"Dinda nak ikut..." Tangan aku yang menyusun baju dalam beg terhenti. Mata aku terpejam rapat. Rengekan manja Lavender memanaskan lagi hati aku. Ya Allah... Budak ni. Degil betul!
Dengan penuh rasa geram. Aku memusingkan badan ke belakang. Mata aku memandang tajam wajah Lavender. Ha... Tangan aku dah cekak pinggang ni. Jangan sampai aku kurung kau dalam bilik...
"Bahaya, dinda... Kanda mahu menolong tentera belanda. Bukan berjalan-jalan makan angin." Aku masih lagi memujuk. Nada suara aku semakin lembut. Tidak sanggup aku berkasar dengan buah hati aku. Tinggikan suara pun. Suara aku tenggelam.
Bukan apa, muka Lavender akan jadi bengis! Bukan aku takut bini ye. Bini aku yang terlebih menakutkan kalah harimau. Elok berkawan je.
"Dinda masih tidak boleh terima keputusan Sultan. Mengapa perlu beri bantuan pada orang luar?" Aku tersenyum sinis. Kepala tergeleng mendengar kemarahan Lavender kepada Sultan Alauddin Riayat Shah. Dan Lavender mengetahui Sultan tanda tangan perjanjian tanpa berbincang bendahara. Hmmm... Benda dah jadi. Tawakal saja.
"Kita tidak ada senjata sehebat Portugis. Bagi kanda hantar senjata pada belanda. Jika mereka melampau batas. Kanda akan pastikan mereka tidak dapat melihat matahari esok." Kepala Lavender diusap lembut. Sudah 3 bulan berlalu serentak kami membantu belanda melawan portugis di belanda. Sejujurnya aku juga kurang setuju. Tapi, ini saja caranya.
"Dinda..." Lengan Lavender ditarik untuk memaksa Lavender mengikut aku menuju ke katil. Aku dan Lavender melabuhkan duduk. Tangan Lavender digenggam kemas. Kelopak mata aku tertutup rapat. Mengumpul kekuatan untuk memulakan perbicaraan.
"Kita, sudah lama tanda tangan perjanjian itu. Sebelum kita ada di muka bumi ini." Kelopak mata aku kembali dibuka. Mata aku memandang sayu wajah Lavender. Wajah Lavender diusap lembut. Mengharapkan Lavender terima akan kesilapan arwah ayahda aku.
"Bi...bila?" tergagap Lavender bertanya. Aku tertunduk lemah. Kekura tangan Lavender diusap dengan penuh kasih sayang. Mengharapkan kekuatanku berpindah padanya.
"Selepas ayahda patik menjadi menjadi laksamana." Mata Lavendar membulat besar. Matanya berkaca hebat. Mungkin tidak sangka akan kebenaran ini.
"Bagaimana jikalau belanda menipu kita? Bagaimana jikalau belanda ingin tanah kita? Patik tak sanggup bayangkan." Mata aku kembali terpejam apabila suara Lavender kembali bergetar. Tubuh Lavender dipeluk erat. Belakang tubuhnya diusap lembut. Mengharapkan semuanya berakhir.
"Insyaallah... Semua akan baik-baik saja. Walau apa pun berlaku. Kanda akan jaga dinda. Kanda juga akan jaga tanah Melayu." Aku tersenyum hambar. Hati aku terpukul sebak mendengar esakan Lavender. Tubuh Lavender dipeluk lebih erat. Mengharapkan Lavender dapat kekuatan untuk hadapi ujian.
Esok merupakan penentu segalanya. Sama ada aku gugur, ataupun kembali dengan selamat. Aku jarang sekali terlibat dalam perang darat. Disebabkan musuh sudah tidak dapat masuk kawasan laut. Mereka ingin menyerang melalui darat. Kawasan kamu terlalu sempit untuk kapal besar lalu.
Ala... Kau lalulah. Belum sempat kau lalu kawasan aku. Meriam aku dah singgah dekat muka kau. Ada berani?
.............
Angin malam menampar kasar wajahku. Mata aku terpejam rapat. Tangan aku sudah disilangkan ke dada. Wajah aku masih seperti sedia kala. Dingin tanpa ada perasaan.
Bau rumput menusuk ke rongga hidungku. Hati aku semakin tenang apabila mendengar cengkerik memeriahkan malam. Cahaya bulan purnama memantul ke rambut aku. Sesekali dahi aku berkerut.
Sesat... Kenapa aku dekat sini ye? Bukan aku biasanya atas kapal ke?
"Haha... Laksamana tak ada pekerja di laut ke? Ke Laksamana teringin jadi Temenggung?" Sebelah mata aku dicelik sedikit. Dengan tajam aku menjeling wajah Taufiq. Kurang ajar punya kawan. Siapa yang beria minta pertolongan aku ye?
YOU ARE READING
Genggam Tanganku Puteri Lavender
ActionSiapa sangka? Orang yang paling dia benci akhirnya ditakdirkan menjadi pelindungi untuknya. Siapa sangka? Dia menyaka dirinya kuat untuk hadapi masalah rupanya masih rapuh dalam dunia kegelapan. Dialah, puteri Lavender yang mengharapkan seorang satr...