DMH: 12

224 19 0
                                    

GAJAH pun lari tengok perangai tak semengah dua anak dara itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

GAJAH pun lari tengok perangai tak semengah dua anak dara itu. Tapi yang dua orang lagi elok sahaja bersandar disofa nak dibandingkan dua orang yang terpekik pekik sejak tadi.

Biasalah kalau dah nama pun karaoke. Nak diam diam pergi duduk perpustakaan.

Adilia, Zaefyra, Tyara dan Aliana. Tahulah ya siapa dua orang yang terpekik pekik tu. Dua gadis itu sahaja yang terlebih gula selalunya. Adilia. Zefyra.

Manakala Zareth, Zareft, Fezrul dan Haidan bersandar lemah disofa. Sakit telinga mendengar suara dua gadis itu. Speaker rosak teruk ni. Sudah tidak boleh diperbaiki.

Mereka berlapan sedang menghabiskan masa bersama di mansion keluarga Zareth dan Zareft sempena New Year.

"Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince, and I'll be the princess
It's a love story, baby, just say yes"

Adilia menyanyi dengan sepenuh hati bersama suara yang dibuat buat rosak. Tertekan sangat gadis itu sejak akhir akhir ini.

Mana taknya, dia dan Zareth baru sahaja pulang dari hutan. Dapat pula panggilan dari markas untuk ke Italy. Mereka berdua ambil flight paling awal ke sana untuk menguruskan hal Zeyn Empire.

Non stop kerja hingga tak sempat untuk memikirkan hal sendiri. Dua minggu disana, akhirnya mereka berjaya selesaikan misi dan pulang ke tanah air.

Zareth sudah mula sakit kepala dengan suasana didalam bilik karaoke. Tak boleh ke dia nyanyi elok elok. Cair tahi telinga dia.

"Kejap! Kejap!" jerit Adilia memberhentikan nyanyiannya dan Zefyra. "Vodka satu!" guraunya lalu menyambung nyanyiannya yang terhenti tadi.

"Marry me, Romeo , you'll never have to be alone
I love you, and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story, baby, just say yes!"

Haidan dan Fezrul sudah menampar dahi mereka. Tahulah lagu itu ditujukan khas buat Zareth. Entah bilanya nak naik pelamin dua ekor ni.

Zareth bangun lalu merebut microphone ditangan Adilia dan Zefyra.

"Ingat Tuhan sikit. Vodka! Vodka! Kau tu agama apa, ingat sikit Bedah," bebel Zareth menggunakan microphone yang dirampasnya tadi.

Eh perlu ke guna microphone.

"Ehek! Kita main main je abe..." kata Adilia sambil jarinya bermain dihujung baju kemeja yang dipakai Zareth.

Zareth menolak Adilia untuk duduk disebelah Zefyra. Sofa panjang itu boleh memuatkan 8 orang sekali gus.

"Abe Zareth! Kami nak dengar abe Zareth nyanyi!" laung Fezrul.

"Ehem! Sepohon kayu daunnya rimbun," nyanyi Zareth bersama wajah yang tiada perasaan.

DEAR MR HEARTBREAKER Where stories live. Discover now