Aurora telah sampai di hospital Sarikei di Sarawak dengan selamat. Zahrin masih berada dalam perjalanan pulang ke Sarikei. Aurora yang berada di atas katil menunggu kepulangan suaminya.
"Mana dia ni? Dah pukul 2 ni. Kenapa dia tak sampai lagi ni"
"Kenapa, Rora?"
"Zaanur.. Mana Zahrin? Dia tak sampai lagi ke?"
"Belum.. Dia masih berada dalam perjalanan ke sini. Jangan risau. Kau rehatlah dulu."
"Hmm.."Sebenarnya Zaanur tahu apa yang terjadi kepada Zahrin tetapi dia tidak mahu membuat Aurora bertambah risau. Apa yang terjadi sebenarnya?
Sudah pukul 4. Aurora yang telah selesai menunaikan solat Asar, hati dia masih berasa tidak sedap hati. Dia mengambil telefonnya untuk menelefon suaminya tetapi tidak diangkat.
"Assalamualaikum, Rora!"
"Walaikumusalam.."
"Kenapa ni?"
"Aku tak sedap hati.. Zahrin tak sampai-sampai lagi ni.."
"Lah.. Takpelah. Ni aku bawakan bekal untuk kau dengan buah-buahan. Makan ya? Aku nak jumpa Zaanur sekejap."
"Yelah.."Aurabella keluar untuk berjumpa Zaanur sambil mendukung anaknya yang sedang tidur. Aurabella terus meletakkan Syaqiera ke dalam kereta sorong.
"Zahrin tak sampai lagi ya?"
"Err kau jangan bagitau Aurora. Bertambah risau nanti."
"Oh okey. Kenapa dengan Zahrin?"
"Dia excident."
"HAH!?"
"Tapi jangan risau. Tangan dia sahaja yang patah. Jadi, dia akan keluar wad dalam masa dua hari."
"Ya Allah.. macam mana dia boleh excident ni?"
"Aku taktahu lah. Dia ada kat sini. Apapun-"
"KORANG!!"Zahrin berlari laju ke arah mereka. Dengan baju hospitalnya. Zahrin punya jeritan tu membuatkan Syaqiera terjaga dari tidur.
"Woi! Aku suruh kau berehat kan? Yang kau keluar ni kenapa?"
"Aku nak jumpa Aurora. Dia ada dekat sini ke?"
"Ya??"
"Okey, terima kasih!"
"Apa yang-"
"Alahai, dia orang ni pun. Patutlah jodoh kuat."
"Uncle.."
"Eh? Dah bangun?"
"Nak kung.."
"Alololo mari sini dekat dengan Uncle."Aurabella melihat anaknya yang begitu selesa dengan Zaanur. Hatinya lega. Aurabella mengajak mereka untuk masuk ke wad Aurora.
"Sayang!"
"Eh, Abang? Kenapa ni? Apa yang-"Belum sempat Aurora bertanya, Zahrin terus memeluk isterinya. Aurora pelik dengan suaminya yang tiba-tiba peluk dengan begitu erat.
"Kenapa ni, Abang?"
"Sayang okey kan?"
"Iya, saya okey aje.. Kenapa dengan tangan Abang ni?"
"Abang excident masa sampai disini. Jangan risau, sakit sikit aje. Hati saya yang sakit. Jadi, jangan risau."
"Ish, apa Abang ni! Tiru dialog Lee Know pula!"
"Apa pula? Abang tak macam Lee Know ke?"
"Eleh, mentang-mentang muka seiras macam Lee Know, ada hati nak jadi macam dia. Sedikit pun tak!"
"Ish, taknak kawan!"Aurora ketawa melihat suaminya merajuk. Zaanur pula rasa nak muntah. Fakta menarik, Zahrin ialah peminat tegar Stray Kids. Begitu juga dengan Aurora. Bukan senang nak cari lelaki peminat kpop ni!
"Haish, sudah-sudah! Kau pergi berehat sekarang. Dahlah berlari dengan baju hospital."
"Alah, bagi lah aku tidur dekat sini."
"Takboleh!"
"Eleh, kau cemburu sebenarnya kan?"
"Ma-mana ada!"
"Wah, first time aku tengok kau cemburu. Kau suka aku ke, Zaanur?"
"Woi!"
"Tak, Sayang. Dia suka.."
"Faham.. Wuu~"
"Apa kau cakap, Zahrin!!"
"Bye-bye!"Mereka berkejaran di luar wad. Apa nak jadi. Kalau Hirfan ada, dah lama diaorang kena marah.
"Wuu~"
"Apa?"
"Hehehe.. Oh ya, kau sambunglah cerita pasal hari itu."
"Aku kena diduakan."
"HAH!?"
"Ya.. Kawan sendiri pula tu."
"Siapa perempuan tu?"
"Isya."
"HAH!?"
"Hiks.. hiks.."Aurora terus memeluk sahabatnya. Selama ini, Aurora hanya melihat wajah Aurabella yang ceria. Sekarang, wajahnya lesu dan tidak cukup tidur.
"Aku dah cakap dari awal lagi. Hakim tu memang playboy. Kau je yang taknak dengar. Muka dahlah hensem tapi perangai.. Nauzubillah!"
"Aku sayang dia, Rora.. tapi kenapa dia balas macam ini.."
"I know.. Bersabarlah. Kadang-kadang lelaki tidak boleh dipercayai. Ramai lagi yang hadap masalah ini."
"Aku dah bagi hati aku dekat dia. Aku dah trust dia. Aku dah banyak belanja dekat dia. In the end, dia pijak. Mana lagi aku nak cari lelaki macam dia? Aku letak nama dia dalam doa aku. Aku nak benci Isya tapi dia baik. Aku nak benci Hakim tapi aku sayang dia."
"Lebih baik kau fokus dengan hidup kau. Anak kau. Daripada kau fikir benda ni, makin lama makin kau sakit. I know it's hard for you, but one day aku harap hidup kau bahagia. Ingatlah pesan aku ni."
"Hmm.."
"Sekarang, kau cerita apa yang kau tahu."
"Hakim selalu keluar lewat malam dengan alasan ada mesyuarat sampai pukul 3 pagi. Tapi.. rupa-rupanya, dia sedang bermalam dengan Isya.."
"Ya Allah.. Eh jantan jenis apa ni? Perempuan tu rela betul ya bagi badan dia dekat Hakim? Takboleh jadi ni. Kenapa kau baru cerita semasa aku tengah sakit? Kalau tak, dah lama kaki aku dekat muka dia tahu!"
"Aku dapat tahu pasal ini ketika kau pengsan semasa majlis haritu, Rora.."
"Allahuakbar.. Jadi, kau nak cakap apa dekat anak kau nanti?"
"Itu yang aku fikirkan.."
YOU ARE READING
Cinta dan Benci (COMPLETE)
RomanceZahrin telah meluahkan perasaanya terhadap Aurabella tetapi Aura terpaksa menolaknya kerana ibunya telah membatalkan pertunangan mereka. Sebelum melepaskannya, Aurabella menyuruh Zahrin berkahwin dengan Aurora. Demi Aura, dia rela hati untuk berkahw...