Bab 17

10 0 0
                                    

   Selesai juga pengebumian jenazah Aurora. Semua berjalan dengan lancar. Semua sedang menunggu Zahrin yang masih duduk di hadapan kubur Aurora.

   "Sayang, ramai yang datang. Semua orang sayangkan awak. Awak selalu mengadu sakit kan? Sekarang awak tak sakit lagi. Awak mesti rindu Mama dengan Papa kan? Sekarang, awak dah jumpa mereka. Sampaikan salam Abang kepada mereka. Abang akan jaga Aurora dengan sihat. Abang akan didik dia sehinggalah dia pandai seperti ibunya."

  Air matanya laju mengalir. Dia mencium batu nisan isterinya dengan kasih sayangnya seorang suami.

  "Abang pergi dulu ya, Sayang? Jaga diri. Assalamualaikum."
"Dah habis?"
"Ya."
"Mari balik, nak.."
"Ba-"

   Zahrin melihat beberapa ramai yang datang. Ia adalah saudara-mara Aurora. Zahrin memandang air muka mereka dengan wajah yang muram. Nak marah ada. Nak belasah ada. Tapi dia kena sabar.
  
   "Assalamualaikum.."
"Walaikumusalam. Kenapa datang?"
"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada sepupu kami iaitu Aurora. Dan, kami ingin minta maaf kepada Aurora. "
"Kenapa baru sekarang nak minta maaf? Kenapa tak minta bila dia masih hidup lagi? Kenapa?"
"Zahrin, sabar.."
"Dahlah, aku nak pergi masuk dalam kereta. Raiesya, bagi aku pegang."
"Oh, baik."
"Anak siapa ni?"
"Anak aku dan Aurora. Dan nama dia ialah Aurora Malique."

  Saudara perempuan terkejut mendengar. Dari tadi asyik berbisik tentang Zahrin. Maklumlah suami arwah terlalu kacak. Zahrin membawa anaknya masuk ke dalam kereta. Dia tidak tahan melihat wajah mereka.

  "Saya minta maaf bagi pihak suaminya. Mungkin Aurora tak cerita tentang kisah silamnya, tapi Zahrin tahu. Jadi, fahamkanlah ya? Kami ingin minta diri untuk pulang. Assalamualaikum."
"Walaikumusalam.."

   Setelah 7 bulan kemudian.. 

   Zahrin baru sahaja selesai meniduri anaknya. Lalu, dia melihat almari Aurora yang masih ada lagi berada disitu. Dia keluarkan satu baju dari almari tersebut dan meletakkan ke atas katil. Dan, dia menganggap bahawa baju itu adalah Aurora yang sedang berbaring ditepi anaknya. 

  Lalu Zahrin memejamkan matanya untuk tidur. Tak lama kemudian, Zahrin berada di alam mimpi. Ia adalah dimana mereka bertemu di sekolah.

  "Awak!"
"Yes?"
"Awak kelas sama dengan saya ke?"
"Haah. Kenapa?"
"Oh, saya Zahrin Malique. Panggil saya Zahrin."
"Aku Nurul Aurora. Panggil Aurora or Rora."
"Nice to meet you btw."
"Wah, fasih jugak kau ni. Kenapa kau nak kawan dengan aku?"
"Saya dah cuba untuk cari kawan, tapi semua tolak.."
"Eh? Kenapa?"
"Sebab saya budak nerd kot."
"Lah? Nerd macam ni pun dia orang tolak? Aku tengok kau hensem je."
"Eh-"
"Apa? Macamlah tak pernah kena puji."
"Hehehe.. terima kasih."
"Oh ya, kau nak rehat dengan aku tak?"
"Boleh."
"Tapi, disebabkan kau dah jadi orang pertama yang berkawan dengan aku, aku akan belanja kau!"
"Eh, taknak!"
"Apahal pula?"
"Saya malu.."
"Alah, takpayah malu. Kau cakap je apa yang kau nak!"
"Taknak!!"
"Eh degil nya!"
"Saya memang degil, awak je yang lalai"
"Ey mamat ni! Eh, dah sampai masa untuk masuk kelas. Jomlah!"
"Err.. awak masuk lah dulu, nanti orang kata apa.."
"Eh, dia orang nak ejek kau ke, mengata kau ke, tu dosa dia orang. Dah, jom!"

   Setelah sampai di kelas, ramai pelajar lelaki dan perempuan ketawa melihat mereka bersama. Lalu, Aurora bersuara.

  "Apahal korang ni? Tak pernah tengok lelaki dengan perempuan berkawan?"
"Tak. Bagi aku, meluat lah. And, korang sesuai. Hahahahaha!"
"Takpe. Mana lah tahu kan aku dijodohkan oleh dia suatu hari nanti. Hei, para pelajar perempuan. Percayalah cakap aku, apabila Zahrin akan berubah nanti, jangan sibuk nak rampas dia. Zahrin aku punya! Faham!?"
"Fa..Faham.."
"Zahrin, duduk tepi aku."
"Ba-baik."

Cinta dan Benci (COMPLETE)Where stories live. Discover now