MENGANDUNG

7 1 0
                                    

Usia perkahwinan Adam dan Amna sudah memasuki 11 bulan,Amna berasa pelik kerana sudah 2 bulan periodnya tidak datang,selera makannya juga semakin bertambah
,tanpa membuang masa dia pon mengambil keputusan untuk bertanya kepada kakak iparnya iaitu
yang bernama Izzah Hazirah. Langkah kaki Amna menuju ke bilik abang sulungnya,kebetulan abangnya yang pertama itu ada balik ke rumah keluarga mereka, pintu diketuk lalu bersuara meminta izin sebelum dia memasuki bilik itu.

Panggilannya disahut oleh kakak iparnya lalu Amna pon masuk dan mendekati kakak iparnya yang sedang berada di tepi katil menidurkan anak pertamanya. Setelah Amna mendekati kakak iparnya,Izzah bertanyakan kepada Amna,apa hajatnya berjumpa dengannya.

Kak Izzah:Hah ye ada apa Amna?

Amna:Tak ada apa kaklong,nak tanya je

Kak Izzah:Tanya apa tu?

Amna:Kalau dah lama tak period dan selera makan bertambah,itu tanda-tanda mengandung ke?

Kak Izzah:Kebiasaannya macamtu la,Amna dah berapa lama tak period?

Amna:2 bulan dah tak datang kaklong

Kak Izzah:Hmm dah buat la ni malam pertama? (Kata Izzah Hazirah kepada adik iparnya sambil menjugkit kening dan membuat senyuman dan muka nakal)

Amna:Haish kaklong ni sudah gaharu bercanda pula ,sudah tahu bertanya pula

Kak Izzah:Okay serius balik,dah buat ujian pregnancy test ?

Amna:Belum kaklong

Kak Izzah:Okay nanti pergi beli  lepastu buat la test

Amna:Okay baik ,tapi kaklong diam-diam dulu tau,jangan bagitahu sesiapa dulu

Kak Izzah:Kenapa berita baik kan?

Amna:Tahu,kan tak pasti lagi jadi biarlah jadi rahsia dulu

Kak Izzah:Okay tengokla macammana

Amna hanya membuat muka redha dan pasrah dengan jawapan kakak iparnya, kerana dia kenal sangat perangai kakak iparnya itu,tanpa membuang masa,Amna meminta izin untuk keluar daripada bilik abang sulungnya dan berlalu ke biliknya. Pada malam hari yang sama,selepas solat isyak mereka semua berkumpul di ruang tamu setelah sekian lama tak berkumpul kerana semua sibuk dengan kerja masing-masing, walaupun hanya Rafi' mukhtar yang duduk bersama Hazirah, sunyi rumah itu masih terasa apabila dia keluar pergi bekerja.Pelbagai topik sudah dijadikan topik perbualan,kini tibalah topik kemungkinan Amna Tasnim mengandung dibangkitkan.

Izzah Hazirah:Tak lama lagi bertambahla ahli keluarga kita

Zulkarnain:Awak mengandung lagi ke yang?

Izzah Hazirah:Haish abang ni saya kan baru je 2 minggu habis pantang  tak akan la cepat sangat ada isi

Zulkarnain:Manala tahu Allah nak bagi kan

Izzah Hazirah:Tak bukan saya yang mengandung

Zulkarnain:Kalau bukan awak ,siapa
yang mengandung ?

Izzah Hazirah:Siapa je yang dah kahwin dalam rumah ni?

Syarif yang sudah dapat jawapan daripada perbualan kakak ipar dan abang sulungnya, terus menanyakan soalan kepada Amna Tasnim selaku adik bongsunya

Izdihar Syarif:Adik betul ke dah mengandung?

Amna Tasnim:Tak pasti lagi sebab belum buat test lagi

Hazirah:Apa-apa pon alhamdulilah,
walaupun tak tahu lagi dah ada isi ke belum,nanti dah ada isi jangan lupa bagitahu kami ye

Amna Tasnim:Baik ummi

Adam:Maknanya kita bakal jadi mama papa la kan Priẏa(sayang)

Amna:Insyaallah Sbāmī(hubby),tapi tak sedap la kalau nak gelarkan mama papa

BEKAS BANDUAN ITU SUAMI AKU Where stories live. Discover now