Sehingga cinta diberikan,
Dan pembicaraan dalam seni bisikan;
Laksamanaku sayang,
Bagaimana dengan anda sekarang?;
ada taman di muka awak,
Membuatkan hati ini sentiasa tenang.Aku membaca setiap baris puisi Lavender. Lantas, aku tersenyum sampai ke telinga. Debaran di dada aku makin hebat. Jantung aku? Tak usah dikatakan. Memang laju saja jantung aku berdegup.
Aku meletakkan Hicren aku di kayu. Membiarkan helang itu berehat seketika. Kaki aku melangkah ke meja kerja. Pena di bekas dakwat diambil. Aku melabuhkan duduk di atas kerusi setelah ditarik.
Aku menulis luahan hati aku. Walaupun aku tidak mahir berpuisi. Aku masih mahir berpantun.
Ktak!
Aku tersentak apabila mendengarkan bunyi dari luar tingkap aku. Kepala dipaling ke arah bunyi itu. Dahi sudah berkerut seribu. Aku bangun dari duduk. Mata aku tidak lepas memandang luar tingkap. Tidak fikir panjang, aku membuka langkah. Pintu kayu dibuka. Pandangan pertama aku. Terlihat bintang-bintang menghiasi langit gelap.
"Masyaallah..." Aku terpegun. Sejujurnya, jiwa aku sangat tenang melihat keindahan ciptaan Tuhan. Kaki aku melangkah menjejaki bolkoni. Palang kayu bolkoni digenggam erat. Nafas aku ditarik sedalam-dalamnya. Kemudian dilepaskan perlahan.
Senyuman lebar semakin galak terlakar. Hati aku terbuai rasa bahagia. Sejujurnya aku mula merindui kekasi hati aku. Gadis aku. Ketenangan aku.
"Asalamualaikum, kekasih syurgaku." Aku tersentak apabila mendengar suara orang yang amat aku kenali. Mata aku tercelik. Mata aku membulat besar. Aku terkaku apabila satu tangan mencengkam kuat palang kayu bolkoni. Melihat satu figura hitam melompat masuk dalam bolkoni. Aku terkaku.
"La...vender..." Aku melihat Lavender tersenyum lebar. Walaupun di balik kain yang menutup hidung dan mulutnya. Mata hazel gadis itu direnung dalam. Bagai mimpi. Betul ke depan aku ini Lavender?
"Sudah dapat surat patik?" Aku tersentak. Mata aku dilarikan dari terus memandang wajah Lavender. Mengikut adat. Bakal pengantin tidak boleh saling berjumpa. Aku mula diserang rasa bersalah.
"Dapat," jawab aku. Ringkas. Aku memandang sekilas wajah Lavender. Kemudian kembali menundukkan kepala. Aku tidak mahu bertentang mata lama-lama dengan Lavender.
"Patik rindu laksamana." Aku masih membisu. Sejujurnya aku sedikit kurang selesa. Gadis itu tidak tahu adat melayu. Aku tidak salahkan Lavender.
"Laksamana tak suka jumpa patik ke?" Aku tersentak apabila mendengar suara Lavender sudah berubah sayu. Kaki aku melangkah mendekati Lavender. Kepala digeleng kasar. Aku tidak mahu gadis itu rasa kecewa!
"Bukan! Patik turut merindui Tuan Puteri. Tetapi, adat melarang kita berjumpa. Ye, Humaira menutup wajah. Tetapi, tetap salah," aku cuba memujuk Lavender. Malangnya, gadis itu makin menarik muka. Riak wajah kecewa terpancar. Bahu gadis itu dicengkam kuat. Dengan paksa. Aku membawa gadis itu bersandar di palang bolkoni.
"Patik rindu dengan suara tuan Puteri. Patik juga rindu berjumpa tuan Puteri. Tuan Puteri tidak percaya?" nada suara aku bertukar garau. Pandangan helang aku makin menakutkan gadis itu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dilepaskan dengan kasar.
"Dengar apa yang patik ingin balas." Aku mengeluarkan kertas dari poket baju melayu aku. Kertas yang dilipat dibuka. Aku berdehem untuk menghilangkan rasa gugup.
"Bulan sabit, menyinari malam,
Bersama pula, jutaan bintang menawan;
Walaupun harapan, kelihatan kelam,
Akanku pastikan, hati Humairaku ditawan."Aku merenung dalam wajah Lavender. Aku menahan senyum melihat mata Lavendar berkaca hebat. Aku tidak dapat memeluknya. Aku tidak dapat mengusap belakang tubuhnya. Aku rasa tidak berguna kali ini.
YOU ARE READING
Genggam Tanganku Puteri Lavender
ActionSiapa sangka? Orang yang paling dia benci akhirnya ditakdirkan menjadi pelindungi untuknya. Siapa sangka? Dia menyaka dirinya kuat untuk hadapi masalah rupanya masih rapuh dalam dunia kegelapan. Dialah, puteri Lavender yang mengharapkan seorang satr...