Beberapa hari kemudian, Zahrin dan Aurora telah berkahwin dengan berjalan lancar tanpa kacau-bilau. Si Maira tu mesti tengah healing dalam rumah. Kesian!
"Aurora, terima kasih kerana sudi menjadi isteri aku."
"Sama-sama. Ingat, saya terima lamaran ini hanya keluarga awak sahaja. Mungkin, saya boleh mengeluarkan perasaan cinta kepada awak."
"Aku pun."
"Yay! Abang Zahrin dah tamat bujang!"
"Eleh, comel je. Lepas ini, kamu pula!"
"Eh, adik muda lagi! Tapi, adik nak kahwin dengan Sunoo!"
"Jangan nak berangan sangat."Mereka ketawa riang. Hafeez pula hanya menikmati lauk dengan wajah yang muram. Tiba-tiba Hirfan dan Ariana datang.
"Alhamdulillah, kahwin juga ye kau orang berdua."
"Eh Hirfan! Bila kau sampai?"
"Baru sahaja. Kita orang baru pulang dari hospital. Laith dah masuk 8 bulan ni."
"Aww, rindunya Aunty dekat Laith ni! Gemuk juga ya budak ni."
"Susu ibu kuat kan?"
"Hahahaha apalah Abang ni!"
"Apapun, tahniah. Harap-harap takde pergaduhan ya.. Zahrin, kawal sikit marah kau tu."
"Iyalah Abi~"
"Aurora, jom kita berbual di tempat lain."
"Jom!"Ariana mengajak Aurora duduk dalam ruang tamu.
"Macam mana? Apa perasaan kau bila dapat berkahwin dengan orang yang kau suka?"
"Alhamdulillah, aku happy sangat-sangat. Tapi Ari, aku takut tak sempat.."
"Tak sempat apa? Tak sempat nak bagi zuriat?"
"Ish, bukanlah! Aku takut tak sempat nak bahagiakan dia sebelum aku pergi. Lagipun tinggal tiga tahap aje.. Dan, aku berharap sangat agar dia dapat tahu yang aku berkahwin dengan dia sebab aku cintakan dia. That's all."
"Aku pun berharap macam itu juga. Tapi, kau jangan risau. Penyakit kau ni hanyalah Melissa, Aryan, aku, Hirfan, Zaanur, Aurabella sahaja yang tahu. Kami sama-sama pegang rahsia ini."
"Hmm.. Tapi, aku takut dengan adik dia. Mungkin aku akan tinggal di rumah keluarganya."
"Alah, takkanlah kau taktahu? Zahrin tu kan ada rumah sendiri."
"Tapi rumah sendiri dia dekat Bintulu. Mana tahu tiba-tiba dia datang haa.."
"Hmm.. betul juga. Aku harap kau selamat, tuje.."
"Iya.."
"Eh aku rasa dia beli rumah dekat Bangi."
"Ye eh?"
"Iya.. Jadi, kau akan selamat lepas ini!"
"Alhamdulillah, kalau betul dia beli rumah dekat Bangi, aku bersyukur."Zahrin terdengar perbualan mereka. Tetapi dia tidak sempat dengar yang Aurora menerima lamaran ini kerana Aurora jatuh cinta dengannya. Zahrin masih keliru. Terfikir juga apa yang berlaku antra Aurora dan Hafeez.
Malam pertama mereka sangatlah sunyi. Mereka baring di atas katil bersama. Bantal pun tidak diletak di tepi badan mereka. Si Zahrin pula hanya memandang siling. Dia juga takut nak sentuh isterinya. Dah kahwin masih lagi takut! Aurora hanya memejam matanya. Dia cuba untuk tidur, tapi tak dapat.
"Hmm, Rora?"
"Apa dia?"
"Kau lapar tak?"
"Hah? Buat apa makan lewat malam ni?"
"Aku lapar doh.. Jom kita makan sama-sama?"
"Awak makanlah sorang-sorang. Saya nak tidur. Esok nak bangun awal, lepas itu buat sarapan untuk awak."
"Alah, jomlah.. Aku takut masak sorang-sorang dekat dapur ni. Please..."
"Ish, yelah! Kenapalah aku kahwin dengan jantan ni."Aurora menyediakan pinggan, pisau, garfu dan gelas di atas meja manakala Zahrin sedang memasak dua keping daging yang dibeli selepas tamat majlisnya. Bau yang harum sekali!
"Sedap tak?"
"Sedap.. pandainya awak masak."
"Ni kan Zahrin. Of course lah aku pandai masak."
"Hmm whatever."
"Oh ya, kenapa kau panggil saya awak ni?"
"Dah jadi suami isteri kenalah sopan.. Itu pun taktahu.."
"Hmm memang taktahu."
"Gila."
"Aku nak tanya sikit. Apa hubungan kau dengan Hafeez?"
"Bekas."
"Oh.. Bahagia tak?"
"Mula-mula tu bahagia sangat. Lama-lama bila saya mula pakai tudung, dia tak suka."
"Then?"
"Saya taknak cakap, sebab nanti awak fikir saya buat cerita palsu."
"Hmm.. Aku keliru sedikit dengan kau ni. Hari-hari kau selalu duduk dalam tandas. Lepas itu kau keluar je dari tandas, banyak tisu-tisu kau guna. Kau sakit apa sebenarnya?"
"Mungkin saya kerap selesema kot."
"Tapi, takdelah sampai keluar berdarah.."
"Hmm.. saya pun pelik dengan benda ni."
"Kalau macamtu, esok aku bawa kau ke klinik. Takpun hospital."
"Takpayah. Lagipun awak balik kerja lewat malam kan?"
"Eh macam mana kau tahu?"
"Haih, dekat papan kenyataan di ruang tamu lah."
"Ohh lupa."
"Eee.. Saya dah habis makan. Nak basuh sekejap."
"Eh takpayah, kau tidur, aku tolong kemas."
"Ikut awak lah.."
YOU ARE READING
Cinta dan Benci (COMPLETE)
RomanceZahrin telah meluahkan perasaanya terhadap Aurabella tetapi Aura terpaksa menolaknya kerana ibunya telah membatalkan pertunangan mereka. Sebelum melepaskannya, Aurabella menyuruh Zahrin berkahwin dengan Aurora. Demi Aura, dia rela hati untuk berkahw...