DMH:09

233 19 1
                                    

JAM sudah terarah pada pukul 4 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAM sudah terarah pada pukul 4 pagi. Matanya kuyu menunggu Adilia yang sudah 2 jam mandi ais didalam bilik air bilik hotel itu.

Pintu bilik air diketuk.

"Kau okay tak?" tanya Zareth diluar bilik air.

"Better," balas Adilia dengan suara layunya. Sudah kecut kulitnya mandi ais pagi pagi buta macam ni.

Semua salah Zaki bodoh tu la!

Confirm esok demam!

Adilia membuka pintu bilik air. Hampir dia terguling dilantai namun sempat disambut oleh Zareth.

Tubuh Adilia dicempung dan diletakkan diatas katil. Hoodie yang selalu disimpan didalam kereta turut disarungkan ke badan Adilia.

2 hoodie masih tak dapat menghilangkan sejuknya itu. Bergetar bibirnya menahan sejuk yang teramat.

Penghawa dingin juga tidak dibuka sejak mereka menapak ke dalam bilik hotel ini.

Dua selimut tebal dibetulkan diatas tubuh Adilia. Kalau Adilia demam esok, mahu kena menjawap dengan bapa saudaranya itu.

Awal awal lagi tuan Zedeen sudah memberi amanah kepadanya untuk selalu mengawasi dan menjaga Adilia kemana sahaja mereka pergi. Alasannya kerana Adilia tetap wanita walaupun pandai berlawan.

"Aku pergi buat air teh kejap,"

Pantry ditujuinya.

Ding! Dong!

Bunyi loceng bergema.

Berkerut dahi Zerees. Siapa pula yang datang pagi pagi buta ni. Mungkin Eyeen ataupun Haidan.

Lubang dipintu bilik itu diintai.

Terjebil biji matanya.

Shit!

Siapa yang ramai ramai pakai baju jubah ni. Jangan cakap Jabatan Agama Islam. Dia mula gelabah!

Aduh silap juga dia pergi check in hotel bajet. Memang kena serbu la. Nak serbu pun kenapa hari ni?

"You... siapa yang dok tekan loceng dari tadi? I penat! Nak tidur..." rengek Adilia.

"Shit Lia! Aku rasa kita kena serbu," kata Zareth.

"Hah!" Terbangun Adilia dari baringnya. Pistol yang berada diatas meja kopi diambil lalu dilempar kearah Zareth.

"Bukan! Bukan musuh kita,"

"Habis tu?" tanya Adilia sambil bersembunyi dibalik sofa.

"JAIS!"

"Hah!"

"Okay bertenang... Kau duduk dekat sofa. Buat je la tengah guna laptop aku tu," kata Zareth sambil menarik dan menghembus nafasnya untuk menenagkan dirinya.

DEAR MR HEARTBREAKER Where stories live. Discover now