Chapter 1

26 0 0
                                    

"Baik, laksamana." Beberapa pegawai mula meninggalkan aku. Apabila bayang mereka sudah tidak kelihatan. Aku memusingkan badan aku 90°. Kaki aku melangkah ke hadapan. Pandangan mata aku makin redup.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kes pencuri sudah ditamatkan dengan jayanya. Keris di sisip pinggang aku digenggam erat. Senyuman sinis terlakar.

Oh! Mesti hairan. Kenapa aku digelar laksamana? Dalam sistem beraja. Ada penghulu 4 lipatan. Iaitu, Bendahara, yang memegang jawatan itu adalah bendahara Taufiq Hafizin. Kawan baik aku. Penghulu bendahari pula, Omar Imani. Temenggung pula, Syed Raqid. Adik aku. Dan aku... Syed Syamin Azmindin memegang jawatan Laksamana.

Taufiq adalah menjadi penasihat sultan, Al-Fattah dalam pentadbiran. Dia juga menteri utama dan ketua hakim serta pemamgkut sultan Al-Fattah sekiranya baginda tiada.

Penghulu bendahari? Aku dengan Omar memang sekepala. Walaupun tugasan dia boleh tahan sukar juga, kena pungut hasil atau ufti. Jadi ketua segala bendahari. Kena jadi ketua urusetia istana lagi. Serta ketua segala syahbandar.

Apa benda pula syahbandar tu...? Syahbandar ialah jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugasan Syahbandar, Menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar, menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang, serta menjadi hakim di pelabuhan

Dan... selamat maju jaya untuk adik aku, Raqid. Ingat mudah kerja dia? Temenggung oi! Ketua polis dan penjara. Setiap kali nak duduk terus kena panggil. Pengurus bandar serta kota. Ye, dekat situ dah untung. Boleh beli buah hati untuk kekasih dalam diam dia, Puteri Orked. Untunglah... abang kau ni masih single lagi ni ha... Protokol istana serta hakim di darat.

Ye! Untuk sekian kalinya aku kata kau orang bertiga untung! Aku bukan saja kena tengok darat. Laut pun kena jejak! Tugasan aku sebagai laksamana adalah mengetuai angkatan laut. Aku juga bekerjasama dengan orang laut jika ada sesuatu yang aneh pada para pedagang. Kedua duta dan mengetuai utusan dari pelbagai negara. Dan inilah untung aku.

Dan... Ini aku tak suka. Menjadi mengawal peribadi Sultan. Sekarang, aku ada di Cina. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Sultan Al-Fattah hingga mengarahkan aku jaga puteri.

Sultan pun satu. Agak-agaklah nak jadikan puteri dari negara Cina anak angkat dia. Tapi, kalau difikirkan balik. Logik juga. Nak eratkan kekuasaan dua negara. Sebenarnya Raja dari Cina berkenan dengan salah seorang 4 pembesar. Yang pasti, tolong jangan pilih aku atau adik aku.

Adik aku si Raqid pun bengong juga. Cita-cita dia pun besar juga. Dia nak kahwin dengan puteri dari Itali? Ada ke gila kome? Tapi, tak apalah, gadis itu pun sudah rasmi jadi tunang Raqid. Aku rasa... Raja Hing Tan Men tahu itu. Mungkin berkenan dengan Taufiq atau Omar. Tahulah nanti... aku kena fikir macam mana nak jaga puteri paling degil dalam abad ini!

Langkah aku terhenti. Senyuman di bibir  aku terus pudar. Telinga aku mengakap bunyi semak-samun. Baru saja aku ingin membuka langkah ke semak samun itu. Matuli terus langkahku.

"Laksamana Syamin!" Aku tersentak apabila mendengar suara yang amat aku kenal dari belakang. Kepala aku menoleh ke belakang. Kening aku dijungkitkan. Aku mendongak sedikit kepala aku.

"Apa apa, Bendahara Taufiq?" Tegas aku. Al maklumlah. Sekarang masih waktu bekerja. Kenalah acah-acah garang gitu.

Apa-apa pun, panjang umur kau! Aku baru mengumpat kau dalam hati. Aku memusingkan badan menghadap Taufiq. Berikanlah Taufiq ni bernafas dulu. Dah macam baru jumpa hantu pun ada.

"Saja... nak... tengok laksamana ber...mesra... dengan tuan puteri..." dengan nafas terputus, Taufiq menjawab. Mata aku memandang tajam Taufiq sudah terbongkok-bongkok. Penat sangat nampak gayanya.

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now