AKU meneguk air beberapa kali sambil menunggu ketibaan yang amat berhormat cik puan Adilia Sofea. Cermin mata hitam diperbetul beberapa kali tatkala beberapa pelajar perempuan melintas dikawasan itu.
Aku kena tampak cool. Baru laku. Eh tiber pulak aku. Ahah poyo sebenarnya. Suka hati akulah tak kacau beras rumah kau pun!
Dapat tahu dekat minah Tarzan tu mampus aku.
"Zareth Zeyeen!" jerkah satu suara.
Zareth memandang kearah pemilik suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan Cik Puan Adilia Sofea kita. Bibirnya melakarkan senyuman kemenangan pada gadis itu.
"You memang suka tengok I mengamuk Reth," marah Adilia. Tangannya naik menumbuk numbuk lengan kekar Zareth.
Nasib aku sayang kau tau, getus hati Adilia.
"Padan la dengan muka tu!" balasku seraya menarik tudung bawalnya yang terletak cantik ke belakang.
Bertambah monyok muka itu. "Reth!" jerkah Adilia. Muka sudah mahu menangis. Marah dengan kelakuan Zareth. Tercebik cebik mulut itu sebelum air mata mengalir.
Cengeng la dia ni.
"Ha nangis nangis. Sejak bila kau suka menangis. Buruk betul muka." Bukan dipujuk malah ditambah lagi.
Makin kuat tangisan itu. Adilia duduk dilantai. Tangannya naik menutup mukanya. Malu bila Zareth mengatakan dia buruk.
Zareth tergelak kecil. Dia seronok tengok muka Adilia menangis. Rasa satu kemenangan untuk dia. Telefon dikeluarkan lantas kamera dibuka.
Klik!
Untuk tontonan dimasa hadapan.
Zareth bertinggung disebelah Adilia. Tangan naik menghapus air mata dipipi gadis itu. Tawanya ditahan tahan sejak tadi. Tidak mahu menambah marah gadis itu.
Risau dia balik cerita dekat bapak aku! Mahu kena libas dengan penyangkut.
"Memang nak nangis dekat sini sampai pagi esok ke macam mana?" tanyaku.
"Reth jahat. Lia benci," marah Adilia seraya menolak Zareth yang sedang bertinggung itu hingga tertonggeng dilantai. Puas hati dia!
Adilia berdiri seraya langkah masuk ke dalam pejabat utama Academy itu. Kau sabar jap!
"Eh hanatnya! Jatuh maruah aku kalau ada yang tengok ni. Tak macho dah aku," bebel Zareth sendiri. Tangannya menyapu lembut baju dan seluarnya. Takut ada habuk melekat.
Dia kalau duduk dengan Adilia ni memang hilang macho selalu. Geram Zareth dibuatnya.
"Sabar Zareth. Orang handsome kena banyak sabar tambah tambah lagi bila dengan minah tak cukup tinggi tu," kata Zareth pada dirinya meningatkan pada dirinya yang kacak.
___
YOU ARE READING
DEAR MR HEARTBREAKER
RomanceSTORY KETIGA FAIRA© Cinta bertepuk sebelah tangan? Adilia Sofia, gadis periang yang tidak pernah berputus asa dalam mendapatkan cinta seorang Zareth Zeyeen. Pelbagai cara dilakukan untuk medapatkan lelaki itu namun cinta Zareth yang terlalu utuh pa...