DMH:08

245 22 4
                                    

BIBIRNYA melakar senyuman misteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BIBIRNYA melakar senyuman misteri. Suka benar melihat anak buah musuhnya yang sedang asyik dengan suasana dikelab malam itu melalui CCTV. Ketua bodoh, anak buah pun sama naik.

"In position," arah Zareth kepada anak buanhnya. Kedua belah tangannya naik merapikan hoodie Adilia. Tali hoodie diikat kemas menutup bahagian kepala gadis itu.

"Jangan sampai ada yang tarik hoodie kau. Kalau terkeluar ni memang botak kepala kau aku kerjakan. Aku dah cakap tadi pakai tudung dekat dalam," marah Zareth dan sempat juga dia membebel pada Adilia.

Rasa nak gelak pun ada dengan wajah Adilia malam ni. Disebabkan orang yang mereka cari kali ini mengenali mereka, jadi terpaksalah Adilia makeup tebal malam ni. Memang lain tambahan pula gadis itu tidak bertudung litup seperti selalu.

"Don't worry la. Small matter je ni. Belum sempat dia tarik hoodie I, hilang dulu tangan dia," bidas Adilia tersengih kambing.

Zareth abaikan balasan gadis itu. Tangannya menolak Adilia untuk mula menjalankan misinya.

"Jester,Frost. Follow her." Zereth memberi arahan kepada Zareft dan Haidan yang turut sama dalam misi.

Zareft menggangguk seraya mengikuti belakang gadis itu.

"Tinker, get ready untuk monitor CCTV." Zareth memberi arahan melalui earpiece kepada Fezrul yang sedari tadi fokus pada laptop.

5 minit selepas itu, Zareth pula memasuki ruang kelab itu. Rungan kosong didudukinya. Matanya terhala pada Adilia yang sedang melakukan kerjanya disudut kelab itu.

"Target detected," inform Zareth.

Senyuman sinis terlakar dibibirnya.

Sangat hebat selama ini lelaki itu melarikan diri dari penglihatan mereka. 6 bulan mereka tidak dapat detect keberadaan musuh mereka yang satu ini. Musuh dalam selimut lebih tepat.

Zaki. Dia adalah salah seorang anak buah Zeyn Empire. Lelaki itu keluar dari Zeyn Empire dengan alasan mahu cuci tangan dan mulakan hidup baru yang lebih normal.

Tetapi itu hanyalah helah semata mata. Zaki rupanya pengintip Oslan. Oslan adalah salah satu organisasi mafia yang baru sahaja ditubuhkan.

Memang silap besar Oslan kali ini.

"You selalu ke datang sini?" tanya Adilia bersama senyuman yang boleh menjatuhkan ego seorang lelaki.

Zaki menayangkan senyuman sini. Dia suka bila digoda oleh kaum wanita. Baginya, kuasa seorang lelaki adalah menundukkan wanita.

Sudah lama dia tidak pergi kelab malam kerana banyak menghabiskan waktunya untuk Zeyn Empire dan Oslan.

"Not really,"

Adilia mengangguk.

"Tak panas ke masuk kelab pakai hoodie, you?" tanya Zaki.

"Ahh sebenarnya I baru balik lepak dekat kedai mamak. Member I ajak masuk kelab pula sebelum balik. Itu yang tak sempat tukar baju," kelentong Adilia.

DEAR MR HEARTBREAKER Where stories live. Discover now