DMH: 16

263 20 1
                                    

ADILIA duduk memerhati Zareth dan adik kembarnya yang sedang membaik pulih rumah yang didiami oleh orang orang tua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ADILIA duduk memerhati Zareth dan adik kembarnya yang sedang membaik pulih rumah yang didiami oleh orang orang tua. Misi kali ini tidak seperti sebelumnya kerana lebih santai.

Tidak perlu angkat senjata dan memgambil risiko. Mereka cuma kena angkat tukul untuk membaiki rumah rumah orang tua disekitar Thailand.

Jika ditanya, apa perasaannya bila sering meletakkan nyawa didalam situasi yang bahaya. Dia akan cakap ya. Dia juga takut andai kata hari ini adalah hari terakhirnya diatas muka bumi.

Setiap kali mahu pergi menjalankan misi yang berbahaya, mereka akan memastikan hubungan mereka sesama manusia dan Tuhan dalam keadaan yang baik. Ini kerana, tiada jaminan bahawa mereka akan hidup pada hari esok dan seterusnya.

Sewaktu kecil, Adilia sering mengikuti Zareth ke padang sasar. Disebabkan itulah dia mula meminati dunia itu. Apatah lagi apabila dia tahu satu hari nanti Zareth yang bakal menerajui kumpulan ini. Dia mahu berada disamping lelaki itu disaat jatuh dan bangunnya.

"Lia!" Haidan menegur Adilia dari arah belakang.

Kedua dua keningnya terangkat seakan bertanya kenapa memanggilnya.

"Selalunya kau akan stick dengan Reth. Ni kenapa dekat sini sorang sorang. Tenung saja si Reth tu," tegur lelaki itu. Kerusi disebelah Adilia didudukinya.

"Entah. Aku rasa tak nak stick dengan dia sangat kali ni," balas Adilia bersahaja.

"Kau merajuk lagi ke dengan dia?" Pelik jugalah dia. Selalunya kalau Adilia berperangai macam ni bila dia tengah perang dingin atau merajuk dengan Zareth.

"Taklah. Aku cuma tak ada mood," katanya dan bersandar lemah dikerusi. Biasalah mood perempuan ni ada naik turun juga bila bulan mengambang.

"Faham! Kejap aku bagitau Reth," katanya sebelum meninggalkan Adilia sendirian.

Berkerut dahinya. Apa yang faham ni. Masalahnya dia yang tak faham apa yang Haidan faham.

Lelaki itu sepertinya sedang berbisik ditelinga Zareth. Kelihatan jelas kerutan didahi Zareth mendengar apa yang dibisik Haidan. Apalah mamat tu gi kelentong Zareth.

Zareth bergerak mendekati Adilia. Haidan membisikkan kepadanya bahawa Adilia sedang melalui fasa fasa genting sebagai seorang gadis perawan.

"Kau ada sakit tak?" tanya Zareth tiada mukadimahnya. Mamat ni memang suka straight to the point. Berkias kias ni memang bukan gayanya.

"Sakit apa?" tanya Adilia kembali.

"Period pain? Haidan cakap kau tak ada mood sebab datang bulan," katanya. Dia sangat ambil cakna tentang perubahan Adilia ketika datang bulan. Sangat beremosi.

Adilia menggeleng.

"Macam mana mamat tu tahu aku datang haid? Aku cuma cakap aku tak ada mood je." Hairan Adilia sendirian. Kepala yang berbalut shawl jersey berwarna hitam digaru.

DEAR MR HEARTBREAKER Where stories live. Discover now