DMH: 11

249 19 1
                                    

HARI ini Adilia bangun dalam keadaan sihat walafiat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini Adilia bangun dalam keadaan sihat walafiat. Segar badannya selepas seharian tidur.

"Good morning everyone!" laung Adilia ketika menuruni tangga. Dapur rumahnya itu kosong. Tiada kelibat ibu bapanya.

Kepala yang dilapisi tudung sarung digaru. Mana semua orang ni. Nak kata dia bangun lewat, baru pukul 8. Memang waktu macam ni mereka makan sarapan.

"Cik Adilia," tegur pembantu rumah mereka, Cik Nah.

"Ya," sahutnya.

"Semua orang pergi bersarapan di mansion Tuan Zerees," kata Cik Nah.

Bibirnya membentuk bulat. Patutlah tak ada. Rupanya sarapan rumah jiran. Hihi tak adalah jiran sangat kerana ada pintu sliding yang menghubungkan dua biji mansion itu.

Pintu sliding yang berada diruang tamu rumahnya ditolak, maka terbentanglah ruang tamu rumah bapa saudaranya itu.

"Assalamualaikum!" laung Adilia ketika melalui ruang tamu rumah itu. Terjengul susuk tubuh bapa saudaranya yang sedang menuruni tangga.

"Ha Lia, baru masuk ke?" tegur Zerees.

"Iya, bakal bapa mertuaku," usik Adilia lalu mencium tangan Zerees. Sajalah nak ambil hati bakal bapa mertua.

Zerees ketawa kecil. Ada ada saja anak buah dia sorang ni. Dari kecil sampai ke besar begitulah perangainya.

"Zareth dah bangun ke uncle?" tanya Adilia.

"Tolong mummy dia laundry tadi. Adalah tu dekat dobi belakang tu," balas Zerees sambil menuju ke dapur.

"Huhu anak soleh tu!" gurau Adilia sambil mengikuti Zerees.

"Assalamualaikum, ibu dan ibu mertuaku!" laung Adilia apabila menemui figura Nelly dan maknya.

Zareth yang turut berada disitu hampir tersedak teh panas mendengar laungan gadis itu. Ya Tuhan, tertelan speaker masjid Darul Iman ke dia ni.

"Heh anak dara! Tolong senonoh sikit," tegur mummy Alia.

Adilia mencebik. Kerusi disebelah Zareth didudukinya. Senonoh tu apa? Kita tak tahu.

"You minum apa?" tanya Adilia berbasa basi.

"Minum Starbuck," perli Zareth. Buta ke. Sah sah air teh tu. Ada nampak macam air sungai belakang loji ke?

"Adilia dah sihat?" tanya Nelly sambil meletakkan semangkuk sambal ikan bilis. Sedapnya pagi ni makan nasi lemak.

"100% sihat,"

"Alhamdulillah, kembali normal akhirnya," ucap Zareth sambil menadah tangan seperti berdoa.

Adilia menjeling lelaki itu. Pagi pagi dah ajak bergaduh mamat ni. Jangan sampai dia buka kekuda kejap lagi. Memang teraburlah nasi dekat atas meja makan ni.

DEAR MR HEARTBREAKER Where stories live. Discover now