KOD laluan pada pintu ditekan dan Kashaf terus melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah selesai berjoging di tepi tasik. Butang ON penghawa dingin ditekan kemudian Kashaf terus menuju ke dapur. Mengambil minuman daripada penapis air.
Dadanya masih turun naik mencari nafas. Hujung minggu begini memang dia akan menghabiskan masa dengan bersenam. Ada ketika dia akan ke gim tetapi selalunya dia akan berjoging mengelilingi tasik di kawasan perumahannya sahaja.
Sedang Kashaf meneguk air kosong sambil bersandar pada table top, dia menerima panggilan video daripada ibunya.
"It's 6 a.m at your place ma. Awalnya buat vc." Kedua belah tangan ditongkatkan pada meja pulau sambil dia menjawab panggilan video ibunya dengan menggunakan Ipad.
"Mana ada awal. Kashaf baru balik joging ke, peluh belum kering."
"Ya ma, as usual."
Soleha senyum. "Rajinnya anak mama ni. Kashaf macam mana dekat sana, okey?"
Kashaf ikut senyum. "I miss you mama."
"Awww, I miss you too son. Ni mama nak bagi tahu, bulan depan mama balik Malaysia. Nak attend wedding anak kawan baik mama."
"It's a good news ma. Balik lama sikit, Kashaf rindu. Papa dan Qalif ikut?" Air kosong yang masih berbaki di dalam gelas diteguk sehingga habis.
"No son, mama balik seorang saja. Kalau rindu kenapa Kashaf tak datang sini? Papa pun dah bising lama Kashaf tak datang kata dia."
"Papa tahu kenapa..."
Puan Soleha mencebik. "Ya, papa tahu Kashaf sibuk dan papa pun sama. Mama tak faham la kamu berdua ni. Saling rindu tapi tetap sibuk dengan kerja."
Terlepas tawa halus dari bibir Kashaf bila mendengar omelan mamanya.
"Bulan depan ya ma?"
"Ya. Nanti jemput mama dekat airport, okey?"
Kashaf angguk dan dia termenung sejenak. "Kalau bulan depan bolehlah mama teman Kashaf ke kenduri juga nanti."
"Kenduri siapa?"
Lama Kashaf diam sebelum bibirnya tersenyum tawar.
"Setiausaha Kashaf, ma."
Bulat mata Puan Soleha bila mendengar jawapan anaknya. "Oh, Amani dah nak kahwin?"
Kashaf angguk dengan senyuman yang perlahan-lahan menghilang. Perubahan pada riak wajak Kashaf itu dapat dikesan oleh Puan Soleha yang sedikit pun tidak mengalihkan pandangan daripada wajah si anak. Walaupun jarak mereka jauh beribu batu.
"Kashaf okey?"
"Okey ma." Ringkas Kashaf menjawab walaupun dia kurang pasti kenapa mamanya bertanya begitu.
"Baiklah, lain kali mama call lagi." Puan Soleha mula mengundurkan diri. Dia tahu apa yang sedang dirasai oleh anaknya itu dan biarlah Kashaf cuba selesaikan urusan hatinya itu sendiri.
"Okey ma. Kirim salam papa dan Qalif."
"Okay son."
Pandangan dilemparkan ke ruang tamu setelah panggilan mereka tamat. Sejak dulu Kashaf tidak pernah berselindung dengan kedua orang tuanya tentang hal peribadi termasuklah tentang suri yang bakal menghuni hati. Terasa kesat liur yang ditelan ketika meluahkan tentang gadis yang bakal menjadi milik orang lain.
YOU ARE READING
KASHAF AMANI (SUDAH TERBIT)
Romance"I'm sorry Amani. Tapi saya tak boleh teruskan pernikahan ini." - Nuh "Berhambus kau dari sini. Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat rumah aku Amani!" - Fatimah Ditinggalkan oleh tunang dan dihalau oleh ibu saudara setelah neneknya meninggal dunia...