Chapter 26

6 0 0
                                    

"Jangan bimbang. Semua dah selesai."

Sayup-sayup aku mendengar suara seseorang. Ah... Badan aku berat sangat. Kelopak mata aku pun tak nak beri kerjasama. Sendi aku rasa nak tercabut pun ada.

"Macam mana kalau pembesar empat lipatan tak bangun. Patik bimbang."

Suara tu... Aku rasa macam pernah dengar. Yang pasti suara wanita. Aku cuba membuka kelopak mata aku. Ah! Tak menjadi. Mata aku terlalu berat.

Kali kedua, aku cuba untuk membuka kelopak mata. Baru sedikit aku buka mata. Mata aku kembali terpejam. Kali ketiga. Akhirnya aku boleh buka kelopak mata aku. Pandangan aku masih kabur. Dengan segala kekuatan yang ada. Aku menoleh ke arah figura yang sedang bersembang.

"Laksamana! Laksamana tak apa-apa?" Dengan payah, aku menarik senyuman nipis. Oh... Anak buah aku, Zuhaily. Ini kot orang yang Omar berkenan tu.

Dia sama seperti Lavender dan Hidayah. Pandai dalam seni bela diri dan perubatan. Malangnya, gadis ini tak semahir Lavender. Seni pertahanan diri dia masih kurang hebat. Cuma, dia boleh kalahkan Hidayah. Ilmu perubatan tradisional Zuhaily memang tinggi.

Perkenalkan, inilah guru Hidayah.

"Ma...mana Lavender?" Dengan payah, aku bertanya. Ah! Tekak aku kering. Nak tanya juga. Macam mana keadaan Taufiq, Omar dengan Raqid. Bimbang juga aku dengan keadaan mereka. Bukan aku tak tahu. Serentak aku tumbang. Kecoh apabila mereka bertiga tumbang serentak.

"Lavender dah tak sayang kau..." Aku menoleh ke kiri. Jelas, Taufiq sudah bersandar di dinding. Matanya menjeling ke arah aku. Jelas, senyuman mengejek terlakar dibibir kawan aku.

"Bangun-bangun cari bini. Bukan tanya macam mana keadaan adinda. Dasar kakanda." Eh! Suara tu. Pantas aku menoleh ke kanan pula. Huh! Bosan sangat kau sampai main batu seremban atas katil.

"Apa kata kau jadi adinda aku. Buang je kakanda kau tu..." Ho... Ini dah melebih. Tu suara Omar! Pantas aku bangun dari baring. Mata aku memandang tajam wajah Omar. Turut bersila. Aku rasa mereka main batu seremban!

"Macam mana kamu semua ada di sini?" nada suara aku naik seoktaf. Terkejut bila aku ditakdirkan duduk bersama mereka. Aku ingat aku dah bahagia tak payah tengok muka dia orang ni!

"Entah!" Ho... Serentak bhai dia orang jungkit bahu. Ya Allah... Apa dosa aku dapat sahabat begini rupa!

"Ni, Taufiq. Macam mana kau boleh tumbang?" Taufiq menolehkan kepala. Matanya memandang tepat ke anak mata kelabu aku. Kemudian dia toleh semula ke hadapan. Keluhan berat terlepas di bibirnya.

"Belakang pinggang aku kena tembak. Tak perasan." Ternganga aku dengar jawapan Taufiq. Huh! Kau tak ada deria rasa ke apa jantan?

"Kau?" Aku menuding jari ke wajah adik aku. Siapa lagi adik paling beban yang aku ada...

"Kena tembak dekat perut. Itu pun kalau tak pakai bagi besi mahu kakanda jadi anak tunggal." Aku menjeling tajam wajah Raqid. Kemudian mata dilirikkan ke perut adik aku. Hmmm... Aku rasa dua orang ni diselamatkan oleh tabit belanda. Hidayah dengan Zuhaily masih tak pandai bedah orang. Dalam proses belajar lagi.

"Ni yang paling sesat. Bukan kau ada sebelah aku je ke? Macam mana boleh cedera parah?" Aku dah cekak pinggang ni... Aku ingat lagi. Jangan cakap luka. Calar pun tak ada dekat wajah Omar! Antara kami berempat. Mamat ni paling kuat.

"Belakang bahu aku kena keris musuh. Aku selamatkan tabit depan kau." Aku menoleh ke wajah Zuhaily. Jelas, gadis itu tertunduk. Rasa bersalah barangkali. Aku menjulingkan mata ke atas.

Hmmm... Selamatkan buah hati. Memang pun Omar sanggup cederakan badan sendiri. Oh! Hampir aku terlepas cakap.

"Kau tu. Macam mana boleh tercedera?" Serentak mereka berempat tanya aku. Aku tersengih. Mana tak marah kawan aku. Kalau mereka hanya cedera satu tempat. Aku sampai empat jahitan dekat belakang badan aku!

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now