Aku memerhati Lavender dari jauh. Mata aku makin sayu. Hati aku terpukul pilu melihat Lavender tersenyum lemah. Jiwa aku makin sedih apabila Lavender memeluk tubuh Raja Hing Tan Men.
Aku tersentak apabila Sultan Al-Fattah memeluk bahu aku dari belakang. Aku tersenyum paksa. Mata aku memandang wajah sayu Sultan Al-Fattah. Aku tahu, Sultan tahu apa yang aku fikirkan.
"Patik ada. Jangan sedih..." Aku menundukkan kepala. Aku menaikkan tangan aku ke mata. Tapak tangan menekup mata aku. Gigi diketap hingga terbentuknya rahang. Aku menahan air mata dari terus tumpah. Malangnya, air mata mengalir laju ke pipi aku. Aku sudah rapuh. Aku tak mampu hapuskan perasaan rindu aku pada arwah ibu aku!
"Shhh..." aku dapat rasakan tangan kekar Sultan Al-Fattah mengusap lembut bahu aku. Sebak hati aku apabila ayah susuan aku yang tenangkan aku. Sejujurnya, aku sangat cemburu melihat Lavender masih mampu tersenyum. Aku, sebatang kara!
"Pa...patik masuk kapal dulu. Kirim salam pada Raja Hing Tan Men. Lavender tak boleh tengok patik..." suara aku serak-serak basah. Aku mengesat kasar air mata aku. Angin pantai menampar kasar wajah aku. Aku memakai semula tengkolok. Aku tak mahu Lavender tengok sisi lemah aku!
...........
"Laksamana!" Tangan yang menyimpan pedang terhenti. Aku tersentak apabila mendengar suara Lavender dari belakang. Kepala ditoleh. Jelas, wajah Lavender sudah masam mencuka. Dahi berkerut. Hampir cantum kening aku apabila melihat kelakuan Lavender.
"Kenapa tarik tangan patik ni? Patik nak buat persiapan untuk pulang ni." Tegas aku. Kaki aku dikeraskan agar Lavender tidak dapat menarik tubuh aku secara paksa. Eh budak ni! Ada juga aku tarik masuk dalam bilik karang!
"Ayahda nak jumpa Laksamana. Kenapa tak nak ucapkan selamat tinggal sebelum berangkat? Marah dekat ayahda ke?" Aku melepaskan keluhan berat. Kemudian aku memang lembut wajah Lavender. Senyuman nipis terlakar.
"Patik nak kemas barang, Tuan puteri. Kita sudah lewat," jawab aku dengan nada tenang. Terlalu banyak barang dagangan Sultan Al-Fattah perlu aku susun. Sebab itu aku tidak sempat jumpa Raja Hing Tan Men.
"Ala... kanda pergilah... biar dinda kemaskan." Mata aku membulat besar. Aku terkedu. Jantung aku berdegup kencang apabila mendengar panggilan yang baru diucapkan oleh Lavender. Tangan yang mengangkat kotak kayu terlepas diri tangan aku.
"Tu...tuan puteri panggilan patik apa?" Tangan yang menarik lengan aku terlepas. Muka Lavender berubah merah pakma. Matanya terkebil-kebil. Tak lama kemudian dia menekup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Mungkin terlepas cakap!
"Lak...laksamana salah dengar barangkali." Aku tersenyum melihat Lavender sudah menunduk kepala. Hujung bajunya dipintal-pintal. Sesekali dia curi-curi pandang aku.
"Dinda... tolong ulang..." Kaki amu melangkah mendekati Lavender. Mata Lavender dipandang lebih dalam. Senyuman mengusik terlakar dibibir aku. Seronok tengok Lavender gelabah!
"Aammm... hmmmm..." aku tertawa bedah melihat wajah wajah Lavender sudah berasap. Aku menolak sedikit tubuh Lavender hingga gadis itu tersandar ke dinding kayu.
Aku memerangkap Lavender. Aku merendahkan tubuh aku agar sama tinggi dengan aku. Nafas aku turun naik. Halkum aku mula bergerak-gerak. Jiwa lelaki aku makin hebat mengusai diri aku. Wangian minyak lavender cukup menggugat iman aku.
Aku mendekatkan wajah. Aku melihat Lavender sudah memejamkan mata. Aku tersenyum nipis. Aku mengambil cucuk sanggul Lavender di sisip pinggang aku. Tangan ligat mencucuk sanggul Lavender. Senyuman lebar terlakar.
"Patik nak pesan, jangan pakai minyak wangi banyak sangat. Patik juga manusia, Lavender." Aku menegakkan badan. Kaki aku berundur jauh dari pihak Lavender.
YOU ARE READING
Genggam Tanganku Puteri Lavender
ActionSiapa sangka? Orang yang paling dia benci akhirnya ditakdirkan menjadi pelindungi untuknya. Siapa sangka? Dia menyaka dirinya kuat untuk hadapi masalah rupanya masih rapuh dalam dunia kegelapan. Dialah, puteri Lavender yang mengharapkan seorang satr...