Bab 14

9 0 0
                                    

Sudah lapan bulan Aurora masih dirawat di hospital. Kadang-kadang ada yang menjaganya. Ariana, Aurabella, Melissa dan ibu mertuanya. Sekarang, giliran adik iparnya iaitu Ellyana Maliqah. Dia sedang bercuti kerana tidak lama lagi Elly akan mengambil peperiksaan akhir tahun SPM.

"Elly. Buat apa tu?*
"Tengah study."
"Subjek?"
"Sejarah. Susah betul."
"Hahaha, I feel you. Nak akak tolong?"
"Eh takpayah. Lagipun akak masih sakit kan? Jadi, Elly boleh cari idea."
"Alah, sakit sikit aje ni. Tolong adjust katil ni."
"Sekejap."

Elly segera bangun dan mengangkat katil tersebut.

"Bawa sini kertas modul tu."
"Nah."
"Ohh, tajuk ni rupanya. Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Kacang je!"
"Senang ke?"
"Come on lah! Akak pernah lulus pt3. Kalau adik nak tahu, akak pernah kalahkan Abang Zahrin. Akak dapat tempat pertama dalam kelas!"
"Serius lah? Lemah betul!"
"Hahahaha, apapun jom kita fokus soalan ini. Mana satu yang susah?"
"Yang nombor 3 ni. Soalan esei."
"Sekejap. Terangkan sistem Jemaah Menteri yang diamalkan di negara kita. Okey, ada 4 markah. Jadi, Elly kena carikan empat isi."
"Ohh macam itu. Kena guna penanda wacana juga ke?"
"Yes! Supaya Elly dapat markah yang banyak."
"Oh.. patutlah saya tak dapat markah penuh."
"Aik? Adik terus letakkan jawapan ke?"
"...Haah"
"Ish ish ish. Nah, akak dah highlights kan yang ada dalam nota ni."
"Okey!"

Tiba-tiba Zahrin masuk dan membawa selimut kegemaran Aurora. Selimut itu sangat lembut dan gebu.

"Nah, Sayang. Selimut kesayangan awak."
"Terima kasih, Abang. Abang dah siap kerja ke?"
"Sudah, Sayang."
"Lama lagi ke saya nak duduk kat hospital ni?"
"Iya, Sayang. Lagipun awak kena duduk kat sini selama 2 bulan."
"Hmm.. saya rindu rumah kita."
"Takpe, nanti kita balik ya? Nah, Abang bawakan beri biru."
"Terima kasih, Abang!"

   Aurora terus memeluk suaminya. Zahrin hanya tersenyum dan membelai rambut isterinya. Aurora memang suka beri biru. Tiba-tiba doktor yang merawat Aurora iaitu Raiesya datang membawa beberapa kertas.

   "Excuse me, aku dah siapkan surat pendaftaran untuk memindahkan Aurora ke hospital di Sarawak. Esok kami akan pindahkan. Jadi, bawa surat ni ya? Simpan elok-elok. "
"Baik, terima kasih."
"Sama-sama. Rora? Sakit lagi ke?"
"Sikit aje."
"Baiklah.. jangan makan manis ya?"
"Okey hehehe.."

   Zahrin membaca kertas yang diberikan oleh Raiesya. Dia terdiam seketika. Lalu dia mencium dahi isterinya dan meninggalkan mereka.

   "Ya Allah.. aku harap aku sempat tunaikan apa yang Aurora nak sebelum dia pergi."

   Setelah sampai di rumah, dia segera pergi ke bilik mereka lalu menyelongkar barang Aurora dalam laci meja. Ia terdapat sebuah buku yang mempunyai sehelai kain berwarna hijau.

  "Haih, mana pergi pula buku dia ni? Takkanlah takde pula? Aku call Aura lah. Confirm dia ada pegang buku tu."

   Zahrin terus membuka telefonnya dan mendail nombor Aurabella.

   "Assalamualaikum."
"Walaikumusalam, apahal? Aurora okey ke?"
"Dia okey. Aku nak tanya. Diari dia yang ada kain hijau tu, ada pada kau ke?"
"Haa.."
"Jawablah!"
"Buku tu ada pada aku. Dia minta aku simpan sebelum dia masuk hospital. Dia taknak kau baca. Apahal ni?"
"Aurora.. ada 2 bulan lagi."
"HAH!?"

   Aurabella terkejut besar. Aurora ada masa 2 bulan untuk hidup.

  "Kau biar betul?"
"Iya.. Raiesya bagi aku kertas. Dia orang nak pindahkan Aurora ke hospital Sarawak. Sebab radioterapi disini rosak."
"Ya Allah.. Kau tunggu kat situ, aku baru siapkan kerja ni. Nanti aku ambil Zaanur dari rumah aku. Aku akan bawa buku tu."
"Hah? Rumah kau?"
"Nanti kau tahu lah! Dah bye!"

Cinta dan Benci (COMPLETE)Where stories live. Discover now