bagi.
( kata pengacara majlis itu dengan nada gurauan)

Adam dan Amna beserta rombongan berjalan memasuki dewan lalu mereka pon mengambil tempat masing-masing manakala Adam,Amna dan orang yang berkaitan untuk sesi pernikahan bergerak ke tempat yang disediakan iaitu berhadapan
pentas pelamin.

Pak Imam:Assalamualaikum kepada semua tetamu yang hadir

Para tetamu:Waalaikumusalam

Pak Imam:Okay pada pagi yang mulia ni kita akan lihat penyatuan diantara Muhammad Adam Tamimi Bin Muhammad Durrani dan pasangannya iaitu Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri,Betul ye nama pasangan ni

Adam:Ye betul

Pak Imam:Jadi tanpa membuang masa, mari kita mulakan majlis, okay baik,yang akan menikahkan  abang sulung Amna ye?

Zulkarnain:Ye betul

Pak Imam:Ok silakan

Zulkarnain:Nak testing dulu ke nak terus lafaz je?

Adam:Ikut la mana-mana bang long

Zulkarnain:Orang kata perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan jadi kita terus lafaz je,tak perlu la testing

Adam:Baik bang long

Zulkarnain:Aku nikahkan kau dengan adikku Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri dengan mas kahwinnya Rm1000 ringgit tunai ( Zulkarnain berkata sambil menjabat tangan Adam)

Adam:Aku terima nikahnya Nur Amna Tasnim Binti Muhammad Ridhwan Bakri dengan mas kahwinnya Rm1000 ringgit tunai

Zulkarnain:Sah?tanya bang long kepada 2 saksi itu lalu 2 saksi itu menjawab sah maka dengan sekali lafaz terjalin la hubungan Adam&Amna sebagai suami isteri

Yang lain:Alhamdulilah

Doa dibacakan oleh pak Imam dan tiba la masa acara yang ditunggu -tunggu oleh semua,iaitu acara pembatalan air sembahyang.Adam
Menghampiri Amna yang duduk beberapa meter dibelakang kerusi yang dia duduki tadi,lalu dia memulakan kata

Adam:Assalamualaikum izinkan saya menyarungkan cincin di jari manis awak

Amna:Waalaikumusalam boleh- boleh silakan(kata Amna sambil tersenyum)

Adam menyarungkan cincin di jari manis Amna begitu jugak sebaliknya, lalu Amna menyalam dan mencium tangan Adam, manakala Adam mencium dahi Amna.Di saat para tetamu sibuk dengan acara pembatalan air sembahyang, pekerja-pekerja catering sibuk menghidangkan makanan tengahari untuk para tetamu dan untuk pasangan kedua mempelai.Tidak lupa juga dengan pengacara majlis yang menyambung semula tugasnya.

Pengacara majlis:Okay alhamdulilah,dengan sekali lafaz sah bergelar menjadi suami dan isteri,okay sekarang kedua mempelai akan bergerak ke pentas pelamin untuk acara bersanding pulak, sangat menjimatkan ye cara sebegini 2 in 1,nikah terus sanding tak perlu nak tukar baju bagai.

Setelah Adam dan Amna duduk di pelamin itu,pak Imam yang tadi membaca doa semasa mereka menikah,kini sekali lagi dia membacakan doa untuk majlis persandingan mereka berdua pula. Selesai doa dibacakan,pasangan dua sejoli ini dipersembahkan dengan persembahan daripada kompang 5 beradik.Majlis diteruskan lagi dengan makan beradab,sesi bergambar dan pemberian hadiah.

Pengacara Majlis:Sekarang kita memberi ruang kepada laungan azan zohor seterusnya kita teruskan dengan upacara sesi pergambaran dan pemberian hadiah.(Lagu yang dipasang dihentikan sebentar bagi menghormati lauangan azan di surau berdekatan.)

Pengacara majlis:Okay pasangan pengantin kita pon sudah selesai sesi makan beradab ,juga sudah duduk semula di pelamin, jadi kita teruskan dengan acara pergambaran, dimulakan dengan keluarga belah pihak perempuan.Diminta puan Hazirah dan abang-abang Amna untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan sesi bergambar ini.

Majlis selesai dengan sesi bergambar di dalam dewan untuk kedua-dua belah pihak, juga di luar bagi Adam dan Amna ,begitu juga dengan sesi pemberian hadiah yang agak meriah dan menghiburkan.Hanya tinggal sesi pengambaran untuk esok yang bertemakan polis dan banduan.

BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU Where stories live. Discover now