Bab 11

11 1 0
                                    

    Pagi itu, Zahrin dan Aurora segera bergerak ke Bintulu. Zahrin sedang memikirkan tentang apa yang hendak disampaikan oleh Aurora.

   "Baby?"
"Ya?"
"Awak nak pergi sana, nak bincang tentang apa?"
"Tentang adik awak."
"Sayang.. nanti dia lukakan awak macam mana? Awak pun tahu kan, dia tu ganas.."
"Saya boleh pukul dia semula."
"Uish, jangan. Awak pukul saya jelah."
"Taknak. Abang tu suami saya. Takkanlah saya nak pukul suami saya sendiri?"
"Hehehehe comel lah dia ni."

    Zahrin mencubit pipi kanan Aurora kerana kecomelannya. Tak lama kemudian, mereka telah sampai di Bintulu. Zahrin menempah kereta sewa. Kereta dengan jenama BMW X6. Dah kenapalah tempah kereta mahal-mahal? Tahulah kaya!

    "Abang ni.. Tempah kereta Axia jelah!"
"Abang nak cuba hehehe."
"Haihh dia ni. Dah, jom gerak sekarang. Kawan-kawan Abang mana?"
"Dia orang dah sampai."
"Okey."

    Radio dalam kereta itu terlalu kuat sehingga pekak telinga Aurora. Zahrin kan suka lagu rock. Siap bawa pendrive!Dah tentu dia pasang kelantangan sehingga 30!

   "Alright, kita dah sampai."
"Okey.."
"Sayang?"
"Ya?"
"Are you sure about this?"
"Of course, Zahrin. Jom."

    "Assalamualaikum!"
"Walaikumusalam.. Eh kamu rupanya.. Aurora? Sihat dah?"
"Seratus persen!"
"Alhamdulillah, jemput masuk."

    Hafeez berada di dalam biliknya. Dia memang tidak suka berada di ruang tamu. Faiq dan Iskandar turut berada disitu. Isteri mereka pun sama. Tak lama lagi, Aurora dah ada kawan baru.

    "Ada apa, Aurora?"
"Panggil Hafeez."
"Kau nak apa, perempuan?"
"Eh kau!"
"Sabar, Zahrin.."

   Aurora bangun dari sofa. Begitu juga dengan Zahrin. Dia takut Hafeez akan cederakan dia.

    "Duduk sini."
"Aku dah duduk. Apa lagi kau nak buat?"
"Faiq. Ikat dia."
"Eh, Woi!!"

    Iskandar memegang tangan Hafeez supaya dia tidak meronta. Jangan risau, Iskandar ni agresif. Boleh lah genggam badan Hafeez tu kuat-kuat!

   "Dah."
"Apa kau buat ni!?"
"Shut up on you mouth. Alisa, Siti, jom kita naik atas. Bawa plastik sampah tu."
"Woi! Kau nak buat apa dalam bilik aku!?"

   Aurora menghiraukan soalan Hafeez. Hafeez sudah mula berpeluh. Dah takut lah tu! Ibu dan Ayah hanya keliru dari tadi. Begitu juga dengan Zahrin. Dia terkejut apabila melihat isterinya bertindak seolah-olah dia seorang dektektif.

   "Jangan lupa pakai topeng muka. Mana tahu kita ada terjumpa barang yang berbau busuk."
"Okey, Rora.."

   Sesi mencari bukti telah bermula. Alisa telah menemukan beberapa bilah parang didalam almari. Siti pula telah menemukan beberapa beg darah. Sangat kotor. Tiba-tiba Aurora terbau sesuatu busuk dan lalat yang berkeliaran. Bau itu datang dari bawah katil. Lalu dia memeriksa dibawah katil tersebut. Apabila Aurora menjenguk ke bawah katil, dia terkejut lalu terjatuh ke atas lantai.

   "Ya Allah!!"
"Kenapa Aurora?"
"Ke-ke.. Kepala.."
"HAH!?"
"Teruknya... Bagi saya plastik.."
"Nah."

   Aurora mengambil kepala itu dengan berhati-hati. Nampak gayanya seperti baru sahaja. Kulit pun tidak mereput.

   "Saya dah agak semua ini memang kerja dia. Jom, kita turun bawah."
"Baik."

   Akhirnya ketiga-tiga gadis itu telah turun sambil membawa barang-barang yang dijumpai.

   "Zahrin, saya dah jumpa beberapa bukti."
"Bu-bukti? Apa ni? Abang tak faham?"
"Apa kau nak buat dengan barang-barang aku tu!?"
"Barang-barang?"

Cinta dan Benci (COMPLETE)Where stories live. Discover now