Chapter 18

4 0 0
                                    

"Apa dah jadi ni? Macam mana laksamana boleh pengsan?" Sayup-sayup, aku mendengar suara seseorang berbual. Kepala aku berdenyut hebat. Berlapis dahi aku memaksa diri mencelikkan mata. Allah... Sakitnya tubuh aku. Aku cuba mecelik mata. Sayup-sayup aku mendengar suara orang bertekak. Aku sakit ni, kau orang gaduh?

"Siapa yang salah sekarang ni? Patik suruh jaga Laksamana. Kalau patik tak datang macam mana? Mahu tak bersuami patik ni." Aku mendengar suara halus menyapa gegendang telingaku. Apabila aku berjaya mencelikkan mata. Aku dapat mendengar derap kaki seseorang mendekati aku. Pandangan aku masih kabus.

"Kanda!" Dengan berhati-hati, aku menoleh ke figura yang memanggil aku. Senyuman nipis terlakar apabila pandangan aku sudah jelas. Terpancar wajah bimbang Lavender di krone mataku.

Jap. Genggam... Tarik... Ahg...!

Automatik aku mengubah posisi duduk. Aku menjauhkan tubuhku dari Lavender. Muka aku sudah berubah pucat tak berdarah. Aku ingat kata-kata mereka waktu mereka bertengkar.

Taufiq marah Lavender sebab bertindak agresif dengan samseng!

Mana aku tak trauma. Dengan mat kepala aku sendiri. Lavender pergi genggam musuh punya Tut.... Kuat-kuat. Ah! Kau fikirlah sendiri! Muka aku dah merah ni. Malu gila siut! Selamba badak sumbu je dia buat depan aku. Tak de segan silu wei!

"Jangan mendekat!" Aku menghalang Lavender maju. Nafas aku turun naik. Wei! Aku nak hapuskan ingatan aku. Jeritan musuh masih segar dalam kepala aku ni. Sultan, Raja! Tolong patik! Anak kau terlalu menakutkan untuk aku!

"Kanda?" Aku dah mengigil apabila Lavender tidak makan saman. Kakinya melangkah lagi. Dia duduk atas katil aku oi!

Aku berundur ke belakang. Makin Lavender maju. Makin galak aku meloncat atas katil untuk berundur. Sehingga...

Buk!

"Ahg!" Aku mengaduh kesakitan. Dahi berkerut menahan rasa sakit. Pedih gila punggung aku! Undur punya undur. Sampai tak sedar aku jatuh dari katil.

"Jangan dekat! Aku tak nak mandul oi!" Mata aku terpejam rapat. Perasaan takut mula hadir dalam jiwa aku. Aku dah bayangkan apa yang Lavender buat kalau aku curang. Huh! Mahu dia buat lagi teruk dari penyangak tu!

"Kenapa buat macam tu? Kanda tak pernah ajar dinda buat macam tu, tau!" Marah aku. Mata aku memandang tajam wajah Lavender. Sungguh, tindakan Lavender agak keterlaluan!

"Hidayah yang ajar..." Cebik Lavender. Aku tersentak. Secara automatik. Mata aku memandang wajah Hidayah. Kau tak payah nak kecut sangatlah, Hidayah! Kau ajar apa dekat Lavender, hah?

"Puteri Hidayah..." Suara aku sengaja dilerekkan. Jelingan tajam dihadiahkan pada Hidayah. Marah ni. Taufiq, baik kau fikir betul-betul sebelum kau jadikan dia bini kau.

"Maaf... Saya ajar pun demi keselamatan Lavender." Jawapan Hidayah cukup membuatkan mulut aku terlopong luas. Mata aku terkebil-kebil. Keselamatan? Ye! Memang Lavender selamat. Tapi aku yang tak selamat oi!

"Itulah... Patik dah kata." Aku menekup telinga apabila Taufiq, Lavender dah Hidayah memulakan perang dunia Mata terkejut rapat.

"Sudah!" Tidak dapat menahan kesabaran. Aku meleraikan pergaduhan. Kepala dipaling pada Omar. Aku kembali dalam mood serius.

"Macam mana penyangak tu?" Soal Omar. Kau Omar. Kalau terlepas walaupun seorang pun. Memang aku humban kau dalam laut! Biarlah ikan dugung selamatkan kau. Huh!

"Semua dah kena penjara dengan Temenggung Raqib. Tapi, ketua samseng mati pu..."

"Baiklah! Kerja aku dah selesai. " Sepantas kilat aku memotong kata-kata Omar. Aku bangun dari duduk. Pintu bilik dituju. Kaki aku melangkah keluar dari bilik. Muka aku sudah berubah merah. Bongoklah kau ni, Omar. Tak payahlah bagitahu. Memang aku dah tahu pun ketua samseng tu mati pucuk. Tengoklah gaya Lavender tarik semalam. Laju gila! Allah... Tolonglah aku bukan mangsa seterusnya untuk Lavender. Seram!

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now