LAJU jemari Kashaf bergerak menekan papan kekunci. Menyudahkan kerjanya di kesempatan waktu yang ada. Sesekali dia menjeling jam di tangan, seolah-olah berkejaran dengan masa. Setelah selesai semua kerjanya, Rosie yang berada di luar dipanggil masuk.
"Tuan Kashaf."
Kashaf yang sedang mengemas dokumen di dalam beg kerjanya mengangkat wajah.
"How's your first day here?"
"Semuanya okey Tuan Kashaf. Saya buat seperti yang dipesan oleh Amani." Dengan yakin Rosie menjawab. Dia merupakan staf di jabatan sumber manusia ditugaskan untuk menggantikan Amani sebagai setiausaha Kashaf selama gadis itu bercuti.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Telah lama dia berhajat untuk berada dekat dengan bos besarnya itu dan peluang keemasan begini sememangnya tidak akan dia lepaskan.
"Terima kasih Rosie. Jangan risau ini cuma sementara, minggu depan Amani akan masuk kerja semula." Kashaf terus mengemas barang kerja miliknya sambil berbicara dengan setiausaha sementaranya itu.
Pantas Rosie menggeleng. "No tuan, it's okay. Saya boleh gantikan tempat Amani selama yang tuan mahu."
"One week is enough." Jawab Kashaf sambil memandang Rosie. Terbias senyuman tanpa rasa di hujung bibirnya itu.
Berubah riak pada wajah Rosie. Baru sahaja ingin berangan menjadi setiausaha Tuan Kashaf selamanya, terus angan-angannya itu dicantas oleh Tuan Kashaf sendiri.
"Petang ni I tak ada apa-apa appointment kan?"
"Tak ada tuan."
"Kalau macam tu see you tomorrow Rosie. I nak jemput mama I dekat airport dan terus balik. If anything, just ring me." Kashaf bangun sambil menarik beg bimbit kulitnya yang berada di atas meja.
"Baik tuan."
Kemudian Rosie ikut keluar bersama Kashaf sebelum Kashaf berlalu ke lif meninggalkan Rosie sendirian di situ.
Nafas yang dilepaskan dengan sedikit keras. "Untunglah kau Amani jadi kesayangan Tuan Kashaf."
Kedua belah tangan bergerak memeluk badan sendiri. "Ke, Tuan Kashaf tu minat kat kau sebenarnya?" Jari telunjuk naik mengetuk dagu.
"Buat apa tu Rosie? Dari tadi Kak Mas tengok kamu tercegat dekat situ."
Rosie berpaling ke arah pintu pantri. Sunyi ruang pejabat bila hanya tinggal dia berdua dengan Kak Mas sahaja di tingkat itu.
"Hantar Tuan Kashaf balik tadi Kak Mas."
"Hantar tuan balik?"
Rosie melangkah ke arah pantri dan berjalan melepasi Kak Mas sebelum duduk di kerusi yang tersedia di situ.
"Kak Mas buatkan saya kopi."
Tanpa kata Kak Mas terus bergerak membancuh kopi untuk setiausaha sementara Tuan Kashaf. Dalam hati sempat juga dia berbisik tentang keperibadian gadis itu yang sangat berbeza dengan Amani. Sejak dulu Amani tidak pernah mengarahkan dia untuk membancuh kopi atau apa-apa minuman. Malah untuk Tuan Kashaf juga Amani sendiri yang sediakan.
"Amani jemput Kak Mas tak ke majlis kahwin dia?" Tiba-tiba Rosie menyoal.
"Tak."
"Eh, peliknya. Dia memang tak jemput semua orang ke Kak Mas? Tuan Kashaf dia jemput tak?"
"Tak pasti pula akak."
YOU ARE READING
KASHAF AMANI (SUDAH TERBIT)
Romance"I'm sorry Amani. Tapi saya tak boleh teruskan pernikahan ini." - Nuh "Berhambus kau dari sini. Aku tak nak tengok lagi muka kau dekat rumah aku Amani!" - Fatimah Ditinggalkan oleh tunang dan dihalau oleh ibu saudara setelah neneknya meninggal dunia...