Ariana dan Aurabella hanya memerhati Aurora yang masih menikmati epal merahnya dengan banyak. Sepertinya dia tidak makan dari semalam.
"Hoi makan perlahan-lahan. Tersekit nanti."
"Diamlah! Aku dah lama tak makan buah epal ni."
"Eleh, apapun cubalah cerita macam mana kau orang bersweet~"
"Eh, mana boleh! Kita orang aje boleh tahu."
"Ish, kedekut!"
"Hahahahaha, apapun Aura, kita lega sangat sebab Zahrin dah maafkan dia dengan hati yang ikhlas. Lagipun aku pun nampak dia menangis sampai merah hidung."
"Kan.. tapi, cepat betul dia buka hati dengan Aurora?"
"Biasalah.. kadang-kadang kita taktahu sama ada dia berkahwin dengan Aurora kerana keluarganya atau... perasaannya~"
"Hmm entahlah. Hari-hari dia bersweet dengan aku. Siap panggil aku dengan panggilan manja!"
"HAH!?"
"Pergh, cayalah! Lepas itu, kau balas tak panggilan dia?"
"Aku nak tapi aku malu hehehe.."
"Ish dia ni!"Kedatangan Zahrin, Faiq dan Iskandar telahpun sampai. Barang yang dibawa hanyalah barang mandi, dan telekung. Dah tahu barang sedikit, kenapa perlu bawa kawan-kawannya sekali? Aduh!
"Hai, Baby!"
"Hai.."
"Nah, aku bawa sesuatu."
"AKU!?!?"
"Apa kau?"
"Hoi! Orang berkahwin kena guna 'saya-awak'. Bukannya 'aku-kau'. Apalah kau ni!"
"Alah, biarjelah. Lagipun Rora tak kisah pun. Kan, Baby?"
"Iya.."
"Eee, aku jentik telinga kau tu nanti!"
"Macamlah boleh.."
"Eee!!"Ariana cuba mengelak Aurabella yang ingin menumbuk Zahrin kerana dah lama geram dengan perangai jantan ni! Sabar ajelah!
"Argh.."
"Eh, kenapa, Baby?"
"Hidung saya sakit.."
"Mesti kena tumbuk dengan Hafeez kan?"
"Iya.."
"Haih, kesian kesayangan Abang ni.."Faiq dan Iskandar mengajak Zahrin untuk keluar sebentar. Mungkin mereka ingin membincangkan sesuatu tentang kes ataupun adik Zahrin.
"Apahal?"
"Kau taknak siasat adik kau ke?"
"Tunggu Aurora sembuh baru aku siasat. Lagipun, seminggu aje aku jaga Aurora."
"Lambat lah.."
"Ish, sabar lah!"Hirfan dan Zaanur muncul di depan mereka. Wajah mereka seperti murung dan tiada senyuman.
"Kenapa?"
"Adik kau ke yang pukul Aurora?"
"Haah.. aku ingat adik aku tu dah taubat. Tapi-"
"Dia takkan taubat, Zahrin. Aku dah cakap daripada awal-awal lagi. Kau je yang tak dengar."
"Sorrylah.."
"Tiada maaf bagimu!"
"Eh nak gaduh ke? Haa meh meh!"
"Eish, sudah-sudah. Apapun, aku terjumpa gelang yang sama dengan gelang yang kau orang bertiga jumpa."
"Hah? Gelang ni lagi?"
"Ya. Aku taknak cakap nanti kau serang aku pulak."
"Kau nak cakap yang adik aku ialah penculik?"
"Itu maksud aku. Kita orang jumpa dekat rumah kau."
"Aku pun rasa macam itu. Esok, mereka berdua akan siasat."
"Kau?"
"Aku? Apalagi? Bermanja dengan isteri~ Sambil-sambil tu, aku boleh tidur berhimpit dengan dia! Kalau kau orang nak tahu, aku pernah cubit pipi dia sampai lebam sebab apa? Sebab dia comel!!"
"Gila."Kawan-kawannya sudah cukup menyampah dengan perangai Zahrin yang terlampau sayang dekat Aurora. Siapa je nak suami yang obses dengan isterinya!
Esoknya, Aurora dah bangun awal dari pukul 7 pagi tadi. Cumanya Zahrin belum bangun. Penat agaknya. Penat apa tu? Penat bermanja dengan isteri sendiri. Jururawat telah datang membawa sarapan untuk Aurora.
"Nurse, tolong ambilkan telefon saya kat dalam beg tu."
"Sekejap ya. Nah."
"Terima kasih."
"Sam-"
"HUARGHHH!!"
"Oh mak kau terkangkang!"Zahrin menggeliat sehingga menjerit dan membuat jururawat itu terkejut sampai melatah. Sambil menggeliat, kakinya sudah kekejangan! Padan muka!
"ARGHH KAKI AKU!!"
"Pftt.."
"Eh, Hai Baby! Good morning!"
"Good morning too, Abang."
"Ada sarapan ke?"
"Haah.. roti dengan susu. Abang nak?"
"Takpe, aku beli dekat kantin. Nak mandi sekejap."
"Okey, Abang."
YOU ARE READING
Cinta dan Benci (COMPLETE)
RomanceZahrin telah meluahkan perasaanya terhadap Aurabella tetapi Aura terpaksa menolaknya kerana ibunya telah membatalkan pertunangan mereka. Sebelum melepaskannya, Aurabella menyuruh Zahrin berkahwin dengan Aurora. Demi Aura, dia rela hati untuk berkahw...