Bab 4

30 8 0
                                    

    Fikiran Aurora berasa terganggu. Kenapa Zahrin rela hati untuk berkahwin dengannya? Aurora bertanya kepada diri sendiri samada dia akan bahagia atau tidak? Aurabella hanya memerhati sahaja lalu dia bertanya,

   "Rora, kenapa ni?"
"Kami berdua dah bincang tentang perkahwinan.."
"Maksud kau.. Zahrin?"
"Ya.. tapi aku menolaknya."
"Hah? Kenapa kau tolak?"
"Aku taknak, Aura.. Aku taknak kahwin dengan dia. Lagipun, dia benci aku. Mana tahu kan kalau dia sakitkan hati aku ke, nak cederakan aku ke.. Dan, sekarang aku tidak seberapa nak yakin dengan diri sendiri. Tolong, Aura.. Kahwin sahaja dengan Zahrin. Dia cintakan kau. Bukan aku."

     Aurabella hanya mengeluh perlahan. Dia sebenarnya mahu melihat Zahrin bersama dengan Aurora kerana dia tahu bahawa Aurora telahpun jatuh cinta dengan Zahrin.

   "And, Do you want to know something? Bila aku nak naik tangga, dia siap cakap yang aku cintakan dia."
"Oh no.. Dia dah tahu?"
"I don't think so.."
"Hmm, kau tunggu jelah dia buka hati dengan kau."
"Eh, Takpelah.. Aku taknak. Lagipun, kalau aku kahwin, siapa yang nak temankan aku dekat pelamin? Siapa nak jadi wakil untuk sahkan perkahwinan kita orang?"
"Eh? Mak ayah kau kan ada?"

   Lalu Aurora menangis. Aurabella pula yang sedang pegang makanan ringannya terus letak atas meja lalu dia memujuk Aurora.

   "Rora, kenapa kau nangis? Kau sakit ke? Jap, aku carikan ubat."
"Tak.. Bukan.. Cuma.."
"Cuma apa?"
"Mak dan ayah dah lama pergi.."
"Apa?"

   Suara Zahrin muncul. Yang berada di luar pintu rumah. Zaanur pun sama. Mereka terdengar perbualan mereka. Harap dia tidak terdengar perbualan yang diceritakan oleh Aurora tentang apa yang berlaku pada malam semalam. Zahrin terdiam seketika. Tercegat di luar macam tiang lampu. Pemikirannya mula berasa serba salah.

   "Kenapa kau rahsia daripada kita orang?"
"Zahrin, jangan kecohkan suasana. Sekarang ni, sejak bila kau ada sini?"
"Baru sahaja."
"Oh.."

   Mujurlah dia tidak dengar. Kalau dengar, mengamuk sudah jantan tu!

  "Aurora.. Aku.."
"Apa?"
"Aku nak bagitahu sesuatu."
"Sekarang ini, tidak boleh. Perbualan kita hanyalah privasi. Jadi, mesej sahaja."
"Ibubapa aku nak kita berkahwin.."
"HAH!?"

    Pergh! Nampaknya rancangan Aurabella telah berjaya membuat hati Zahrin terbuka dengan rela! Lalu, Aurora bangun dari sofa dan bertanya,

  "Kau.. kau bagitahu dia orang?"
"Tak.. Ibu aku sendiri yang pilih kau."
"Habis tu? Kau terima?"
"Ya dan-"
"Kenapa kau terima!? Tolak jelah!!"
"Dengar, Rora.. Aku-"
"Tak, aku sebenarnya taknak pun kahwin dengan kau. Sebab aku tahu kau takkan bahagia! Dan-"
"Aku faham. Tapi, aku tengah cub-"
"Takpayah, Zahrin. Buang masa je. Lagipun, tiada siapapun yang boleh jadi wakil untuk sahkan perkahwinan kita. Please, Zahrin.. Just find another girl who is right for you."
"Kau fikir aku berani melawan cakap dengan ibubapa aku? Aku terpaksa, Rora! Aku taknak buat ibubapa aku kecewa! Jadi, tolonglah terima."
"Bagi aku masa untuk fikir."

    Aurora terus masuk ke dalam biliknya. Dan menangis. Bukan tentang Zahrin. Ia tentang arwah ibubapanya. Tiga ekor itu masih berada di luar ruang tamu. Zaanur seperti ingin mencuri makanan tu.. Siap teguk air liur! Lalu, Aurabella melempar. Terus lompat! Aurabella hanya duduk dan menikmati makanan ringannya. Lalu, Zahrin duduk.

   "Kau haus? Ambil air tu."
"Takpayah, aku beli Starbucks tadi."
"Wah, first time? Alhamdulillah, duit aku selamat.."
"Hmm first time.. Aura, aku rasa serba salah.."
"Kenapa pula?"
"Yelah.. aku banyak marah dia apa semua.. Aku nak tu tapi ego aku sendiri yang tak membantu."
"Hah? Nak apa kau ni?"
"Minta maaf lah, bodoh!"
"Bab-"
"Ish, lepas putus tunang dengan kau, kembali lagi zaman bergaduh dengan kau."
"Hahahaha.. Itulah kau.. Sekarang, kau cuba pujuk dia."
"Pujuk? Buang masa je, bro. Better face to face je."
"Boring lah kau ni.. Kau pujuk dia dengan plushies. Murah je!"
"Bagi patung gebu? macamlah aku dah jatuh cinta dengan dia!"
"Alah, mana tahu kan~"
"Ishh, plushies apa? Takkanlah aku nak beli plushies babi pulak.."
"Bengapnya.. Dia suka penguin. Sebab, idol dia namanya Sunghoon tahu.."
"Haih, kpop lagi.. Besar ke kecil?"
"Besar. Tak besar sangat! Ada jual dekat Kaison."
"Hmm, yelah.. Itu je?"
"Oh jangan lupa! Dia suka makanan yang lembut."
"Marshmallow?"
"Yes! Tepat sekali!"
"Hmph, dengan Zaanur bukan kemain galok. Dengan aku, nak mencarut je.."
"Diamlah! Dah, pergi beli. Malam nanti, aku ajak dia pergi McD. Lepas itu, kita pergi healing dekat taman. Kau orang jangan lupa datang!"
"Iyalah, Wan Aurabella~"

Cinta dan Benci (COMPLETE)Where stories live. Discover now