Chapter 3

7 0 0
                                    

Aku mengeluh. Kepala diurut kasar. Pening gila mat! Dari cerita Lavender. Dia sebenarnya nak suruh aku pergi dari taman tu. Dia ada ternampak kelibat seorang nak panah aku.

"Tuan Puteri dah beritahu Raja ke?" Soal aku pula. Bersila pula aku di atas katil. Aku berpeluk tubuh. Dagu diusap memikirkan orang yang melakukannya. Taufiq yang ada di sebelah aku pun muskil.

"Dah." Jawab Lavender ringkas.

"Tapi, Raja dan Sultan nak kita bertiga menghadap. Baginda suruh cerita apa dah jadi." Aku pandang Taufiq. Si Taufiq ni pula padang Lavender. Serentak kami tertunduk lemah. Ini paling aku benci ni!

Mesti ada je benda tak kena nanti. Waktu menghadap dua penguasa besar ni. Macam-macam ragam kami buat! Kalau aku tak gaduh dengan Lavender. Lavender akan cari gaduh dengan Taufiq a.k.a musuh utama Lavender. Aku dah bayangkan apa jadi nanti!

.................

"Ampun, Tuanku." Serentak, aku dan Lavender memberi tunduk hormat pada Sultan. Aku mengintai sedikit untuk melihat reaksi Sultan. Jelas, Sultan tersenyum lebar. Asal aku tak sedap hati dengan senyuman itu? Kenapa Sultan macam gembira lihat aku?

"Ada apa Tuanku meminta kami menghadap?" Aku mula menyoal. Raja Hing Tan Men tersenyum lebar. Kemudian dia berubah serius.

"Patik nak tanya Laksamana. Laksamana ada kekasih hati?" Ah sudah... apahal raja ni tanya aku soalan pelik ni? Memang tak adalah. Memang aku minat Lavender. Tapi tak adalah nak lamar Lavender jadi bini aku. Mestilah aku kena tolak!

"Tak ada, Raja Hing Tan Men." Jawab aku dengan nada tegas. Senyuman Raja Hing Tan Men semakin lebar. Dia bangun dari duduknya. Kakinya melangkah ke hadapan.

"Patik, nak minta jasa baik Laksamana untuk jaga Puteri Lavender." Dahi aku berkerut seribu. Habis, selama ni aku buat apa? Aku tengah jaga lah ni. Aku dari kecil lagi jadi pelindung Lavender. Dia kawan aku dari kecil. Biar dia luka sedikit pun buat aku naik hantu!

"Jaga dalam status perkahwinan. Patik tahu, Lavender sudah masuk Islam." Hampir gugur jantung aku apabila mendengar permintaan gila raja cina ini. Otak aku tiba-tiba tidak boleh mencerna makna raja itu. Mata aku terkebil-kebil.

"Ha?" Lidah aku terkelu. Aku tak tahu nak terima atau tidak. Aku juga tak tahu. Patut ke aku gembira? Kenapa aku rasa bahagia ni? Tak! Tolong sedar diri kau, Laksamana Syamin!

"Anakda tak setuju!" Aku tersentak. Kepala aku menoleh. Mata aku membulat besar. Hilang jantung aku melihat wajah Lavender berubah merah. Bukan malu. Tapi marah!

"Kenapa tiba-tiba, ayahda? Kenapa tak ada persetujuan dari patik? Kenapa perlu Laksamana? Kenapa patik perlu kahwin?" Hati aku bagai hancur berderai. Walaupun aku pamerkan wajah tanpa perasaan. Jiwa aku menangis sekuat hati. Macam tu sekali ke, Lavender benci aku? Aku sudah jangka ditolak. Kenapa aku masih berharap?

"Siapa nak jaga anakda bila ayahda tak ada nanti? Sultan? Anakda kena ingat. Sultan Al Fattah juga ada tanggungjawabnya! Ini demi keselamatan Lavender juga!" Nada suara Raja sama naik. Kepala aku tertunduk ke bawah. Hati aku sudah berkecai. Tanpa aku sedar. Aku aku sudah berundur beberapa tapak ke belakang. Kecewa sangat-sangat!

"Patik boleh lindungi diri patik sendiri!" Jiwa aku bagai disiat-siat apabila mendengar apa yang baru diucapkan oleh Lavender. Aku menahan sebak di dada. Betul. Lavender boleh lindungi dirinya sendiri.

"Anakda nak murka ke?" Mata aku membulat besar apabila mendengar nada suara Sultan berubah garau. Aku gigit bawah bibir. Aku tak mahu Sultan murka!

"Pengawal!" Baru aku ingin membuka mulut. Badan aku terkaku apabila Taufiq tiba-tiba mencengkam lengan aku. Aku menoleh. Mata aku memandang Lavender. Pengawal Taufiq mengelilingi Lavender!

Genggam Tanganku Puteri Lavender Where stories live. Discover now