ZARETH diam memerhati Adilia yang merajuk dengannya. Kali ini merajuknya 3 kali ganda rajuknya yang sebelum ini. Langsung tidak mahu bercakap dan mendengar penjelasannya.
Dia jadi terfikir apa sebenarnya berlaku diantara dia dan Adilia. Kenapa dia kena memujuk gadis itu padahal dia dan Adilia tiada hubungan istimewa.
"Lia..." panggil Reth.
Diam.
Zareft dan Haidan yang turut berada disitu menyimpan senyuman. Tak boleh gelak. Risau tak jadi pujukan Zareth mendengar tawa mereka berdua.
"Kau kenapa nak merajuk dengan aku?" tanya Zareth seraya mengambil tempat duduk disofa bersebelahan dengan Adilia.
Gadis itu cuma diam, fokus pada telefon bimbitnya. Sejak mereka sampai dimarkas, Adilia langsung tidak mengeluarkan sepatah perkataan. Bukan dengan dia sahaja, yang lain pun dia abaikan.
"Nak makan tak?" tanya Zareth cuba mencuri perhatian. Alah kau macam tak ada soalan lain. Tak kena situasi langsung.
Menyampah Adilia dengar. Tengah marah ni.
"Baby..."
"Baby baby, babi adalah!" marah Adilia.
Selalunya kalau Zareth gula gulakan Adilia menjadi je. Hari ni kena tukar jurus memujuk gadis itu.
Haidan dan Zareft menekup mulut mendengar Zareth dimaki.
"Relax la yang kau nak merajuk sangat kenapa?" Datar sahaja suaranya ketika bertanya. Zareth meletakkan tangan kanannya dibahagian sandar sofa itu. Mudah sikit kalau perempuan ni nak lari, dia tangkap je.
"You tu!" marah Adilia lalu mencerlung tepat ke mata Zareth.
Zareth melarikan anak matanya. Hoho kenapa tajam sangat ni.
"Aku buat apa? Cer cita," tanya Zareth lagi. Matanya fokus pada bibir dan hidung Adilia. Tidak berani melawan mata.
Adilia memegang kedua pipi Zareth. Dia geram Zareth asyik melarikan anak matanya sedari tadi. Dok usya hidung dia kenapa. Ada tahi hidung ke?
"You tu hampir kahwin dengan perempuan gila tu tahu tak! Sudah la pakai baju macam nak pergi night club terbelah sana terbelah sini.
You nak ke kahwin dengan dia? Nak tak? Suka la tu tengok seksi seksi macam tu. Lelaki memang macam tu eh. Gatal!" bebel Adilia sambil menekan nekan pipi Zareth seperti cucur kodok.
Zareth menepis tangan Adilia dipipinya. Tangan itu digenggam. Berkerut dahinya. Tiba tiba dia kena serbu macam ni.
"Haah, aku nak kahwin dengan dia. Tak boleh ke?" provok Zareth. Itukan memang perangai Zareth. Dia suka buat Adilia marah. Dia macam love- hate relationship. Tak senang duduk kalau tak sakitkan hati.
YOU ARE READING
DEAR MR HEARTBREAKER
RomanceSTORY KETIGA FAIRA© Cinta bertepuk sebelah tangan? Adilia Sofia, gadis periang yang tidak pernah berputus asa dalam mendapatkan cinta seorang Zareth Zeyeen. Pelbagai cara dilakukan untuk medapatkan lelaki itu namun cinta Zareth yang terlalu utuh pa...