Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Gerakan aku terhenti. Ya Allah... Kenapa ada saja makhluk-Mu mengganggu ketenteraman ku!
Gigi aku diketap kuat. Mata terpejam hingga berlapis dahi aku. Nak je aku sepak siapa yang ketuk pintu rumah aku. Woi! Islam ajar ketuk pintu. Lepas tu beri salam tiga kali je. Pecah juga pintu aku!
Aku menjauhkan wajah aku dari Lavender. Sempat aku mendengus marah. Sikit lagi tau. Sikit... Je lagi. Kau hancurkan usaha aku dalam masa tiga saat je!
"Dinda," aku mengambil selendang yang tersangkut di dinding. Pantas, aku melilit selendang ke kepala Lavender. Rambut yang terkeluar diselit masuk semula dalam selendang. Bahu Lavender dicengkam dari belakang. Kaki kami melangkah keluar dari bilik.
"Kita sambung selepas tetamu pula ye..." Aku melirikan suara. Sempat, aku mengerling manja wajah jelita isteri aku. Hais! Dia tersimpu malu pula... Ini aku lemah ni!
..............
"Laksamana...!" Aku yang berdiri depan pintu terkebil-kebil apabila pintu tidak henti diketuk. Aku penat betullah dengan adik aku sorang ni. Memang setiap kali datang rumah aku. Kau nak pecahkan pintu ni ke?
"Satu, dua..." Sempat aku mengira sebelum aku aku menarik kasar tombol pintu.
Sebelah tangan aku menangkap lengan Raqid. Aku ingat wajah aku dah selamat.
"Aduh!" Aku mengaduh kesakitan apabila sekali lagi Raqid memukul kuat kepala aku. Jahanam punya adik. Aku tahulah arwah bapak kau berhenti bayar zakat. Tak payahlah ketuk kepala aku sampai benjol!
Aku mengerling tajam wajah Lavender. Jelas, gadis itu berhenti ketawa. Eh... Ada juga aku ikat dalam bilik kejap lagi.
"Ya Allah! Maaf Laksamana!" Raqid menarik kasar koler baju aku. Dengan kasar, dia usap kepala aku yang dia ketuk.
"Pergilah!" Aku tepis kasar tangannya. Kalau makin hilang sakit tu tak apalah juga. Ni makin sakit dia usap. Nampak betul tak ikhlas tu!
"Kau buat apa datang rumah aku malam-malam buta, hah? Tak ada rumah? Ke Taufiq halau kau?" Ha... Marah ni. Ni! Sampai aku cekak pinggang gaya mak-mak.
"Kakanda..." Aku terkejut apabila Raqid sudah memeluk kaki aku. Mata aku dan Lavender terkebil-kebil melihat sisi manja temenggur. Allah... Nak dengar dia merengek pula?
"Ammm..." Aku menoleh. Mata aku dan Lavender saling bertembung. Dia tertunduk lemah. Nampak sangat Lavender mengalah dengan perangai Raqid ni.
Tak fasal-fasal kita dapat tetamu tak diundang pula...
...............
"Apa yang adinda nak beritahu Kakanda? Tak boleh jumpa di istana pagi esok ke?" Tangan sudah mencapai cawan kaca. Aku kipaskan air kopi panas untuk hilangkan asap. Menanti berita buruk yang dari Raqid. Aku mencicip air kopi. Ya Allah... Nikmatnya bila air masuk dalam kerongkong aku!
"Orked nak batalkan pertunangan..."
Prfff...!
"Uhuk! Uhuk!" Aku batuk keras. Tangan sudah menumbuk dada. Siapa tak tersedak? Tengah bersantai cicip air sambil mendengar bunyi cengkerik memeriahkan lagi waktu malam. Macam ribut Raqid cerita.
"Laksa...mana..." Aku mengangkat wajah. Raqid dengan wajah sedih meraup kasar. Matanya memandang tajam wajah aku. Aku mengesat hujung bibir aku yang masih tersisa air kopi.
"Patik baru patah hati. Habis muka patik." Ei! Aku pula yang dipersalahkan? Kau yang cakap tak tengok situasi. Kalau abang kau ni mati tersedak air macam mana?
YOU ARE READING
Genggam Tanganku Puteri Lavender
AkcjaSiapa sangka? Orang yang paling dia benci akhirnya ditakdirkan menjadi pelindungi untuknya. Siapa sangka? Dia menyaka dirinya kuat untuk hadapi masalah rupanya masih rapuh dalam dunia kegelapan. Dialah, puteri Lavender yang mengharapkan seorang satr...